Jadual Imunisasi KKM Terkini (Vaksin) Bayi Dan Kanak-Kanak 2024

Informasi

Informasi

Jadual imunisasi KKM yang terkini adalah seperti di bawah. Mutakhir ini didapati masalah kesihatan kian membimbangkan di seluruh dunia malah di negara Malaysia sendiri. Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) telah pun mengeluarkan 10 jenis ancaman kesihatan bagi tahun 2019 seperti pencemaran udara dan perubahan iklim, Denggi, HIV, termasuklah juga keengganan mengambil vaksin. Perkara ini amat dipandang serius oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) justeru mereka telah mengeluarkan Jadual Vaksin Imunisasi Kebangsaan bagi rujukan semua

KKM adalah badan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kesihatan negara Malaysia. Sejak tahun 1950-an lagi, Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP) telah diperkenalkan. Ianya telah dirangka mengikut Program Perkembangan untuk Imunisasi (EPI) yang dianjurkan oleh WHO. EPI menyarankan setiap negara menawarkan imunisasi terhadap 6 penyakit kanak-kanak, namun Malaysia telah menambah perlindungan tersebut kepada 12 penyakit majoriti kanak-kanak

Program Imunisasi Kebangsaan ini memberikan vaksinasi yang tertentu secara percuma kepada setiap rakyat Malaysia di kesemua klinik kerajaan setiap negeri. Selain itu, klinik swasta juga menyediakan perkhidmatan vaksinasi ini serta vaksinasi tambahan (selain daripada 12 penyakit) dengan kadar bayaran tertentu. Terdapat juga beberapa jenis vaksin seperti HPV yang akan diberikan secara percuma di sekolah-sekolah kerajaan kepada murid-murid sekolah

Langkah kerajaan ini telah disambut baik oleh kesemua pihak dan ianya telah berjalan lancar sehingga beberapa tahun lepas di mana lahirnya golongan anti-vaksin bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Sejak daripada itu, statistik mengenai penyakit berkaitan vaksin meningkat dan yang membimbangkan lagi peratusan kehilangan nyawa akibat penyakit berkaitan vaksin seperti Difteria dilaporkan wujud kembali setelah menurun dari zaman dahulu

Jadual Imunisasi Kebangsaan Terkini KKM 2023 (Suntikan Bayi Dan Kanak-Kanak)

TERKINI: Penambahan Vaksin Pneumokokal

  • Menurut Kenyataan KKM, terdapat penambahan Vaksin dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan iaitu:
  • Vaksin Pneumokokal:
    • Dos 1 (4 bulan)
    • Dos 2 (6 bulan)
    • Dos + (15 bulan)
  • Ia adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya yang telah berumur 5 bulan atau lebih, jadual imunisasi pneumokokal akan disesuaikan mengikut umur oleh fasiliti kesihatan KKM

Berikut dikongsikan Jadual Vaksin Imunisasi Terkini Bagi Bayi Dan Kanak-Kanak 2023 yang dikeluarkan KKM sebagai panduan dan rujukan semua pihak khususnya para ibu bapa. Jadual bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Disertakan juga maklumat lain seperti fakta mengenai imunisasi untuk kefahaman rakyat Malaysia

Fakta Mengenai Imunisasi

1. Imunisasi adalah selamat. Vaksin diuji dengan rapi pada ribuan orang melalui kajian klinikal berskala besar sebelum dipasarkan secara komersial untuk digunakan

2. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia bertanggungjawab mendaftarkan dan meluluskan sesuatu vaksin sebelum ia boleh digunakan di Malaysia

3. Penggunaannya dipantau secara berterusan oleh KKM serta WHO untuk menjamin keselamatan pengguna

4. Majlis Fatwa Kebangsaan menjelaskan bahawa hukum penggunaan vaksin adalah harus kerana imunisasi adalah satu-satunya cara pencegahan yang ada bagi mengelakkan penyakit cegahan vaksin (kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar)

Jadual Vaksin Imunisasi Kebangsaan KKM Bayi Dan Kanak-Kanak 2023

Jadual bagi tahun terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Berikut adalah Jadual Vaksin Imunisasi Kebangsaan KKM bagi rujukan semua pihak:

Jadual-Imunisasi-Kebangsaan-Disember-2022

Sumber : Infosihat.gov.my

Informasi

Informasi

Sumber : KKM

Hepatitis B Kombinasi vaksin yang menawarkan perlindungan terhadap Hepatitis B (jangkitan hati) 0 Bulan (Dos 1). Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah katanya dalam kenyataan menegaskan supaya ibu dan bapa membuat temu janji untuk mendapatkan imunisasi anak di fasiliti kesihatan kerajaan. Khususnya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP). Program imunisasi adalah cegahan untuk melindungi penularan wabak-wabak penyakit, salah satunya adalah human papillomavirus melalui suntikan vaksin

VaksinKeteranganUmur
BCG (Basile Calmette-Guerin)Vaksin yang menawarkan perlindungan terhadap Tuberkulosis0 Bulan (Dos 1)
Hepatitis BKombinasi vaksin yang menawarkan perlindungan terhadap Hepatitis B (jangkitan hati)0 Bulan (Dos 1)
DTap-IPV-HepB-HibGabungan Vaksin yang menawarkan perlindungan bagi Difteria, Tetanus, Pertusis, Polio, Hepatitis B & Haemophilus influenzae type B2 Bulan (Dos 1)
3 bulan (Dos 2)
5 Bulan (Dos 3)
18 Bulan (Dos +)
PneumokokalVaksin yang menawarkan perlindungan daripada jangkitan bakteria Streptococcus pneumonia (pneumokokus)4 Bulan (Dos 1)
6 bulan (Dos 2)
15 Bulan (Dos +)
Measles (Sabah sahaja)Vaksin yang menawarkan perlindungan bagi Measles (demam campak)6 Bulan (Dos 1)
MMRVaksin yang menawarkan perlindungan terhadap Measles (campak), Mumps (Beguk) dan Rubella (Campak Jerman)9 Bulan (Dos 1)
12 Bulan (Dos 2)
MRVaksin yang menawarkan perlindungan terhadap Measles (campak), Mumps (Beguk) dan Rubella (Campak Jerman) MR dos kedua pada umur 7 tahun sehingga tahun 20227 Tahun (Dos +)
DTDos Booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus7 Tahun(Dos +)
HPV (Wanita sahaja)Vaksin Virus Papilloma Manusia (HPV) yang hanya diberikan kepada remaja perempuan berumur 13 tahun bagi mencegah kanser serviks (jangkitan kelamin)13 Tahun (Dos 1)
6 bulan selepas dos 1 (Dos 2)
TetanusVaksin juga dikenali sebagai toksoid tetanus (TT) untuk mencegah kancing gigi15 Tahun (Dos +)
JE (Sarawak sahaja)Japanese Encephalitis adalah virus yang menyebabkan radang otak (ensefalitis) merebak melalui nyamuk.9 Bulan (Dos 1)
21 Bulan (Dos 2)

Jadual Vaksin Imunisasi Tambahan

Berikut disertakan juga jadual vaksin imunisasi tambahan yang disarankan dan boleh didapati di klinik dan hospital swasta pada kadar bayaran tertentu
Informasi
Vaksin imunisasi tambahan ini disarankan agar dapat mengelak daripada penyakit yang dinyatakan seperti keterangan berikut:
VaksinKeteranganUmur
RotavirusVaksin yang menawarkan perlindungan terhadap Rotavirus (virus yang menyebabkan jangkitan saluran pencernaan). Diberi selang 4 minggu1 bulan 15 hari – 5 bulan (2 atau 3 kali dos primer)
PneumococcalVaksin yang memberi perlindungan bagi penyakit yang disebabkan oleh pneumokokus (boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, menigitis  dan lain-lain)2 bulan hingga 6 bulan (1 -3 dos primer)
12 bulan (Dos Booster)
InfluenzaVaksin yang menawarkan perlindungan daripada jangkitan virus pada hidung, paru-paru, dan tekak, 2 dos akan diberi selang 1 bulan bagi 8 tahun pertamaserta 1 dos setiap tahun6 bulan hingga 18 bulan (dos primer)
MeningococcalVaksin yang menawarkan perlindungan bagi penyakit akibat jangkitan bakteria pada lapisan otak dan saraf tunjang yang boleh menyebabkan hilang upaya yang kekal2 Bulan ke atas (dos primer)
Hepatits AVaksin yang menawarkan perlindungan bagi penyakit jangkitan pada organ hati disebabkan virus hepatitis A. Diberi selang 6 bulan12 bulan ke atas (dos primer)
VaroicellaVaksin yang menawarkan perlindungan bagi penyakit (cacar air)  mudah berjangkit yang menyebabkan deman dan kulit yang melepuh. Diberi sekurang-kurangnya selang 3 bulan12 Bulan ke atas (dos primer

Senarai 12 Jenis Penyakit Berkaitan Imunisasi / Suntikan Vaksin

PenyakitPenerangan
DifteriaSaluran penafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru) disebabkan pengeluaran toksik oleh bakteria yang berada dalam mulut / tekak orang yang dijangkiti
TetanusKancing gigi kerana keracunan bakteria yang menyebabkan kekejangan otot-otot badan dan kebolehan membuka rahang
Tibi (Batuk Kering)Jangkitan serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan boleh merebak ke organ lain
Pertusis (Batuk Kokol)Penyakit paling mudah berjangkit, batuk teruk yang berterusan sehingga kanak-kanak sukar bernafas dan bertukar menjadi biru
Hepatitis BVirus yang boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan berisiko buat individu tersebut mendapat kanser hati pada masa akan datang
HiBBakteria Haemophilus Influenza Jenis B yang menyebabkan jangkitan pada paru-paru (pneumonia), radang saraf otak (menigitis) dan saluran penafasan
CampakJangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru (pneumonia) dan otak (encephalitis)
PolioVirus boleh menyebabkan kecacatan kekal pada otot kaki dan jangkitan pada otak
RubellaVirus yang merebak dalam kalangan ibu hamil khususnya kehamilan tiga bulan pertama yang boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan kepada sistem pendengaran dan penglihatan, otak dan kerosakan hati
BegukVirus yang boleh menyebabkan jangkitan pada testis (orchitis) yang boleh membawa kepada kemandulan serta pada otak (encephalitis)
Virus Human Papilloma (HPV)Virus yang boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital
Japanese Encephalitis (JE)Jangkitan otak yang disebabkan oleh virus JE

Info Berkaitan

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan