Contoh surat berhenti kerja Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Informasi

Informasi

Zaman pekerjaan (my career) adalah antara zaman paling mencabar bagi seseorang. Anda perlu mempunyai kerjaya atau jawatan kosong yang sesuai dengan minat anda begitu juga dengan kelayakan pengajian yang anda perolehi. Apabila keadaan tidak baik di sesebuah syarikat ataupun mendapat tawaran yang lebih baik di syarikat lain ataupun ingin sambung belajar, seseorang pasti bercadang untuk meletakkan jawatan atau berhenti kerja. Untuk melakukan demikian, seseorang perlu menghantar surat berhenti kerja kepada pihak syarikat sebagai makluman kepada mereka

Surat berhenti kerja adalah pemberitahuan secara rasmi kepada syarikat bahawa seseorang akan meletakkan jawatan daripada pekerjaan mereka. Ianya hendaklah ditulis secara rasmi mengikut format tertentu bagi memudahkan bahagian sumber manusia atau majikan membuat persediaan selanjutnya seperti mencari individu sebagai pengganti kepada jawatan tersebut.

Surat berhenti kerja juga hendaklah dihantar terus kepada bahagian sumber manusia dan penyelia bahagian sekiranya perlu dalam bentuk cetakan untuk dihantar ke pejabat tempat kerja anda mahupun secara emel. Selain surat berhenti kerja, sesetengah syarikat ataupun badan kerajaan memerlukan senarai serah tugas bagi mengenalpasti tugasan yang sudah siap dibuat atau belum dijalankan.

Cara menulis surat untuk berhenti kerja yang mudah dan ringkas perlulah jelas dengan menyatakan tarikh bila seseorang itu akan berhenti kerja. Selain itu, notis pemberitahuan atau penghantaran surat berhenti kerja ini perlulah dipatuhi mengikut kontrak yang ditandatangani pada awal kemasukan kerja seperti notis 24 jam, 2 minggu, sebulan dan sebagainya. Badan kerajaan lazimnya menggunakan Bahasa Melayu manakala syarikat swasta menggunakan Bahasa Inggeris dalam surat rasmi atau emel mereka.

Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja (Perletakan Jawatan) Dalam Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris

Berikut MYsumber kongsikan contoh-contoh surat berhenti kerja yang disediakan dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris untuk kemudahan serta rujukan para pengguna

1. Contoh Surat Berhenti Kerja (Notis Serta Merta)

Unit A-21, Blok g,
Rumah Pangsa Seri Murni,
Petaling Jaya, 47300,
Selangor Darul Ehsan
_______________________________________________________________________Chip Skate Sdn Bhd,
A-01-G, Pusat Perdagangan Phileo,
Ara Damansara, 47100,
Selangor Darul Ehsan21 MAC 2019

Tuan/Puan,

NOTIS PERLETAKAN JAWATAN SERTA MERTA

Merujuk kepada perkara di atas, adalah saya, Siti Raihan Binti Zairil ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya ingin meletakkan jawatan saya daripada syarikat tuan berkuatkuasa serta merta pada hari ini, 21 Mac 2019

2.Sebagai makluman pihak tuan, saya membuat keputusan tersebut berikutan keadaan kesihatan ibu saya yang tidak mengizinkan untuk saya bekerja kerana perlu mengawasi serta menjaga ibu saya yang berada dalam kondisi yang tidak baik kerana diserang penyakit kanser.

3. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Chip Skate Sdn Bhd serta seluruh pekerja kerana telah banyak memberi peluang untuk bekerja disini serta memberikan tunjuk ajar dan kepercayaan sepanjang tempoh saya bekerja di sini.

4. Segala kerjasama dan jasa baik dari pihak tuan amatlah saya hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih tidak terhingga.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
__________

2. Contoh Surat Berhenti Kerja (Notis 24 Jam)

Ali bin Abu,
No. 12, Jalan 12/8
Taman Mutiara, 42000,
Shah Alam, Selangor,
Selangor Darul Ehsan
________________________________________________________________________________________Asia Jaya Sdn Bhd,
Jalan SS15/1, SS15,
47100 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan25 MAC 2019

Tuan,

NOTIS BERHENTI KERJA 24 JAM DI ASIA JAYA SDN BHD

Berhubung dengan perkara di atas, saya Ali bin Abu yang bertugas sebagai Penolong Pentadbiran di Asia Jaya Sdn Bhd ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang perletakkan jawatan bermula pada hari esok, 26 Mac 2019.

2. Hal ini adalah disebabkan saya baru sahaja menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara, Selangor  yang akan bermula sesi pendaftaran pada 5 April 2019.

3.  Justeru itu, saya ingin menyampaikan penghargaan kepada pihak atasan Asia Jaya Sdn Bhd kerana sudi mengambil saya untuk berkhidmat dengan pihak tuan serta ribuan terima kasih kepada semua kakitangan yang memberi tunjuk ajar sepanjang saya di sini.

Kerjasama dan segala jasa baik daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
……………………..
(Ali Bin Abu)
013 31XXXXXX

3. Contoh Surat Berhenti Kerja (Notis 2 Minggu)

Daripada: Nama Penulis,
Alamat_________________,
______________________,Kepada: Pengurus ______________,
Alamat_________________,
______________________,
Shah Alam Selangor,Tarikh___________

Tuan,

PER : NOTIS PERLETAKAN JAWATAN DI (Nama Syarikat)Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya _____________ bekerja di bahagian ______________ ingin menyatakan bahawa saya akan meletakkan jawatan sebagai ________ bermula  ________2019 dengan notis dua minggu.

3. Perletakan jawatan saya adalah kerana ______________________________________________________. Walau bagaimanapun, saya masih akan bekerja seperti biasa dalam masa baki hari yang tinggal.

4. Saya amat gembira selama saya berkhidmat dan berbesar hati dengan peluang yang diberikan untuk saya bekerja dan menimba pengalaman di syarikat tuan. Selain itu, kepada seluruh kakitangan syarikat, terima kasih saya ucapkan atas tunjuk ajar dan bantuan yang diberikan.

Diharapkan agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama dan budi baik tuan amat saya hargai.

Sekian,terima kasih.

Yang Benar
………………………….
(_____________)

4. Contoh Surat Berhenti Kerja (Notis 1 Bulan)

(NAMA PEKERJA)
(ALAMAT TEMPAT TINGGAL PEKERJA)
____________________________________________________________________________________________Tarikh: (MASUKKAN TARIKH SURAT DITULIS)(NAMA SYARIKAT)
(ALAMAT SYARIKAT)PER : NOTIS BERHENTI KERJA SEBULAN DI (NAMA SYARIKAT)Adalah saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Saya (Masukkan Nama),  bekerja di (Masukkan Nama Syarikat) memegang jawatan sebagai (Masukkan Nama Jawatan) ingin memberitahu pihak tuan bahawa saya akan berhenti kerja mulai tarikh (Masukkan Tarikh Berhenti Kerja) dengan notis selama sebulan.

3. Ini adalah kerana saya telah ditawarkan untuk bekerja sebagai (Masukkan Jawatan Kerja Baharu) di (Masukkan Nama Syarikat) bermula pada (Masukkan Tarikh Mula Kerja Baharu).

4. Sehubungan itu, saya memohon agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan perletakan jawatan saya. Sebelum mengundurkan diri, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak tuan di atas kepercayaan dan peluang melaksanakan tugas yang diberikan untuk saya berkhidmat di syarikat tuan.

Diharapkan tuan dapat mempertimbangkan notis dan segala kerjasama serta jasa baik pihak tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
________
(No. K/P Penulis)

5. Contoh Surat Berhenti Kerja (Bahasa Inggeris)

(Your Name)_________,
(Your Address)_________,
______________________,
_________________________________________________________________________________________(Company Name)_________,
(Company Address)_________,
______________________,26 March 2019Dear Mr. /Mdm,

I am writing this letter to announce my resignation from (Insert Current Company Name) as the (Insert Job Title) effective 1 month from this date. This is due to recently that I have just received an offer to work at (Insert New Company Name) starting on (Insert Date New Job Starts).

The past three years have been very amazing and rewarding for me. I have enjoyed working with (Insert Current Company Name) enormously as the environment is very positive with supporting team members as well. I would like to extend my greatest gratitude to the company and everyone who has been giving me support and guidance during my working period here.

This was not an easy decision to make. As per my contract, I am providing (Insert Current Company Name) with 1 month notice from today. My last day of working will be on (Insert Last Date of Working)

I wish the company and all the team members continued success in the future. Thank you.

Yours sincerely,
………………………….
(_____________)

Alasan Sebab Berehenti Kerja

Berikut adalah contoh-contoh alasan yang munasabah yang sering berlaku apabila seseorang berhenti kerja:

a. Mendapat tawaran pekerjaan di tempat lain

b. Menyambung pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi

c. Menghadapi masalah kesihatan / ahli keluarga tidak sihat

d. Membuka perniagaan sendiri

Nota: Panduan di atas hanyalah contoh surat berhenti kerja bagi membantu memudahkan para pekerja dalam mana-mana bidang dan sektor untuk menulis surat tersebut mengikut beberapa jenis format

Related : surat perletakan jawatan, contoh surat resign, tawaran kerja, for the, resignation letter, tempoh notis, tempoh 24 jam, menulis surat berhenti kerja, and i, kesempatan ini untuk mengucapkan, perlu memberi, berterima kasih,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan