Berikutan kes jenayah yang semakin bertambah dan menjadi-jadi saban hari, jelas bahawa rakyat Malaysia memerlukan perlindungan daripada apa-apa jua jenis ancaman yang dapat mengganggu gugat kemanan serta kesejahteraan awam. Dan salah satu pihak yang memikul tanggungjawab dalam memelihara keamanan negara sudah semestinya adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM)
PDRM adalah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada lebih 111, 450 orang pegawai dan anggota. Ibu pejabat PDRM terletak di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pasukan berseragam ini adalah unik kerana berbanding negara lain, pertubuhan ini adalah terpusat, yang bermaksud segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke perisikan adalah terletak di bawah bidang kuasanya
Dalam menjaga keamanan dan kesejahtaraan awam, PDRM memperoleh bantuan daripada kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Simpanan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis serta kakitangan awam. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia
Bagi yang berminat untuk menjadi Polis dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti mempunyai ukuran indeks jisim semasa normal dan berumur tidak kurang 18 tahun, bolehlah membuat permohonan Polis untuk mengisi kekosongan jawatan secara online menerusi laman e-PENGAMBILAN PDRM. Jawatan yang ada di bawah Skim Jawatan bagi Permohonan Jawatan Kosong Polis secara Online terdiri daripada Konstabel / Sarjan / Inspektor
Menurut Facebook Unit Pengambilan PDRM, Eksesais Ujian Integriti SPiER-PDRM bagi Jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita), Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) dan Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki), semua calon yang telah melepasi Ujian Pemeriksaan Fizikal yang lepas dikehendaki membuat semakan panggilan Ujian Integriti SPiER-PDRM bermula 9.00 pagi (Rabu) 1 Julai 2020 | ||
Semakan boleh dibuat di Laman Web e-Pengambilan PDRM seperti pautan di bawah. Calon dikehendaki Log In dan klik di ‘Semakan Permohonan’ untuk membuat semakan | ||
Individu yang terpilih dikehendaki hadir pada tarikh dan lokasi yang ditetapkan. Ujian ini akan bermula di seluruh negara pada 12 Julai 2020 | ||
Senarai Sub-Topik
Cara Memohon Jawatan Kosong Polis 2020 Secara Online Untuk Jawatan Konstabel / Sarjan / Inspektor
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Jawatan Kosong Polis 2020: Online Konstabel / Sarjan / Inspektor yang merangkumi pautan untuk membuat permohonan, jawatan kosong terkini yang diiklankan serta maklumat-maklumat penting yang lain
TARIKH PERMOHONAN KONSTABEL GRED YT 1 | |
Mula | Tamat |
16 November 2020 | 30 November 2020 |
Warganegara Malaysia yang berkelayakan berumur tidak kurang 18 tahun adalah dipelawa untuk membuat permohonan Jawatan Kosong bagi Jawatan Konstabel YT1 (Lelaki) PDRM. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Pengambilan PDRM di talian 03-2266 8348/ 8350/ 8351 | |
SYARAT KELAYAKAN FIZIKAL SKIM JAWATAN POLIS | |||
Pemohon mestilah mempunyai ciri-ciri kelayakan fizikal seperti berikut: | |||
1. Ketinggian minimum 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu. sm=sentimeter | |||
2. Berat badan minimum 50 kg (lelaki) dan wanita 48 kg atau lebih | |||
3. Julat 19 hingga 26 bagi ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) | |||
4. Ukur lilit dada biasa 81 sm (normal) dan 86 sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja) | |||
5. Lulus ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan yang diuji secara berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan | |||
6. Tidak cacat dalam pengecaman warna dan pendengaran | |||
7. Diperiksa dan diperakui sihat ukuran fizikal dan pancaindera untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar kerajaan |
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK SKIM JAWATAN POLIS | |||
Untuk merujuk syarat kelayakan akademik bagi setiap jawatan, klik pautan berikut: | |||
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PDRM SECARA ONLINE | |||||
e-PENGAMBILAN
| |||||
Cara Membuat Permohonan Jawatan Kosong PDRM e-PENGAMBILAN
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan jawatan kosong PDRM menggunakan sistem e-Pengambilan
Pendaftaran Baru
- Klik pada pautan yang disediakan di atas
- Klik butang Pendaftaran Baru jika belum pernah mendaftar sebelum ini
- Lengkapkan maklumat pengguna yang diperlukan dan klik butang Serah
- Semak emel yang telah didaftarkan dan klik pengaktifan akaun.
- Jika tidak menerima emel, klik ‘Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID” bagi mengaktifkan akaun
- Log masuk dan isi borang dengan lengkap seperti Maklumat Peribadi, Keluarga, Akademik, dan Ko-kurikulum.
Semak Jawatan
Untuk melihat kekosongan jawatan yang ada sila ikuti langkah berikut:
- Klik pada tab Iklan bagi menyemak Jawatan yang di buka untuk pendaftaran
- Warna hijau menunjukkan Jawatan yang di buka untuk pendaftaran manakala warna merah adalah jawatan yang belum dibuka
Permohonan Polis
Bagi membuat permohonan kekosongan jawatan polis, lihat langkah yang disediakan berikut:
- Klik pada pilihan Permohonan Polis dan klik Permohonan Baru
- Pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum adalah betul sebelum ke proses selanjutnya
- Klik Permohonan Jawatan dan pilih jawatan yang ditawarkan. Klik pada butang Simpan
- Tiba di tab Pengakuan, tandakan setiap pengakuan pemohon dan klik butang Simpan
- Di tab Pengesahan, sekiranya borang dihantar pemohon tidak boleh mengemaskini lagi permohonan maka dinasihatkan maklumat yang diisikan adalah lengkap dan tepat.
- Akhir sekali, klik butang Hantar Borang untuk hantar permohonan
Semak Status Permohonan
Setelah membuat permohonan, pemohon boleh membuat semakan dengan cara berikut:
- Klik pada menu Semak Status Permohonan
- Masukkan No. Kad Pengenalan Baru dan Klik butan Semak
- Paparan Status Pengambilan akan ditunjukkan
- Sila cetak surat panggilan tersebut
JADUAL GAJI PDRM | |||
Berikut dikongsikan jadual gaji bagi jawatan Konstabel, Sarjan dan Inspektor: | |||
JAWATAN | GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | KADAR GAJI TAHUNAN |
Inspektor Polis YA13 | RM 2,502.00 | RM 9,803.00 | RM 230.00 |
Sarjan Polis YA5 | RM 1,930.00 | RM 5,801.00 | RM 150.00 |
Konstabel Polis YA1 | RM 1,441.00 | RM 4,152.00 | RM 105.00 |
Konstabel Polis YT5 | RM 1,220.00 | RM 2,748.00 | RM 85.00 |
Konstabel Polis Orang Asli YP1 | RM 1,334.00 | RM 3,003.00 | RM 85.00 |
DESKRIPSI TUGAS DAN ELAUN KONSTABEL POLIS GRED YA1 | |||
Berikut dikongsikan maklumat penting bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 yang merangkumi deskripsi tugas dan elaun dan kemudahan: | |||
1. Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti | |||
2. Antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara | |||
ELAUN DAN KEMUDAHAN | JUMLAH | ||
Elaun Tetap Perumahan | RM 300 | ||
Elaun Cola | RM 100 – RM 350 | ||
Elaun Khidmat Awam | RM 115 | ||
Elaun Khas PDRM | RM 200 | ||
Elaun Seragam PRP / Konstabel | RM 690 | ||
Elaun Kasut | RM 300 |