Borang permohonan jawatan guru tabika taska KEMAS 2024

Guru

Guru

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mempelawa individu warganegara Malaysia yang berkelayakan membuat permohonan bagi mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA / TASKA) KEMAS pengambilan Tahun 2024

Calon-calon yang berjaya dalam Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak akan dipertimbangkan untuk berkhidmat sebagai jawatan yang telah ditetapkan (Guru Tadika / Taska KEMAS)

Tawaran mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kemas tahun 2024 dibuka kepada individu warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 35 tahun serta memenuhi syarat kelayakan permohanan ditetapkan

Borang Online Permohonan Jawatan Kosong Guru Tabika/ Taska Kemas 2024

Berikut MYsumber sertakan maklumat bagi permohonan mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak, KEMAS tahun 2024.

Syarat Kelayakan

  1. Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
    • (a) Warganegara Malaysia
    • (b) Berumur 21 tahun dan ke atas serta tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan
    • (c) Mempunyai diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya
    • (d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  2. Telah menamatkan pengajian dan mempunyai diploma serta transkrip
  3. Tidak berkhidmat sebagai kakitangan tetap kerajaan
  4.  Terbuka kepada calon lelaki atau perempuan untuk tabika
  5. Terbuka kepada perempuan sahaja untuk taska

Maklumat Asas Kursus

  • Institut / Pusat Latihan KEMAS : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
  • Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai kakitangan kontrak KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri

Borang Permohonan Dan Panduan

Calon dikehendaki menggunakan Borang Atas Talian atau manual yang boleh dikases melalui pautan berikut :-

Sebagai peringatan:

  • Calon tidak dibenarkan untuk mengisi lebih daripada satu permohonan.
  • Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian di https://kis.kemas.gov.my/ sahaja yang akan diterima.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat dikemukakan tidak akan dilayan.
  • Hanya permohonan yang dilakukan secara online sahaja akan diterima

Tarikh buka permohonan bagi jawatan kosong di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) adalah pada 4 Mac 2024 manakala tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Mac 2024

Panggilan Temuduga

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga. Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan

Iklan Dan Senarai Pejabat KEMAS Mengikut Negeri

Berikut adalah senarai alamat pejabat KEMAS di setiap negeri untuk panduan semua:

Guru

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan