Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) sekali lagi menunjukkan dominasi apabila tampil tanpa kalah sepanjang 24 perlawanan sepanjang Liga Super Malaysia 2023 setakat ini. Kelab Harimau Selatan yang berada pada laluan untuk memenangi liga kali kesepuluh berturut-turut perlu dicabar oleh pasukan lain untuk memecahkan dominasi pasukan JDT
Perlawanan seterusnya yang melibatkan pasukan Johor Darul Takzim akan menentang pasukan dari Jepun bagi perlawanan kelima peringkat kumpulan AFC Champions League. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 28 November 2023 (Hari Selasa) di Stadium Kawakasi Todoroki, Kanagawa, Jepun
Kedua-dua pasukan dilihat akan memberikan aksi yang menarik selepas masing-masing menunjukkan persembahan yang baik pada perlawanan sebelum ini. Walaupun usaha untuk mencabar Kawasaki Frontale agak sukar namun perlawanan yang menarik masih boleh diberikan oleh pasukan JDT
Peluang kedua-dua pasukan untuk bersaing dilihat adalah terbuka kerana JDT dan Kawasaki Frontale masing-masing berpeluang melepasi peringkat kumpulan. Tambahan pula perlawanan kali ini akan dimainkan dalam jadual yang padat dan menguji kekuatan pasukan masing-masing
Melihat cabaran yang semakin sukar berbanding tahun sebelumnya, skuad Harimau Selatan telah mengambil langkah persediaan dengan membawa masuk pemain-pemain baharu seperti Heberty Fernandes. Penjaring terbanyak Liga Utama Thailand ini telah dibawa masuk oleh JDT untuk bersaing dengan Bergson dan Diogo serta sebagai persediaan menghadapi kejohanan ACL yang bakal berlangsung
Kawasaki Frontale pula di bawah kendalian Toru Oniki mempunyai pemain berpengalaman seperti Batefembi Gomis, Leandro Damiao dan Marcinho. Pengendali pasukan Kawasaki Frontale perlu memastikan setiap posisi dalam pasukan mampu memberikan impak dengan pemain sedia ada untuk menghadapi permainan dominasi oleh JDT
Siaran Langsung JDT Vs Kawasaki Frontale 28 November 2023 (AFC Champions League)
Saksikan perlawanan antara Johor Darul Takzim menentang Kawasaki Frontale untuk perlawanan kelima Piala Juara-Juara Asia pada 28 November 2023 (Selasa) jam 600 petang waktu Malaysia yang bakal berlangsung di Stadium Kawakasi Todoroki, Kanagawa, Jepun
Keputusan Terkini
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan kedua peringkat kumpulan diantara JDT FC (lwn) Kawasaki Frontale yang dikemaskini secara langsung keputusan sehingga tamat aksi masa penuh
JDT | 0 – 5 | KAWASAKI FRONTALE |
. | FULLTIME | A. Ienaga 8′ L. Damião 50′ Marcinho 60′ Y. Kobayashi 69′ M. Yamane 88′ |
Kesebelasan Pemain
JDT: Syihan Hazmi (PG), Matthew Davies, Jordi Amat, Feroz, Oscar, Arif Aiman, Afiq Fazail, Hong Wan, Heberty, Bergson, Forestieri
Kawasaki Frontale: Jung (PG), Yamane, Ominami, Yamamura, Noborizato, Wakizaka, Tachibanada, Seko, Ienaga, Damiao, Marcinho
Siaran Langsung
Aksi perlawanan liga super di antara pasukan JDT menentang Kawasaki Frontale akan disiarkan secara siaran langsung di Astro seawal jam 6.00 petang bermula dengan siaran pra-rancangan dengan sepak mula perlawanan bermula jam 5:30 petang.
Penonton juga boleh melayari penstriman rasmi RTM di rtmklik atau aplikasi penstriman Astro Go atau Sooka
Info Berkaitan