Cara Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat COVID-19

Dikemaskini pada

Permohonan Penangguhan Ansuran Bank

Dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak Koronavirus atau dikenali kini dengan COVID-19 semenjak Disember 2019. Bukan sahaja dari segi kesihatan manusia sahaja yang terjejas terutamanya, malah sektor ekonomi juga menunjukkan penurunan dan kejatuhan. Setakat ini 165 buah negara yang terlibat atau terkena wabak penyakit ini termasuklah negara Malaysia. Justeru itu, kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 untuk menangani impak COVID-19. Turut tampil meringankan beban rakyat dalam hal ini adalah pihak bank yang menawarkan penangguhan ansuran bank

Penangguhan ansuran bank atau dikenali dengan nama moratorium adalah penangguhan secara rasmi bayaran ansuran bulanan daripada peminjam atau pembayar kepada pihak bank tanpa sebarang denda atau caj penalti. Dengan kata mudah, pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran yang dibuat bersama bank tersebut mengikut jumlah bulan yang ditetapkan dalam tawaran moratorium yang diumumkan. Bayaran ansuran akan bersambung semula setelah tempoh moratorium tamat

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 dan akan berakhir 31 Mac 2020 nanti, ramai pekerja dijangka terjejas khususnya pendapatan mereka. Ini kerana ada syarikat yang terpaksa meminta pekerja bercuti tanpa gaji atau unpaid leave. Bukan itu sahaja, bagi golongan peniaga seperti di pasar tani dan pasar malam, mereka juga turut terjejas kerana tidak dibenarkan beroperasi

Oleh sebab itu, Persatuan Bank dalam Malaysia telah mengumumkan bahawa ahli-ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi krisis dunia ini. Setakat ini, beberapa buah bank atau entiti pembiayaan yang telah secara rasmi mengumumkan penawaran moratorium kepada kepada pelanggan mereka sama ada bagi individu atau syarikat kecil dan sederhana. Para pembayar yang ingin mendapatkan bantuan ini perlulah membuat permohonan moratorium seperti yang akan dikongsikan di bawah

Penangguhan Automatik Bayaran Pinjaman Bank Mulai 1 April

TERKINI: TIADA CAJ TAMBAHAN ATAS BAYARAN ANSURAN PERJANJIAN SEWA BELI 
Berikut adalah kenyataan media terkini oleh Menteri Kewangan pada 6 Mei 2020 berkenanan caj tambahan bagi bayaran ansuran perjanjian sewa beli (konvensional dan shariah) 
Tiada Caj
PENGENDALIAN MORATORIUM BAGI PINJAMAN SEWA BELI DAN PEMBIAYAAN ISLAM BERKADAR TETAP
Mulai 1 Mei 2020, peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap akan menerima notis pemberitahuan melalui SMS, emel atau surat berdaftar daripada bank tentang langkah yang perlu diambil untuk proses penangguhan pembayaran pinjaman
Justeru peminjam sewa beli yang memilih mengambil moratorium enam bulan dari 1 April hingga 30 September 2020 akan mempunyai pilihan dari segi pembayaran balik iaitu: 
Nombor 1Membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2o20 tanpa dikenakan caj faedah tambahan
Nombor 2Membayar balik ansuran selepas Oktober 2020 menerusi lanjutan enam bulan tempoh pembayaran balik selepas tarikh matang asal. Dalam kes ini, faedah mengikut kadar kontrak akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh sehingga dibayar sepenuhnya, yang sepatutnya pada akhir tempoh lanjutan enam bulan
Untuk panduan lanjut mengenai ini, sila rujuk soalan lazim yang disediakan Bank Negara Malaysia seperti di  bawah: 
Sila Klik Link Soalan Lazim (FAQ) Moratorium Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap BNM
PENANGGUHAN PINJAMAN SECARA AUTOMATIK SELAMA ENAM BULAN – BNM
Berdasarkan kenyataan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) bertarikh 24 Mac 2020, berikut adalah maklumat lanjut:
BNM membenarkan pelanggan bank termasuklah individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan semua pembayaran balik pinjaman masing-masing kecuali kad kredit
Pengangguhan bayaran balik pinjaman itu adalah secara automatik selama 6 bulan bermula 1 April 2020
Namun, moratorium (penangguhan bayar balik pinjaman) hanya tertakluk kepada pinjaman seperti berikut: 
BetulTidak tertunggak melebihi 90 hari setakat pada 1 April 2020
BetulDalam mata wang Ringgit Malaysia
Berikut adalah gambar kenyataan daripada BNM mengenai Moratorium Bayaran Pinjaman tersebut
BNM

Permohonan Moratorium Cara Mohon Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank

MY PeringatanNota Penting
Tidak Layak  Permohonan moratorium secara manual tidak lagi perlu dilakukan bagi memohon penangguhan bayaran pinjaman bank
DEFINISI MORATORIUM 
Moratorium adalah penangguhan rasmi sementara bayaran ansuran bulanan pinjaman dengan pihak bank sehingga 6 bulan
Pelanggan bank (peminjam/pembayar) tidak perlu membayar ansuran bulanan selama tempoh moratorium dan bersambung setelah ia tamat.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN – BNM
Berikut adalah soalan lazim (FAQ) mengenai penangguhan bayaran pinjaman yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia:
Soalan Lazim BNM Moratorium
Soalan Lazim BNM Moratorium 1
Soalan Lazim BNM Moratorium 2
Soalan Lazim BNM Moratorium 3
Soalan Lazim BNM Moratorium 4
Sila Klik Link Soalan Lazim (FAQ) Moratorium Penangguhan Bayaran Pinjaman BNM

Senarai Bank Yang Menawarkan Penangguhan Bayaran Pinjaman

BANK YANG MENAWARKAN MORATORIUM
Berikut adalah senarai bank yang memberi kemudahan moratorium kepada yang terkesan dengan wabak COVID-19 berserta nombor telefon untuk dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut
BankNo Telefon
1. CIMB / CIMB Islamic03-62047788
2. Maybank / Maybank Islamic1-300-88-6688
3. Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic03-76268899
4. Affin Bank / Affin Islamic03-82302222
5. AmBank03-21788888
6. Bank Islam03-26900900
7. Bank Simpanan Nasional (BSN)1300-88-1900
8. Agro Bank1-300-88-2476
9. Bank Muamalat1-300-88-8787
10. Bank Rakyat1-300-80-5454
11. HSBC Amanah1-300-88-2626
12. Public Bank 1-800-22-5555
13. OCBC Al Amin Bank Berhad03-83149310
14.MBSB Bank03-20963000
15. RHB Bank / RHB Islamic03-9206 8118
16. Standard Chartered Saadiq1-300-88-8888
17. Alliance Bank03-55169988
18. Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)03-26113888
19. SME Bank03-26037700
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk dokumen daripada Persatuan Institusi Perbankan Islam seperti pautan di bawah: 
Sila Klik Link AIBIM Bantuan Moratorium Akibat COVID-19
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Close