Semakan Kelayakan Peka B40 Secara Online

21:22 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 14 November 2019 jam 03:22 PM

Semakan Kelayakan Peka B40

Malaysia telah menyaksikan pelbagai perubahan dilakukan semenjak beralihnya tampuk pemerintahan kepada Pakatan Harapan. Salah satunya melalui Belanjawan 2019 yang dilihat keutamaan diberikan kepada beberapa sektor penting antaranya kesihatan. Dengan peningkatan sebanyak 7.8 peratus berbanding 2018, perkhidmatan kesihatan menerima peruntukan sebanyak RM29 bilion secara keseluruhan. Ini termasuklah bagi menampung pelaksanaan Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40)

Skim bantuan kesihatan yang pertama kali diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini merupakan salah sebuah program bantuan kerajaan yang diwujudkan bagi membantu menanggung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah (B40). Ianya memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) seperti kanser, penyakit jantung dan lain-lain

Skim PeKa B40 telah diwujudkan oleh pihak KKM atas beberapa faktor. Antaranya adalah laporan mengenai beban penyakit tidak berjangkit iaitu 47.6% daripada kumpulan B40 yang berumur 40 tahun dan ke atas menghidap paling kurang satu penyakit tidak berjangkit dan masih belum didiagnosis atau dikenalpasti di peringkat awal. Selain itu, 60% kes kanser dikesan pada peringkat lewat yang menyebabkan peluang untuk sembuh agak tipis. 3 daripada 10 orang dewasa juga dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental dengan kumpulan B40 mencatatkan kadar yang lebih tinggi sebanyak 32% berbanding 28% (kumpulan bukan B40)

Meskipun kerjaan memberikan subsidi yang tinggi dari segi perubatan dan kesihatan di Hospital KKM, masih terdapat sebahagian kos alatan perubatan yang perlu ditanggung sendiri oleh pesakit seperti kos bagi implan tulang belakang dan perentak jantung. Dalam pada itu, kebanyakan pesakit kurang berkemampuan tinggal dalam kawasan pedalaman justeru menyukarkan mereka mendapatkan rawatan susulan akibat masalah kewangan untuk menampung kos bayaran pengangkutan. Atas faktor-faktor tersebut, skim PeKa B40 telah dilaksanakan oleh KKM demi kesejahteraan rakyat yang memerlukan.

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMAAN SKIM PEKA B40 SECARA ONLINE (SKIM PEDULI KESIHATAN UNTUK KUMPULAN B40)

Belanjawan 2019 telah memperuntukkan RM100 juta dana bagi pelaksanaan skim PeKa B40. Program perintis ini dijangka dapat menampung sehingga 800,000 penerima pada awalnya. Namun begitu hanya mereka yang melepasi syarat dan kriteria sahaja yang bakal menerima skim ini. Berikut adalah cara membuat semakan syarat kelayakan PeKa B40 serta beberapa maklumat penting yang berkenaan.

SYARAT KELAYAKAN SKIM PEKA B40
Skim ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang menepati kriteria berikut:
BetulTergolong dalam kumpulan pendapatan isi rumah 40% terendah atau B40
BetulPenerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dan pasangannya yang telah berdaftar
BetulBerumur 40 tahun dan ke atas
Nota Tiada pendaftaran perlu dilakukan dan penyertaan adalah secara automatik serta percuma kepada penerima PeKa B40
SEMAKAN KELAYAKAN SKIM PEKA B40

SKIM PEDULI KESIHATAN B40 (PeKa B40)

Semakan OnlineSemakan Online
NotaMasukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad (12 digit tanpa tanda sengkang) dan klik butang Semak
MANFAAT SKIM PEKA B40
Penerima PeKa B40 boleh mendapatkan beberapa jenis manfaat daripada skim ini seperti berikut: 
Nombor 1 Manfaat 1 : Saringan Kesihatan
Penerima haruslah menjalani Saringan Pemeriksaan Kesihatan (Manfaat 1) bagi membolehkan diri layak untuk mendapat manfaat Bantuan Alatan Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3) serta Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4)
Saringan Pemeriksaan Kesihatan ini boleh dibuat oleh doktor-doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40 (senarai akan dikeluarkan sekitar April 2019)
Saringan Pemeriksaan Kesihatan meliputi:
i. Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu serta keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
ii. Saringan kesihatan mental
iii. Pemeriksaan fizikal
 iv. Pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki dan pemeriksaan payudara untuk penerima wanita yang berisiko
 v. Ujian air kencing dan ujian darah
Spesimen air kencing dan darah akan diambil dan dihantar ke makmal bagi ujian air kencing, ujian fungsi buah pinggang, ujian paras kolesterol, ujian kawalan gula darah dan ujian sel darah
Penerima manfaat tidak perlu berpuasa bagi menjalani ujian-ujian berkenaan
Tiada apa-apa bayaran dikenakan untuk saringan pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini
Jika penerima perlu mendapatkan rawatan, boleh rujuk kepada Klinik Kesihatan atau sekiranya penerima sendiri bersetuju dirawat di Klinik Swasta (kos rawatan ditanggung penerima sendiri) bolehlah berbuat demikian. Sehingga kini, kos rawatan atau ubat belum termasuk dalam bantuan skim PeKa B40
 Nombor 2 Manfaat 2 : Bantuan Alatan Perubatan
Manfaat 2 ini merupakan bantuan alatan perubatan yang diperlukan dalam rawatan atau prosedur yang tidak mendapat subsidi kos alat di hospital-hospital KKM
Bantuan mempunyai had maksimum seumur hidup sebanyak RM20,000 (dalam bentuk alatan perubatan yang dibelikan). Alatan perubatan merangkumi kategori berikut:
i. Stent bagi jantung 
ii. Alat sendi tiruan
iii. Alat bantuan pendengaran 
 iv. Perentak jantung
v. Prostesis dan implan bagi tulang belakang
vi. Prostesis dan ortosis tulang anggota
vii. Kanta mata intraokular 
viii. Alat terapi penafasan dan oxygen concentrator
ix. Bantuan sokongan nutrisi
x. Kerusi Roda
Sebelum penerima PeKa B40 mendapat manfaat ini, Saringan Kesihatan (Manfaat 1) mesti dilakukan terlebih dahulu
Manfaat ini hanya boleh didapati oleh penerima PeKa B40 yang menerima rawatan di hospital KKM sahaja (permohonan perlu dibuat oleh pakar-pakar perubatan KKM untuk pihak pesakit atau penerima PeKa B40)
Nombor 3 Manfaat 3 : Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
Manfaat ini dikhususkan untuk menggalakkan pesakit kanser terutama sekali pesakit peringkat awal rawatan / permulaan penyakit bagi melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM
Saringan Kesihatan (Manfaat 1) mesti dilakukan dahulu sebelum penerima PeKa B40 layak mendapat manfaat ini
Manfaat melibatkan pembayaran insentif RM1,000 kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM
Insentif dibahagikan kepada dua (2) kali bayaran tertakluk kepada peringkat rawatan pesakit
Pembayaran insentif akan dibuat secara terus ke akaun bank penerima PeKa B40 yang telah pun didaftarkan
Doktor atau pakar perubatan KKM perlu membuat permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 bagi pihat pesakit (penerima PeKa B40)
Nombor 4 Manfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan
Manfaat 4 diberikan dengan tujuan meringankan beban pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di hospital KK dan perlu membayar kos pengangkutan yang tinggi (tetapi tidak merangkumi kesuluruhan kos perjalanan)
Manfaat 4 ini hanya layak diterima oleh penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja
Manfaat ini mempunyai had maksimum bantuan yang boleh diterima mengikut kawasan iaitu:
i. Semenanjung Malaysia : RM500
ii. Sabah / Sarawak / Labuan : RM1,000
Jarak antara hospital dan rumah pesakit (penerima PeKa B40) akan menentukan jumlah insentif tambang yang akan diberikan mengikut kadar yag telah ditetapkan
Pembayaran insentif adalah secara terus kepada akaun bank penerima PeKa B40 yang telah pun didaftarkan
PROSES MENDAPATKAN MANFAAT SKIM PEKA B40
Sila ikuti langkah berikut untuk mendapatkan manfaat PeKa B40
Nombor 1 Langkah Pertama
Semak kelayakan skim PeKa B40 menerusi pautan yang disediakan di atas
 Nombor 2 Langkah Kedua
Sekiranya layak, sila kunjungi klinik yang berdaftar dengan PeKa B40 dengan membawa kad pengenalan
Klinik tersebut boleh diketahui melalui pelekat logo PeKa B40 atau rujuk senarai klinik di pautan di bawah
Sila Klik LinkSenarai Klinik PeKa B40 (akan disediakan mulai April 2019)
Nombor 3 Langkah Ketiga
Saringan pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa kunjungan pertama penerima PeKa B40 ke klinik 
Kos saringan pemeriksaan kesihatan ini akan ditanggung oleh pihak kerajaan
Nombor 4 Langkah Keempat
Kunjungan kali kedua bagi mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada perlu merujuk ke Fasiliti KKM atau program Sihat Cergas KKM
Sila rujuk infografik yang telah disediakan pihak KKM bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai proses Skim PeKa B40
proses PeKAB40
InfoMaklumat Lanjut
Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai skim ini seperti jawapan kepada soalan-soalan lazim boleh dirujuk kepada pautan di bawah atau hubungi butiran berkenaan serta layari laman web rasmi PeKa B40 seperti berikut: 
Telefon : +603 86872500
Emel : info@pekab40.com.my
Alamat : F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300, Century Square, Jalan Usahawan, 63000, Cyberjaya, Selangor
Sila Klik LinkSoalan Lazim FAQ PeKa B40
Sila Klik LinkLaman Web Rasmi PeKa B40
Pautan Info BerkaitanInfo Berkaitan
Tunjuk LinkSenarai Bantuan Kerajaan 2019
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!