Hasrat pemerintahan kerajaan baru adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah khususnya daripada golongan B40. Golongan B40 adalah kelompok isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia termasuk isi rumah dalam kategori miskin. Menyedari mereka kian tertekan dengan bebanan kewangan dan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif dan program bantuan sokongan termasuklah MySalam iaitu Skim Perlindungan Kesihatan Takaful bagi golongan B40
Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, skim ini akan memberi perlindungan kesihatan takaful secara percuma kepada 3.69 juta isi rumah B40 yang berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 65 tahun. Menurut Menteri Kewangan Malaysia, mereka yang layak mendapat skim ini terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) yang kini dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Melalui mySalam, penerima yang berkelayakan akan mendapat bayaran harian berjumlah RM50 sehari terhad kepada 14 hari atau bersamaan RM700 setahun setelah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Selain itu, sekiranya penerima didapati menghidap salah satu daripada penyakit kritikal yang disenaraikan dalam skim ini, bayaran secara ‘one-off’ terus ke akaun penerima sebanyak RM8,000 akan diberikan
Skim mySalam sudah mula dilaksanakan bermula 1 Januari 2019 manakala laman sesawang rasminya telah dilancarkan pada 26 Februari 2019. Perkhidmatan sokongan pelanggan pula mula beroperasi pada 1 Mac 2019. Ini bermaksud proses tuntutan bagi mereka yang layak mendapat skim ini sudah boleh dibuat secara atas talian. Secara alternatif, tuntutan boleh dibuat secara langsung di lokasi-lokasi tertentu seperti di Kiosk MySalam yang berada di hospital terpilih
Cara Membuat Tuntutan MySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat
TERKINI : Peluasan skim MySalam
- Pada Belanjawan 2025, kerajaan mengumumkan peluasan skim MySalam yang merangkumi penyakit jarang jumpa dan Rheumatoid Arthritis
KEMASKINI: Skim MySalam M40 Ditangguhkan
- Dimaklumkan bahawa peluasan skim mySalam kepada kumpulan M40 akan ditangguhkan buat masa ini. – Kementerian Kewangan Malaysia –
KEMASKINI: Perluasan Skop MySalam Dalam Bajet 2022
- Pada 29 Oktober 2021, Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2022 memperluaskan skim MySalam kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
- Manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima MySalam yang layak.
KEMASKINI: Pengumuman Perluasan Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (MySalam)
- Pada 11 Februari 2020, Kementerian Kewangan telah mengumumkan mengenai perluasan skim perlindungan kesihatan masyarakat (mySalam) atau dahulunya dikenali sebagai Skim Perlindungan Kesihatan Nasional B40. Perluasan tersebut adalah sama seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2020 termasuklah penerima BSH individu bujang dan individu OKU
KEMASKINI: Pengumuman MySalam Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN)
- Golongan B40 yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan COVID-19, boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari
- Manfaat ini juga dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)
KEMASKINI: Pengumaman MySalam Dalam Belanjawan 2020
- Belanjawan 2020 yang telah dibentangkan Menteri Kewangan pada 11 Oktober 2019 menyaksikan penambahbaikan bakal dibuat bagi Skim mySalam
- Mulai 1 Januari 2020, perlindungan mySalam turut disampaikan kepada:
1. Kenaikan Kepada 45 Penyakit Kritikal
Perlindungan ke atas 45 jenis penyakit kritikal termasuklah penyakit terminal dan polio berbanding 36 penyakit sebelum ini
2. Kenaikan Kepada 65 Tahun
Usia bagi individu yang layak menerima mySalam dinaikkan kepada 65 tahun daripada 55 tahun sekarang yang akan memanfaatkan tambahan kepada kepada 1.5 juta individu
3. Penambahan Bukan Golongan B40
5 juta individu yang memiliki pendapatan kasar tahunan sehingga RM100,000 (bukan B40) akan menerima:- RM4,000 bayaran bagi penyakit kritikal
- RM50 bayaran gantian pendapatan sehari bagi tempoh maksimum 14 hari jika didiagnos serta dimasukkan ke hospital kerajaan
- Ringkasan intipati kandungan Bajet 2020 belanjawan Malaysia
Bagi yang sedang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan, mereka boleh membuat permohonan tetapi kelulusan adalah bergantung kepada keadaan dimana mereka mestilah berpendapatan rendah. Namun, mereka yang telah didiagnos dengan sesuatu keadaan atau penyakit sebelum pelaksanaan skim mySalam tidak akan dilindungi di bawah skim ini. Bagi mereka yang belum mempunyai apa-apa komplikasi penyakit tidak perlu mendaftar tetapi boleh mendapatkan bantuan skim ini sekiranya jatuh sakit kemudian
Berikut MYsumber kongsikan panduan untuk membuat tuntutan mySalam skim perlindungan takaful kesihatan bagi golongan B40. Ini termasuklah tarikh-tarikh penting dan lain-lain maklumat berkenaan berkaitan skim ini
Tarikh Pelaksanaan Skim MySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat
- Mula : 1 Januari 2019
- Tamat :
31 Disember 2023Dilanjutkan sehingga 31 Disember 2025
Nota: Penerima yang didapati didiagnosis mempunyai sesuatu penyakit sebelum tarikh pelaksanaan tersebut tidak akan dilindungi
Cara Membuat Tuntutan
Sila layari portal rasmi MySalam seperti pautan yang disediakan di bawah:
- Permohonan Tuntutan Online : Aplikasi Permohonan Tuntutan Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat mySalam
Nota:
- Hanya mereka yang terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dan telah mendapat makluman kelayakan menerima Skim mySalam melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja yang boleh membuat tuntutan buat masa ini
- Bagi penerima BSH individu bujang dan individu OKU yang layak, tuntutan boleh terus dibuat mulai bulai Mei iaitu setelah proses pendaftaran untuk BSH dimuktamadkan.
- Untuk individu M40, pendaftaran hendaklah dilakukan bermula 11 Februari hingga 31 Mac 2020. Semua penerima yang layak akan dimaklumkan selepas tarikh berkenaan dan boleh mengemukakan tuntutan
- Pendafataran Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat MySalam 2020
Jenis Tuntutan
Terdapat dua jenis tuntutan yang boleh dibuat oleh penerima skim ini iaitu tuntutan 45 penyakit kritikal dan tuntutan bayaran gantian harian
1) Tuntutan Bayaran 45 Penyakit Kritikal
- Kunjungi laman sesawang rasmi mySalam menerusi pautan yang disediakan di atas dan log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan serta kata laluan yang telah dihantar secara SMS (semasa makluman kelayakan mySalam)
- Klik pada butang pilihan Download Form dan muat turun borang Critical Illness – Doctor’s Statement form
- Bawa borang berkenaan ke hospital yang anda dapatkan rawatan dan minta doktor untuk mengisikan borang tersebut dengan lengkap
- Setelah borang diisi dengan lengkap, imbas (scan) borang tersebut untuk dimuatnaik ke dalam sistem
- Kembali ke laman web rasmi mySalam dan pergi ke pilihan Claims > Claims Submission > CI Claims
- Masukkan kesemua maklumat yang perlu diisikan serta muat naik dokumen berkenaan
- Borang Pengesahan Doktor / Critical Illness – Doctor’s Statement form
- Salinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang)
- Setelah selesai mengisi semua mklumat yang diperlukan, sila klik butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan
2) Tuntutan Bayaran Elaun Wad Gantian Harian
- Dapatkan Surat Keluar Wad / Discharge Note yang mempunyai maklumat seperti tarikh masuk dan keluar wad serta imbas (scan) borang tersebut untuk dimuatnaik ke dalam sistem
- Kunjungi laman sesawang rasmi mySalam menerusi pautan yang disediakan di atas dan log masuk dengan mengisi nombor kad pengenalan serta kata laluan yang telah dihantar secara SMS (semasa makluman kelayakan mySalam)
- Pergi ke pilihan Claims > Claims Submission > Hospitalization
- Masukkan kesemua maklumat yang perlu diisikan serta muat naik dokumen berkenaan:
- Surat Keluar Wad / Discharge Note
- Salinan Kad Pengenalan Penerima (depan dan belakang)
- Setelah selesai mengisi semua mklumat yang diperlukan, sila klik butang Submit untuk hantar permohonan tuntutan
Tarikh Permohonan Tuntutan
- Mula : 1 Mac 2019
- Tamat :
31 Disember 2023Dilanjutkan sehingga 31 Disember 2025
Penerima yang layak mendapat skim ini boleh memfailkan tuntutan melalui laman web tersebut bermula tarikh di atas
Info Penting
a. Penerima yang berjaya mendapat tuntutan akan mendapat bantuan secara kredit wang terus ke akaun penerima yang didaftarkan untuk permohonan BSH
b. Bayaran akan mengambil masa lebih kurang 14 sehingga 21 hari untuk dikreditkan ke dalam akaun penerima skim mySalam
c. Tuntutan mySalam bagi kategori Sakit Kritikal akan mendapat sumbangan sebanyak RM8,000 untuk sekali bayaran sahaja sehingga jangkaan pada 31 Disember 2025 (bergantung kepada kemampanan polisi)
d. Tuntutan mySalam bagi kategori bayaran gantian harian pula adalah maksimum RM700 setiap tahun dan akan diperbaharui setiap tahun sehingga jangkaan 31 Disember 2025 (bergantung kepada kemampanan polisi)
e. Penerima skim ini hanya boleh menuntut bayaran sekiranya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan sahaja
Senarai 45 Penyakit Kritikal yang Dilindungi di bawah Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat
- Meningitis Bakteria
- Tumor Otak Benigna
- Buta / Hilang Penglihatan Sepenuhnya
- Pembedahan Otak
- Kanser
- Kardiomiopati Teruk
- Anemia Aplasia Kronik
- Koma
- Ensefalitis / Encephalitis
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru
- AIDS Peringkat Teruk
- Hepatitis Virus Fulminan
- Serangan Jantung
- Pembedahan Injap Jantung
- HIV Akibat Transfusi Darah
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Pertuturan
- Trauma Kepala Utama
- Pemindahan Organ Utama / Sum
- Penyakit Neuron Motor
- Sklerosis Berbilang
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan / Paraplegia
- Penyakit Parkinson
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
- Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
- Strok
- Pembedahan Aorta
- Pelecuran Tahap Ketiga
- Kepekakan / Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
- Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
- Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
- Pembedahan Pintasan bagi Penyuakit Arteri Koronari
- Penyakit Alzheimer / Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
- Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri koronari Utama
- Elefantiasis
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegatif Berterusan)
- Penyakit Terminal (Membawa Maut)
- Skleroderma Progresif
- Poliomielitis
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
- Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan maklumat rasmi daripada MySalam. Sebarang permohonan, semakan dan tuntutan perlulah dibuat terus di laman web portal rasmi berkenaan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai skim ini seperti jawapan kepada soalan-soalan lazim boleh dirujuk kepada pautan di bawah atau hubungi talian khidmat pelanggan serta layari laman web rasmi mySalam seperti berikut:
- Talian Khidmat Pelanggan : 1-300-88-8938 (24 Jam)
- Soalan Lazim FAQ mySalam
- Senarai Hospital mySalam
- Laman Web Rasmi mySalam
Semak Kembali Artikel