Permohonan Dan Semakan Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Inspirasiku) YaPEIM

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Pelbagai bantuan kewangan yang ditawarkan oleh pihak-pihak yang prihatin di Malaysia. Bagi mereka yang mempunyai kesulitan dalam kewangan terutamanya pelajar boleh memohon bantuan kewangan yang ditawarkan. Bantuan kewangan untuk pelajar diberikan dalam bentuk biasiswa, pinjaman dan juga sumbangan derma. Baru-baru ini, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) telah melancarkan Dana Inspirasi Malaysia untuk membantu golongan B40 dalam bentuk bantuan kewangan persekolahan

YaPEIM adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustees (Incorporation) Act 1952. Dana Inspirasi Malaysia yang telah dilancarkan di bawah program Pembangunan Sosiekonomi & Amal Jariah mensasarkan jumlah terkumpul sebanyak RM40 juta bagi memberi manfaat kepada hampir 40,000 pelajar- pelajar sekolah rendah, menengah, IPT di seluruh negara yang berasal daripada keluarga B40

Untuk makluman, sebanyak RM1 Juta telah diperuntukkan oleh YaPEIM sebagai dana awal untuk Dana Inspirasi Malaysia ini. Usaha ini sejajar dengan konsep gagasan RAHMAH di bawah Kerajaan Persekutuan yang menekankan kepada aspek menyantuni masyarakat dan memberi kesejahteraan hidup kepada masyarakat. Ia juga selaras dengan Sustainable Development Goals (SDG) yang disasarkan di bawah United Nations dalam memperkasakan masyarakat dunia melalui pendidikan yang saksama dan mampan

Bermula tahun 2020, Permohonan Dana Inspirasi Malaysia boleh dilakukan secara online dan manual. Kepada mereka yang memerlukan khususnya kumpulan B40 dan menepati syarat kelayakan,  disarankan untuk memohon bantuan kewangan ini mengikut prosedur yang betul. Berikut dikongsikan maklumat berkenaan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Inspirasiku) YAPEIM dan makluman semakan untuk panduan semua

Borang Permohonan Dana Inspirasi Malaysia (INSPIRASIKU) YAPEIM 2020

Inspirasiku adalah Dana Inspirasi Malaysia yang merupakan inisiatif terbaharu YaPEIM di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah bagi memberi manfaat kepada hampir 40,000 pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)

Berikut dikongsikan informasi penting seperti tarikh, cara-cara dan syarat permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020

Tarikh Penting Permohonan

  • Dibuka: 1 Disember 2019
  • Ditutup: 31 Januari 2020

Permohonan boleh dibuat bermula 1 Disember 2019 dan pembayaran akan tertakluk kepada kecukupan dana yang dikumpul

Permohonan akan dibuka secara berfasa selagi Tabung Inspirasiku masih mempunyai dana. Fasa Pertama untuk Bantuan  Pendidikan Sekolah akan ditutup pada 31 Januari 2020.

Sebarang permakluman bagi fasa seterusnya dan tarikh tutup Bantuan  Pendidikan IPT akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman web dan media sosial YaPEIM

Berikut adalah syarat kelayakan bagi Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020:-

Syarat Kelayakan Permohonan

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  2. Mendapat surat tawaran pengajian IPT dalam atau luar negara atau surat pengesahan sekolah seperti contoh yang dilampirkan dalam senarai semak
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan Negara kategori B40
  4. Slip gaji/ pengesahan majikan sebagai bukti Pendapatan Isi Rumah
  5. Permohonan hendaklah atas nama ibu, bapa atau penjaga

Kadar Bantuan

Berikut merupakan maklumat tambahan kadar bayaran bantuan pendidikan YaPEIM mengikut kategori:

  • Pelajar Sekolah : Sehingga RM500
  • Pelajar IPT : Sehingga RM1,000

Cara Mohon Dana Inspirasi Malaysia 2020

Cara membuat Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 adalah seperti berikut:-

1. Permohonan Secara Borang Online 

YaPEIM telah menyediakan sistem permohonan online bagi memudahkan pemohon melakukan permohonan. Pautan permohonan secara online dikongsikan di bawah

2. Permohonan Secara Borang Manual

Borang permohonan Dana Inspirasi Malaysia boleh didapati di semua cawangan Ar Rahnu YaPEIM statik dan bergerak, Pejabat YaPEIM Negeri atau Ibu Pejabat YaPEIM

Portal Rasmi Dana Inspirasi Malaysia

Senarai Dokumen Sokongan 

  1. Satu salinan kad pengenalan pemohon
  2. Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan
  3. Satu surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung
  4. Satu salinan sijil nikah/ sijil kematian/ sijil cerai
  5. Satu salinan penyata gaji suami dan isteri/ pencen/ surat pengesahan pendapatan terkini seisi rumah
  6. Satu salinan surat tawaran atau pendaftaran sekolah
  7. Satu salinan surat tawaran institusi dan kad pelajar (Permohonan bagi pelajar IPT)
  8. Satu salinan senarai yuran persekolahan/ Institusi Pengajian Tinggi
  9. Nombor akaun Bank

Nota: Setiap salinan dokumen perlu mendapat cop pengesahan daripada Pegawai Kumpulan A (Pegawai Kerajaan/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung/ Nazir atau Pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen

Penghantaran Borang 

Borang permohonan Dana Inspirasi Malaysia yang lengkap beserta dokumen sokongan boleh dihantar melalui cara berikut :-

  1. Serahan tangan ke Ibu Pejabat YaPEIM
  2. Pos Laju/ Ekspres ke Ibu Pejabat YaPEIM
  3. emel ke alamat inspirasiku@yapeim.my
  4. Cawangan Ar Rahnu YaPEIM yang berdekatan
  5. Pejabat YaPEIM Negeri
    Alamat Ibu Pejabat YaPEIM
    (Bahagian Sosioekonomi & Amal Jariah YaPEIM,
    Tingkat 8, Grand Season Avenue, No 72, Jalan Pahang,
    53000 Kuala Lumpur)

Carta Alir Proses Permohonan

Berikut dikongsikan carta alir tentang proses permohonan Dana inspirasi Malaysia

Bantuan Kerajaan

Semakan Status Permohonan Dana Inpirasi Malaysia 2020 (INSPIRASIKU) YAPEIM

Berikut dikongsikan maklumat penting seperti tarikh dan cara-cara membuat semakan status permohonan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YaPEIM tahun 2020

Tarikh Semakan Status Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 (Fasa 1) 

  • Mula : 16 Mac 2020 (Isnin) 
  • Tamat : 

Semakan Status Permohonan bagi Fasa 1 Dana Inspirasi Malaysia boleh dibuat bermula tarikh di atas dan pembayaran akan tertakluk seperti yang dimaklumkan

Menurut YaPEIM, Fasa 1 adalah untuk Bantuan Pendidikan Sekolah (Bantuan Awal Persekolahan)

Makluman mengenai fasa seterusnya dan tarikh tutup Bantuan Pendidikan IPT akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui laman web dan media sosial YaPEIM

Cara Semak Status Keputusan

Cara membuat Semakan Status Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 adalah seperti berikut:-

Layari pautan di atas dan ikuti langkah selanjutnya yang disediakan untuk membuat semakan

Maklumat Lanjut 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk menyemak status berkaitan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020, sila rujuk kepada dokumen yang dikongsikan di bawah

 

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan