BKC: Bantuan Khas COVID-19 Semakan Dan Tarikh Bayaran BKC

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Terkini, Perdana Menteri mengumumkan pada 28 Jun 2021 berikutan lanjutan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara beberapa bantuan di bawah PEMULIH (Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi). Antaranya adalah Bantuan Khas COVID-19 (BKC).

Dalam perutusan yang sama, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa bayaran BKC ini adalah bagi membantu rakyat mendapatkan bantuan bagi bulan-bulan yang mendatang selain daripada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang telah diumumkan sebelum ini.

BPR tambahan akan diberikan mulai 29 Jun 2021 manakala Fasa ketiga pula akan dibayar pada bulan September 2021. Maka beberapa bulan yang tiada bantuan akan menjadi sukar buat rakyat Malaysia

Justeru itu bantuan BKC ini akan dibayar dalam beberapa kali bayaran berbeza bulan iaitu paga bulan Ogos, November dan Disember dengan harapan dapat membantu semua rakyat di dalam kesusahan.

Kadar Dan Kategori Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

TERKINI: Bayaran Fasa 3 Mulai 20 Disember 2021

KEMASKINI : Bayaran Fasa 2 Mulai 25 November 2021

KEMASKINI: Bayaran Fasa 1 Mulai 6 September hingga 10 September

 

Pemberian BKC ini dengan kadar jumlah bantuan seperti berikut:

  1. Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak 500 Ringgit pada bulan Ogos, 500 Ringgit pada bulan November, dan 300 Ringgit pada bulan Disember. Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak 200 Ringgit pada bulan Ogos dan 300 Ringgit pada bulan November
  2. Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 500 Ringgit pada bulan Ogos dan 300 Ringgit pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 Ringgit pada bulan Ogos
  3. Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak 250 Ringgit, manakala bujang kategori M40 akan menerima 100 Ringgit pada bulan Ogos nanti

Bantuan Kerajaan

Siapakah yang layak menerima Bantuan Khas Covid-19?

Golongan-golongan miskin tegar, B40 dan M40.

Sila rujuk B40 M40 Dan T20: Maksud Golongan Isi Rumah Ikut Pendapatan

Semakan BKC 2021

Menurut FAQ (Soalan Lazim) bantuan, anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

  • Miskin tegar & B40 : Berdasarkan rekod application BPR 2021
  • M40 : Percukaian (LHDNM)

Cara Semak Kelayakan BKC

  1. Klik Log Masuk atau Semakan Status
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Maklumat yang akan dipaparkan:
    a. Status Permohonan
    b. Amaun Keseluruhan Diterima
    c. Maklumat Pembayaran
    d. Paparan Borang

Bilakah tarikh bayaran BKC?

Bayaran akan dilakukan pada bulan Ogos September, November dan Disember mengikut kategori kelayakan

Bagi Fasa 1 :

Ada Akaun:

  • Miskin Tegar / B40 – mulai 6 September 2021
  •  M40 – mulai 9 September 2021

Tiada Akaun:  Mulai 6 September 2021

Fasa 2 : Mulai 25 November 2021

Fasa 3 : Mulai 20 Disember 2021

Bantuan Kerajaan

 

Video Soalan Lazim & Cara Semakan


Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk soalan lazim dan butiran lanjut di bawah:

Related : kaedah pembayaran, pembayaran bkc, sara hidup dan beban rakyat, didaftarkan semasa, bantuan tunai langsung, tahun 2021, akaun bank, covid-19 bkc adalah bantuan tunai, covid-19 sehingga akhir tahun, meringankan kos sara hidup rakyat akibat pandemik covid-19, beban rakyat akibat pandemik, permohonan bkc, tunai langsung yang disediakan oleh kerajaan, bayaran bkc yang sepatutnya, warga emas serta bujang, dana berjumlah rm3.1 bilion, fasa satu, inisiatif pakej perlindungan rakyat, meringankan beban rakyat, pemulihan ekonomi pemulih, secara berperingkat, bayaran bantuan,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan