Cara Report Kesalahan Trafik JPJ Melalui e-Mel

20:36 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 29 Mei 2019 jam 05:23 PM

Cara membuat laporan kesalahan trafik

Kesalahan trafik merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan dan kecelakaan di jalan raya. Antara kesalahan trafik tersebut termasuklah tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar yang boleh menyebabkan kecederaan bagi penumpang kenderaan atau penunggang motorsikal. Atas sebab itu peraturan jalan raya telah diwujudkan bagi membendung pengguna melakukan kesalahan trafik

Lazimnya laporan kesalahan trafik atau dikenali sebagai saman akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selain Polis Diraja Malaysia (PDRM). Saman akan dikeluarkan melalui beberapa cara seperti sekatan jalan raya, kamera Automated Enforcement System (AES) dan kamera Automated Awareness Safety System (AWAS). Kini selain daripada pihak berkuasa, orang awam juga boleh membuat aduan tentang kesalahan trafik yang dilakukan oleh pengguna jalan raya

Seiring perkembangan teknologi, pihak berkuasa juga telah mengorak langkah maju ke hadapan dan menggunakan medium baharu untuk mengenalpasti pengguna yang melakukan kesalahan trafik di jalan raya. Masyarakat pula merupakan mata-mata pihak berkuasa yang mampu membantu melaporkan kesalahan trafik di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Secara tidak langsung ini dapat mengurangkan daripada berlakunya kesalahan trafik oleh pengguna jalan raya dan membuatkan para pemandu dan penunggang lebih berwaspada

Pihak JPJ juga turut mengkaji semula pelaksanaan hukuman denda dan kompaun yang akan dikenakan kepada pengguna yang melakukan kesalahan trafik. Ini termasuklah melibatkan perbincangan terus ke mahkmah bagi kesalahan trafik seperti cukai jalan tamat tempoh. Ini pasti membuatkan pengguna jalan raya lebih berhati-hati apabila memandu dan menunggang di jalan raya. Masyarakat pula akan lebih yakin dengan keselamatan apabila berada di jalan raya

CARA MELAPORKAN KESALAHAN TRAFIK KE JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ)

Berikut dikongsikan cara untuk membuat laporan kesalahan trafik/ jalan raya oleh orang awam kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Disertakan juga infografik yang disediakan pihak JPJ untuk rujukan semua

CONTOH KESALAHAN TRAFIK YANG BOLEH DIBUAT LAPORAN
BetulMengekori kereta hadapan dengan terlalu dekat
BetulMenyalahgunakan laluan lorong kecemasan
BetulMemotong barisan di jalan raya
CARA MEMBUAT LAPORAN KESALAHAN TRAFIK JPJ 
Berikut disediakan panduan untuk membuat laporan kesalahan trafik oleh orang awam kepada JPJ: 
Nombor 1Hantarkan laporan aduan melalui emel ke aduantrafik@jpj.gov.my 
Nombor 2Sertakan butiran pengadu di dalam emel seperti berikut:
A HurufNama Penuh PengaduB HurufNo Kad Pengenalan Pengadu
C HurufAlamat Surat Menyurat PengaduD HurufNombor Telefon Pengadu
Nombor 3Sertakan juga butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat bekenaan iaitu:
A HurufLaporan ringkas aduanB HurufJenis Kenderaan
C HurufTarikh dan MasaD HurufNombor Pendaftaran Kenderaan Pesalah 
E HurufTempat Kejadian KesalahanF HurufSalinan Foto, Video atau Dokumen Berkaitan
NotaPastikan gambar atau video yang diambil adalah jelas. Pemandu tidak disarankan mengambil gambar sebaliknya penumpang ataupun menggunakan kamera rakaman kenderaan (dashcam). Pengaktifan location tags pada tetapan aplikasi kamera digalakkan bagi memudahkan mendapatkan rekod maklumat masa, tarikh dan lokasi yang lebih tepat
Nombor 4Seterusnya pihak JPJ akan mengeluarkan Notis 114 yang merupakan notis temu siasat kepada pemilik kenderaan yang dilaporkan untuk memberi keterangan lanjut berkenaan kesalahan yang dilakukan
Nombor 5Jika didapati bersalah, Notis P22 yang merupakan notis saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit
INFOGRAFIK CARA MEMBUAT LAPORAN KESALAHAN TRAFIK JPJ
Cara buat laporan kesalahan trafik JPJ
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi Facebook Rasmi JPJ seperti pautan di bawah: 
Sila Klik LinkFacebook Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!