Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah Atas Pelbagai Alasan

Dikemaskini pada

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah Atas Pelbagai Alasan

Kehadiran para pelajar ke sekolah adalah suatu yang amat penting dan akan direkodkan dalam data setiap pelajar di sekolah. Data tersebut akan dipantau dari semasa ke semasa untuk melihat prestasi dan keadaan seseorang pelajar di sekolah sama ada berada dalam keadaan baik ataupun bermasalah sehingga perlu bantuan tindakan disiplin oleh pihak sekolah bagi memastikan pembelajaran pelajar terjaga dan tidak tercicir. Sekiranya pelajar tidak dapat hadir ke sekolah, makluman melalui satu surat diperlukan

Ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab selain pelajar itu sendiri untuk mengemukakan surat rasmi tidak hadir ke sekolah sebagai makluman bertulis kepada pihak sekolah. Pihak sekolah perlu mengetahui alasan yang kukuh atas ketidakhadiran pelajar ke sekolah bagi memastikan rekod kehadiran pelajar berada dalam keadaan yang baik. Sekiranya pihak sekolah tidak menerima sebarang pemberitahuan secara verbal serta bukti secara bertulis, kemungkinan rekod kehadiran pelajar akan dicatat sebagai ponteng atau tidak hadir tanpa sebab

Hal ini juga penting bagi mengelakkan berlakunya penipuan oleh pelajar yang mengatakan bahawa mereka hadir ke sekolah tetapi tanpa pengetahuan ibu bapa atau penjaga mereka sebenarnya mereka tidak hadir ke sekolah. Ianya sering terjadi kepada pelajar sekolah menengah khususnya yang terdedah kepada perkara-perkara atau gejala sosial yang tidak sihat semasa persekolahan seperti melepak di kafe siber dan sebagainya

Atas sebab dan kerisauan mengenai perkara sebegitu, pihak sekolah berhak untuk mendapatkan penjelasan tentang sebab ketidakhadiran pelajar ke sekolah yang telah ditandatangani sendiri suratnya oleh ibu bapa atau penjaga mereka. Sekiranya pelajar tidak sihat dan mendapat sijil cuti sakit daripada doktor, sijil tersebut boleh diserahkan bersama surat rasmi tidak hadir ke sekolah ini sebagai bukti tidak dapat hadir ke sekolah

CONTOH SURAT RASMI TIDAK HADIR KE SEKOLAH (SAKIT, DEMAM, URUSAN KELUARGA DAN SEBAGAINYA)

Berikut MYsumber kongsikan contoh-contoh surat tidak hadir ke sekolah kerana/ atas pelbagai alasan (surat rasmi) mengikut beberapa jenis format surat serta contoh alasan munasabah tidak hadir ke sekolah yang kerap digunakan oleh pelajar sekolah

Contoh Alasan Munasabah Tidak Hadir ke Sekolah
Berikut adalah contoh-contoh alasan yang munasabah bagi ketidakhadiran pelajar ke sekolah (surat cuti)
A HurufSakit/tidak sihat untuk hadir ke sekolah tanpa Sijil Cuti Sakit daripada doktor;
B HurufSakit/tidak sihat untuk hadir ke sekolah dengan Sijil Cuti Sakit daripada doktor;
C HurufMenghadapi masalah pengangkutan ke sekolah;
D HurufPerlu menghadiri majlis (Kematian/Perkahwinan) bersama keluarga.
Nombor 1 Contoh 1 : Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Urusan Keluarga)
Unit A-1-10, Blok B,
Apartment Seri Berlian,
Petaling Jaya, Selangor.
________________________________________________________________________________________

Guru Kelas Tingkatan 2 Cerdas
SMK Seri Berlian
Petaling Jaya, Selangor.

21 FEBRUARI 2019

Tuan/Puan,

Ketidakhadiran ke sekolah

Berhubung dengan perkara seperti di atas, saya selaku penjaga kepada pelajar bernama ______ dari Tingkatan 2 Cerdas.

2. Di sini saya ingin memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada _________.

3. Hal ini disebabkan ____________ (Contoh: masalah peribadi keluarga dan hal yang tidak dapat dielakkan) Saya memohon maaf atas kelewatan menghantar surat atas sebab kekurangan masa untuk berbuat demikian.

4. Oleh itu, saya berharap pihak sekolah dapat memberikan kerjasama dan perhatian sewajarnya kepada ketidakhadiran anak saya ke sekolah. Segala jasa baik pihak sekolah amat saya dihargai.

Yang benar,
__________
Nombor 2Contoh 2 : Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Demam)
(NAMA PELAJAR)
(ALAMAT)
____________________________________________________________________________________________

Tarikh: (MASUKKAN TARIKH SURAT DITULIS)

GURU BESAR (MASUKKAN NAMA SEKOLAH)

PER : SURAT RASMI TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN ANAK / JAGAAN KE SEKOLAH

Adalah saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Saya (Masukkan Nama ibu/bapa/penjaga),  ibu/bapa/penjaga kepada murid bernama (Masukkan Nama Anak) dari kelas (Masukkan Nama Kelas) ingin memberikan sebab anak/ jagaan saya tidak hadir ke sekolah pada tarikh (Masukkan tarikh tidak hadir ke sekolah).

3. Anak/jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut kerana (Masukkan alasan ketidakhadiran = contoh : demam, sakit)


4. Sehubungan itu, saya memohon agar pihak sekolah mengambil maklum dan tidak mengkategorikan anak saya sebagai melakukan kesalahan ponteng sekolah pada tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
(Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga)
(Nama ibu/Bapa/Penjaga)
(Nombor telefon ibu/Bapa/Penjaga)
Nombor 3Contoh 3 : Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Cuti Sakit)
Harun Bin Rashid,
No. 34,  Jalan Mohd Salleh,
Lorong Abdullah, 85000 Muar,
Johor Bahru, Johor.
_____________________________________________________________________________________________
Guru Tingkatan 5 Bestari,
SMK Seri Berlian,
Jalan Besar
85000 Muar, Johor Darul Takzim.                                                                                                                                                                 25 JANUARI 2019

Tuan,

KETIDAKHADIRAN DIRI KE SEKOLAH

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku bapa kepada Harun Bin Rashid, pelajar 5 Bestari ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa anak saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 24 Januari 2019 bersamaan hari Isnin.

2. Hal ini adalah disebabkan anak saya mengalami gejala demam panas dan telah diberikan sijil cuti sakit oleh doktor bermula ______ sehingga ______ yang akan dilampirkan bersama surat ini.

3.  Justeru itu, saya memohon maaf di atas ketidakhadiran beliau ke sekolah. Sekiranya pihak tuan ada sebarang kemusykilan di atas ketidakhadiran anak saya, pihak sekolah boleh menghubungi saya di talian________ untuk mendapatkan kepastian.
Saya berharap pihak tuan dapat memahami masalah yang dihadapi anak saya.

Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan saya amat hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.


Yang benar,
……………………..
(RASHID BIN SIBIR)
012 766XXXX / 017 748XXXX
Nombor 4 Contoh 4 : Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Balik Kampung, Bercuti & Kematian)
Daripada: Alamat Penulis,
______________________,
______________________,

Kepada: Guru Kelas ______________,
Sekolah ________________,
______________________,
Shah Alam Selangor,

26 Februari 2019

Tuan,

PER : Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya _____________ bapa kepada anak saya bernama ______________ ingin menyatakan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah selama ________ hari bermula  ________2019 hingga __________ 2019.


3. Ketidakhadirannya ke sekolah adalah kerana ______________________________________________________. Saya akan pastikan bahawa anak saya hadir semula ke sekolah pada _____________ 2019.

4. Saya amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu menyimpan segala nota dan lembaran kerja bagi pihak anak saya semasa ketidakhadirannya ke sekolah.

Segala pertimbangan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,terima kasih.

Yang Benar
………………………….
(_____________)
Pernyataan Info
Panduan diatas hanyalah contoh surat rasmi ketidakhadiran ke sekolah bagi membantu memudahkan ibu bapa, murid dan pelajar sekolah untuk menulis surat tersebut mengikut beberapa jenis format
Ibu bapa / penjaga / pelajar dinasihatkan agar memberikan alasan yang kukuh (berdasarkan perkara sebenar terjadi) untuk mengemukakan surat tunjuk sebab tidak hadir ke sekolah ini 
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Close