Pendaftaran MySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat Tahun 2024

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Kerajaan Malaysia amat komited dalam memastikan kebajikan rakyat dijaga khususnya mereka yang amat memerlukan seperti golongan berpendapatan rendah atau B40. Menerusi Belanjawan 2019, kerajaan telah mengumumkan sebuah Skim Perlindungan Nasional B40 yang dikenali sebagai mySalam. Ianya akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2019. Skim ini merupakan salah satu langkah Kerajaan untuk mewujudkan jaringan keselamatan sosial secara percuma disamping memenuhi janji Manifesto Pilihan Raya Pakatan Harapan

Skim Perlindungan Nasional B40 mySalam akan menawarkan secara percuma perlindungan takaful kesihatan kepada rakyat dalam kategori B40 berumur antara 18 hingga 65 tahun. Bantuan ini diberikan sebagai persediaan sekiranya mereka berdepan masalah penyakit kritikal, dan perlu menjalani rawatan hospital yang boleh menjejaskan aliran pendapatan isi rumah

Penerima akan mendapat bayaran harian sebagai pendapatan gantian semasa rawatan di hospital terhad sehingga 14 hari setiap tahun pada kadar RM700 setahun atau RM50 sehari. Penerima juga akan mendapat bayaran one-off sehingga RM8,000 sekiranya didapati menghidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal seperti yang disenaraikan di bawah.

Sebanyak 4.1 Juta isi rumah B40 dijangka akan mendapat manfaat daripada skim ini dengan peruntukan sebanyak RM2 Bilion sebagai dana permulaan. Skim ini juga dijangka akan menawarkan perlindungan kesihatan selama 5 tahun terhadap kumpulan sasaran. PendaftaranmySalam boleh dilakukan secara atas talian tanpa memerlukan penerima menjalani pemeriksaan perubatan untuk mengesahkan kelayakan. Mereka yang layak akan menerima makluman menerusi SMS.

Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat Percuma : Pendaftaran MySalam 2024

TERKINI : Penerusan skim MySalam sehingga 2025

  • Berikutan mendapat sambutan baik daripada komuniti B40 di Malaysia, skim MySalam akan diteruskan oleh kerajaan sehingga tahun 2025
  • Tiada permohonan diperlukan, rakyat boleh membuat semakan kelayakan menerima skim ini melalui portal rasmi MySalam

KEMASKINI : Perluasan Skop MySalam Dalam Bajet 2022

  • Akan diperluas kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
  • Tuntutan kos peranti perubatan juga dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima mySalam yang layak
  • Mereka yang berkelayakan boleh menyemak di laman web rasmi MySalam

KEMASKINI : Pengumuman MySalam Dalam Belanjawan 2021

  • Pada sesi pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan penambahbaikan bagi Skim mySalam
  • Bermula 1 Januari 2021, perlindungan mySalam akan diperluas kepada tuntutan kos perubatan seperti stent untuk jantung & prostesis

KEMASKINI: Pengumuman Perluasan Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (MySalam)

  • Kementerian Kewangan pada 11 Februari 2020 telah mengumumkan mengenai perluasan skim perlindungan kesihatan masyarakat (mySalam) atau dahulunya dikenali sebagai Skim Perlindungan Kesihatan Nasional B40.
  • Perluasan tersebut adalah sama seperti yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2020 serta melibatkan penerima BSH individu bujang dan individu OKU

KEMASKINI: Pengumuman MySalam Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN)

  • Golongan B40 yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan COVID-19, boleh menuntut bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari
  • Manfaat ini juga dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)

KEMASKINI: Pengumuman MySalam Dalam Belanjawan 2020

  • Pada sesi pembentangan Belanjawan 2020, kerajaan telah mengumumkan penambahbaikan bagi Skim mySalam
  • Bermula 1 Januari 2020, perlindungan mySalam akan diperluas kepada:
    1. Kenaikan Kepada 45 Penyakit Kritikal
    Perlindungan ke atas 36 penyakit sedia ada akan dinaikkan kepada 45 jenis penyakit kritikal termasuklah penyakit terminal dan polio
    2. Kenaikan Kepada 65 Tahun
    Had maksimum umur bagi individu dinaikkan sehingga 65 tahun berbanding 55 tahun sekarang. Ini akan memanfaatkan tambahan kepada kepada 1.5 juta individu
    3. Penambahan Bukan Golongan B40 – Ditangguhkan Buat Masa Ini 
    Bermula 2020, 5 juta individu yang berpendapatan kasar tahunan sehingga RM100,000 akan mendapat:

    • Bayaran penyakit kritikal berjumlah RM4,000
    • Bayaran gantian pendapatan berjumlah RM50 sehari bagi tempoh maksimum 14 hari sekiranya didiagnos serta dimasukkan ke hospital kerajaan.
  • Ringkasan intipati kandungan Bajet 2020 belanjawan Malaysia

Berikut disertakan cara untuk mendaftar Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat yang dahulunya dikenali sebagai Skim Perlindungan Nasional B40. Dikongsikan juga maklumat berkaitan seperti senarai penyakit kritikal yang dilindungi di bawah skim ini serta makluman lain untuk rujukan semua

Tarikh Pelaksanaan MySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat

  • Mula : 1 Januari 2019
  • Tamat : 31 Disember 2023

Nota: Dengan peruntukan dana sebanyak RM2 bilion, jumlah ini dijangka dapat memastikan kemampanan program skim ini bagi sekurang-kurangnya 5 tahun

Info Penting

  1. MySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma dari Kerajaan Pakatan Harapan (PH)
  2. Ianya menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah B40 menerusi Dana Amanah mySalam
  3. Tujuan mySalam adalah untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal
  4. Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

Tarikh Pendaftaran MySalam Bagi Penerima Bukan BSH

  • Mula : 11 Februari 2020
  • Tamat : 31 Mac 2020

Nota: Melalui kenyataan Menteri Kewangan, pendaftaran Skim MYSalam bagi penerima bukan BSH boleh melengkapkan proses pendaftaran pada tarikh di atas. Selepas tarikh berkenaan, setiap penerima yang layak akan dimaklumkan dan boleh mula mengemukakan tuntutan masing-masing

Pendaftaran MySalam Bagi Penerima Bukan BSH

Pendaftaran online :

Tarikh Pendaftaran MySalam Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat Tahun 2020

  • Mula : 1 Mac 2019
  • Tamat : 31 Disember 2023

Nota: Laman sesawang rasmi Skim mySalam sudah mula beroperasi pada 26 Februari 2019. Penerima yang layak mendapat skim ini boleh mula memfailkan tuntutan melalui laman web tersebut pada tarikh seperti di atas

Pendaftaran MySalam Tahun 2020

Pendaftaran Online :

Individu Yang Layak Menerima Skim MySalam 

Seramai 3.7 juta individu berusia dalam linkungan 18 hingga 55 tahun yang terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) secara automatik layak menerima Skim mySalam

Setiap penerima yang layak mendapat skim ini akan dimaklumkan dengan menggunakan sistem perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)

Sila rujuk pautan di bawah untuk panduan lengkap memohon tuntutan mySalam

Infografik Skim MySalam

Sebagai rujukan bakal penerima, berikut adalah infografik beserta video animasi mengenai Skim mySalam

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Senarai 45 Penyakit Kritikal yang Dilindungi di bawah Skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat

  1. Meningitis Bakteria
  2. Tumor Otak Benigna
  3. Buta / Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  4. Pembedahan Otak
  5. Kanser
  6. Kardiomiopati Teruk
  7. Anemia Aplasia Kronik
  8. Koma
  9. Ensefalitis / Encephalitis
  10. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  11. Penyakit Paru-Paru
  12. AIDS Peringkat Teruk
  13. Hepatitis Virus Fulminan
  14. Serangan Jantung
  15. Pembedahan Injap Jantung
  16. HIV Akibat Transfusi Darah
  17. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  18. Hilang Pertuturan
  19. Trauma Kepala Utama
  20. Pemindahan Organ Utama / Sum
  21. Penyakit Neuron Motor
  22. Sklerosis Berbilang
  23. Distrofi Otot
  24. Kelumpuhan / Paraplegia
  25. Penyakit Parkinson
  26. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  27. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
  28. Strok
  29. Pembedahan Aorta
  30. Pelecuran Tahap Ketiga
  31. Kepekakan / Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
  32. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  33. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  34. Pembedahan Pintasan bagi Penyuakit Arteri Koronari
  35. Penyakit Alzheimer / Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  36. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri koronari Utama
  37. Elefantiasis
  38. Penyakit Sistik Medular
  39. Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegatif Berterusan)
  40. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
  41. Skleroderma Progresif
  42. Poliomielitis
  43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
  44. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
  45. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan

*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan maklumat rasmi daripada Portal Rasmi MySalam. Sebarang permohonan, semakan dan tuntutan perlulah dibuat terus di laman web portal rasmi berkenaan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai skim ini seperti jawapan kepada soalan-soalan lazim boleh dirujuk kepada FAQ di bawah atau hubungi talian khidmat pelanggan serta layari laman web rasmi mySalam seperti pautan berikut:

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan