Cara Solat Jamak Dan Qasar (Syarat & Niat)

11:52 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 29 September 2019 jam 09:39 PM

cara solat jamak dan qasar

Allah S.W.T menjadikan Islam agama yang menyeluruh dan merangkumi segala aspek dalam kehidupan. Hal ini termasuklah memudahkan hamba-hambanya menjalankan ibadah dalam pelbagai situasi dan keadaan. Sebagai contoh, jika seseorang itu sakit dan tidak mampu untuk menunaikan solat dalam keadaan berdiri, maka dia boleh menunaikan solat dalam keadaan duduk. Bagi umat Islam yang bermusafir pula, mereka boleh menggunakan rukhsah dalam solat yang khas untuk orang yang bermusafir

Rukhsah solat adalah kemudahan atau keringanan yang dibolehkan buat orang Islam yang bermusafir untuk menunaikan solat secara qasar dan jamak. Hukum mengerjakan solat secara qasar dan jamak adalah harus dan ia membuktikan bahawa umat Islam boleh mengerjakan solat dalam apa jua keadaan dan agama Islam adalah agama yang tidak menyusahkan penganutnya

Seseorang Islam itu dianggap bermusafir setelah keluar dari kawasan, sama ada melepasi kota sempadan, sungai, parit atau melalui kawasan yang tidak mempunyai bangunan lagi. Setelah seseorang itu tiba di kawasan permulaan dia bertolak tadi yang menandakan bahawa musafirnya telah berakhir, maka dia tidak lagi boleh menunaikan solat secara jamak dan qasar

Sebelum mempelajari cara solat jamak dan qasar, seharusnya seseorang umat Islam itu tahu pengertian kedua-duanya. Solat jamak bermaksud mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Sebagai contoh, mengumpulkan solat zohor dengan asar atau sebaliknya. Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu jamak takdim dan jamak takhir. Solat qasar pula bererti memendekkan solat daripada empat rakaat kepada dua rakaat. Hanya solat zohor, asar dan isyak sahaja yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat

PANDUAN LENGKAP CARA SOLAT JAMAK DAN QASAR BESERTA SYARAT & CONTOH NIAT

Berikut dikongsikan panduan dan cara melakukan solat jamak dan qasar dengan mudah buat rujukan semua

SYARAT-SYARAT MUSAFIR YANG DIBOLEHKAN SOLAT JAMAK DAN QASAR
Nombor 1Destinasi yang dituju melebihi dua marhalah iaitu dianggarkan sejauh 85 km hingga 90 km atau bersamaan 56 batu
Sila Klik LinkMaksud 2 Marhalah
Nombor 2Mengetahui destinasi yang dituju
Nombor 3Musafir bukan untuk tujuan maksiat
SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR
Nombor 1Mestilah melepasi sempadan kawasan tempat tinggal
Nombor 2Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan Solat Qasar
Nombor 3Hendaklah solat fardu yang empat rakaat
Nombor 4Hendaklah berniat qasar ketika takbiratulihram
Nombor 5Tidak berniat untuk bermukim melebihi 4 hari (tidak termasuk perjalanan pergi dan balik)
Nombor 6Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK
Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu jamak takdim dan jamak takhir:
Nombor 1Jamak Takdim – Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama (Zohor dan Maghrib)
Nombor 2Jamak Takhir – Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu kedua (Asar dan Isyak)
 Syarat Jamak Takdim Syarat Jamak Takhir
Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib
Berniat mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama
Niat jamak pada waktu solat yang pertama
Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat
Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat (kecuali iqamah dan berwuduk)
Berkekalan musafirnya sehingga mengangkat takbir solat kedua

TATACARA MENUNAIKAN SOLAT QASAR JAMAK TAQDIM 

Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Contohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor

Sunat atau afdhal untuk melakukan solat waktu pertama dahulu (Zohor/ Maghrib) kemudian diikuti
oleh Solat Waktu kedua (Asar/ Isya’).  Selepas salam solat pertama, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua

Solat Qasar Jamak Takdim (Zohor & Asar)
Nombor 1Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
jamak takdim zohor asar
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu zohor, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala
Nombor 2Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
Nombor 3Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
NotaJangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan
Nombor 4Teruskan dengan lafaz niat untuk solat jamak fardhu Asar:
jamak takdim zohor
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala
Nombor 5Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
Nombor 6Kerjakan solat fardhu asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Solat Qasar Jamak Takdim (Maghrib & Isyak)
Nombor 1Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
jamak takdim maghrib isyak
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taala
Nombor 2Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
Nombor 3Kerjakan solat fardhu maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
NotaJangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan
Nombor 4Teruskan dengan lafaz niat untuk solat jamak fardhu Isyak:
jamak takdim isyak maghrib
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taala
Nombor 5Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
Nombor 6Kerjakan solat fardhu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain

TATACARA MENUNAIKAN SOLAT QASAR JAMAK TAKHIR

Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Contohnya : Menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar

Sunat atau afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/ Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama (Zohor/ Maghrib). Selepas salam solat waktu kedua, sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama

Solat Qasar Jamak Takhir (Zohor & Asar)
NotaSebelum mendirikan solat, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardhu zohor dalam waktu Asar. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu zohor lagi
Nombor 1Mulakan dengan solat fardhu Asar. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
jamak takhir asar zohor
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu Asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
Nombor 2Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
Nombor 3Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
NotaJangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan
Nombor 4Teruskan dengan lafaz niat untuk solat jamak fardhu zohor:
jamak takhir zohor asar
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu zohor, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
Nombor 5Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
Nombor 6Kerjakan solat fardhu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
Solat Qasar Jamak Takhir (Maghrib & Isyak)
NotaSebelum mendirikan solat, seseorang musafir itu hendaklah telah berniat untuk mengerjakan solat fardhu maghrib dalam waktu isyak. Niat tersebut hendaklah dilakukan semasa berada dalam waktu maghrib lagi
Nombor 1Mulakan dengan solat fardhu isyak. Dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat, ucapkan lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa Takbiratul Ihram):
Jamak takhir isyak
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu isyak, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
Nombor 2Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
Nombor 3Kerjakan solat fardhu isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain
NotaJangan pisahkan terlalu lama antara kedua-dua solat fardhu yang dijamakkan
Nombor 4Teruskan dengan lafaz niat untuk solat fardhu maghrib:
solat maghrib jamak takhir
Maksudnya: Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
Nombor 5Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas
Nombor 6Kerjakan solat fardhu maghrib tersebut sebanyak iga rakaat dengan bacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain

VIDEO SYARAT SOLAT JAMAK DAN QASAR

VIDEO PANDUAN SOLAT JAMAK DAN QASAR RINGKAS

Dalil Solat Jamak Dan Qasar
Nabi S.A.W. telah menggambarkan bahawa solat musafir seperti jamak dan qasar adalah dibenarkan menerusi hadis yang bermaksud;
“Nabi SAW menjama’kan solat dalam perjalanan yang kami lakukan ketika peperangan Tabuk. Baginda menjama’kan solat Zuhur dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan Isyak. Said bin Jubair berkata: Aku bertanya kepada Ibn Abbas: Apakah yang mendorong Baginda berbuat begitu? Jawabnya: Baginda tidak mahu menyusahkan umatnya.” [Hadis riwayat Muslim (705)]
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!