Semakan Keputusan UPU 2024-2025 tawaran UA IPTA

UPU

UPU

Calon-calon (pemohon) lepasan SPM Setaraf dan STPM Setaraf yang ada apply untuk melanjutkan pengajian ke IPTA Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA bagi sesi akademik 2024 /2025 melalui UPU BPKP JPT boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan keputusan status tawaran melalui halaman ini.

Antara kandungan maklumat serta informasi yang akan dipaparkan merangkumi tarikh penting, semakan keputusan panggilan temuduga serta hebahan keputusan diumumkan dan pautan saluran semakan keputusan juga cetakan tawaran

Informasi yang dinyatakan adalah mengikut peringkat dalam setiap butiran tarikh-tarikh penting bagi memudahkan calon membuat rujukan dengan dimulakan dengan lepasan SPM / Setaraf  diikuti dengan STPM / Setaraf atau yang mana-mana lebih awal berdasarkan turutan tarikh-tarikh penting

Semakan Keputusan UPU UA Politeknik ILKA Kolej Komuniti Sesi Akademik 2024 / 2025

Tarikh yang tepat dan rasmi serta pautan (link) saluran semakan bagi setiap peringkat butiran aktiviti yang dinyatakan akan dikemaskini dari semasa ke semasa atau selepas mendapat pengesahan

Semakan Keputusan UPU Lepasan SPM / Setaraf

UPU

Tarikh -Tarikh Penting Dan Semakan Keputusan Tawaran UPU Lepasan SPM / Setaraf – akan dikemaskini
3 Mei 2024 (8 Mei)
Semakan Panggilan Temu Duga Bagi Program Pengajian Yang Bertemuduga Sahaja (Tertakluk kepada UA)
Mei – Jun
Temuduga dan Ujian
28 Jun 2024  (7 Julai)
Hebahan Dan Semakan Keputusan UA / Politeknik Premier
28 Jun 2024 (7 Julai)
Hebahan Dan Semakan Keputusan Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA
28 Jun – 7 Julai 2024 (7 – 16 Julai 2023)
Rayuan UPU DIBUKA bagi UA. Rayuan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA adalah terus ke Agensi
Ogos 2024 (Ogos 2023)
Hebahan Dan Semakan Keputusan Rayuan UA/ Politeknik Premier

*Tarikh dalam kurungan adalah tarikh bagi sesi tahun lepas. Tarikh sesi pengambilan tahun 2024/2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Cara Semakan Keputusan UPU Lepasan SPM Setaraf

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan keputusan UPU mengikut kategori. Perincian termasukan semakan panggilan temuduga, semakan keputusan / tawaran / keputusan rayuan ke UA / Politeknik/ Kolej Komuniti / ILKA:

Semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Bagi Program Yang Bertemuduga Sahaja

Calon yang terlibat dengan semakan temuduga adalah pemohon yang memilih program pengajian bertanda (#) dalam sistem pilihan program semasa membuat application melalui UPU

  • Tarikh Semakan Dibuka: 3 Mei 2024 (Jam 12 tengah hari)
  • NOTA: Tarikh semakan temuduga dibuka / ditutup dan tempoh temu duga adalah tertakluk atau bergantung kepada UA / Institut yang terlibat

Sistem Aplikasi Semakan Panggilan Temuduga UA / Politeknik

Sila klik pada nama Universiti Awam (UA) / Institut masing-masing dalam ruangan di bawah bermula tarikh semakan dibuka

Semakan Keputusan Dan Tawaran UA / Politeknik Premier / Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA

Sistem Aplikasi semakan hanya akan diaktifkan bermula tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan secara rasmi. Bagi calon berjaya, maklumat untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran mengikut Universiti Awam (UA) / Institut yang telah ditetapkan ,kepada calon berjaya akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat

  • Tarikh Semakan Dibuka: 28Jun 2024 (Jam 12 tengah hari) hingga 7 Julai 2024 (Jam 5 petang)
  • NOTA: Sistem aplikasi semakan keputusan dan tawaran UA / Politeknik Premier / Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA akan ditutup sepenuhnya selepas tarikh akhir semakan

Sistem Aplikasi Semakan UPU (UA/ Politeknik Premier)

Sila klik pada salah satu pautan yang disediakan di bawah untuk semakan keputusan upu 2024 sesi akademik 2024/2025 :

NOTA: Pada hari pertama semakan boleh dibuat, calon berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi semakan saluran utama untuk melihat tawaran program pengajian lepasan spm, berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server

Semakan Keputusan Menerusi UPUPocket 2.0

Semakan keputusan turut boleh dibuat menerusi aplikasi UPUPocket 2.0:

  • Cara Muat Turun UPUPocket : Aplikasi UPUPocket 2.0
  • Aplikasi Mobile boleh dimuat turun di Play Store dan App Store
  • Menerusi aplikasi ini, pengguna juga boleh semak kelayakan, ePanduan, status UPU, keputusan tawaran dan rayuan dan juga rujukan Tarikh Penting

Semakan Keputusan Secara SMS

Tiada semakan secara SMS disediakan sebaliknya calon boleh menyemak melalui aplikasi UPUPocket.

Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui SMS dengan cara seperti berikut:

UPU

Universiti Awam (UA) Dan Politeknik Premier

  • Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan dan sms ke 15888

Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA (TVET)

  • Taipkan: UPU (Jarak) TVET (Jarak) No Kad Pengenalan dan sms ke 15888

Maklumat Lanjut

Semakan Keputusan UPU Lepasan STPM / Setaraf

UPU

 

 

Tarikh-Tarikh Penting Dan Semakan Keputusan Tawaran UPU Lepasan STPM / Setaraf – Akan dikemaskini
7 Mei 2024 (16 Mei)
Semakan Ujian MEdSI Program Sarjana Muda Pendidikan dan Temuduga Bukan Pendidikan bagi Lepasan STPM / Setaraf
Temuduga dan Ujian bagi Lepasan STPM / Setaraf
September 2024 (7 September 2023)
Hebahan Keputusan UPU Rayuan DIBUKA bagi Lepasan STPM / Setaraf
September 2024 (16 September 2023)
UPU Rayuan DITUTUP bagi Lepasan STPM / Setaraf
Oktober 2024 (16 – 20 Oktober 2023)
Hebahan Keputusan Rayuan Fasa 1 bagi Lepasan STPM / Setaraf
Hebahan Keputusan Rayuan Fasa 2 bagi Lepasan STPM / Setaraf

*Tarikh dalam kurungan adalah tarikh bagi sesi tahun lepas. Tarikh sesi pengambilan tahun 2024/2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Cara Semakan Keputusan UPU Lepasan STPM Setaraf

Bagi Lepasan STPM, berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan keputusan UPU mengikut kategori. Perincian termasukan semakan panggilan temuduga, semakan keputusan / tawaran / keputusan rayuan ke UA / Politeknik/ Kolej Komuniti / ILKA:

Panggilan Temuduga Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2024 / 2025

Calon yang terlibat dengan semakan temuduga adalah pemohon yang memilih program pengajian bertanda (#) dalam sistem pilihan program semasa membuat application melalui UPU

Tarikh semakan adalah seperti berikut:

Ujian MEdSI

Bukan Pendidikan

  • Tarikh Semakan Dibuka: 16 Mei 2024 (12 Tengah hari)

Pendidikan

  • Tarikh Semakan Dibuka: 31 Mei 2024

NOTA: Tarikh semakan temuduga dibuka / ditutup dan tempoh temu duga tertakluk atau bergantung kepada UA yang terlibat

Sistem Aplikasi Semakan Panggilan Temuduga Ijazah Sarjana Muda – STPM / Setaraf Mengikut UA

Sila klik pada nama Universiti Awam (UA) / Institut masing-masing dalam ruangan di bawah bermula tarikh semakan dibuka

UPU

Semakan Keputusan Dan Tawaran UA Program Lepasan STPM Setaraf

Untuk makluman, sistem Aplikasi semakan hanya akan diaktifkan bermula tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan secara rasmi. Bagi calon berjaya, maklumat untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran mengikut Universiti Awam (UA) / Institut yang telah ditetapkan kepada calon berjaya mendapat tawaran akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat

  • Tarikh Semakan Dibuka: September 2024 (12pm) hingga September 2024
  • NOTA: Tarikh hebahan keputusan tawaran dan semakan dibuka seperti yang telah dinyatakan oleh KPT

Sistem Aplikasi Semakan UPU (UA/ Politeknik Premier)

Sila klik pada salah satu pautan laman web yang disediakan di bawah:

NOTA: Pada hari pertama semakan boleh dibuat, calon berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi semakan saluran utama berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses

Semakan melalui aplikasi UPUPocket

Boleh dimuat turun di Play Store & App Store

Sila layari laman web rasmi UPU : https://upu.mohe.gov.my/

Semakan Result Secara SMS

Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui SMS dengan cara seperti berikut:

UPU

Universiti Awam (UA) Dan Politeknik Premier

  • Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan dan sms ke 15888

Rayuan UPU Lepasan STPM

Related : pengesahan setuju terima tawaran, lepasan sijil tinggi persekolahan malaysia stpm, rayuan berjaya maklumat untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran mengikut universiti awam ua institut yang telah ditetapkan kepada calon berjaya akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat, matrikulasi politeknik kolej komuniti, institusi latihan kemahiran awam, pagi hingga 5 00 petang, keputusan rayuan upu, institusi latihan kemahiran awam ilka, pemohon yang telah ditetapkan kepada calon berjaya akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat, kemasukan ke universiti awam ua politeknik premier konvensional metro kolej komuniti ilka tvet, aktiviti yang telah ditetapkan kepada calon berjaya akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat, saluran semakan keputusan upu jarak result jarak no kad pengenalan dan sms ke 15888, talian helpline upu jarak result jarak no kad pengenalan dan sms ke 15888,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan