Contoh Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja Dari Majikan Semasa PKP & PKPB

Informasi

Informasi

Tahun 2020 merupakan tahun yang paling mencabar dari setiap aspek kehidupan masyarakat dunia dan juga negara. Pandemik yang tercetus daripada penularan virus yang dikenali sebagai COVID-19 telah menyebabkan sempadan negara ditutup dan pelbagai aktiviti terutamanya aktiviti ekonomi terjejas teruk. Namun begitu, hasil usaha masyarakat, rantaian penularan wabak ini di Malaysia berjaya dikawal.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipimpin oleh pengarahnya, Tan Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah telah melaksanakan pelbagai kaedah bagi membendung penularan wabak ini. Bagi membuka ruang pergerakan ekonomi dalam negara, KKM telah mencadangkan kepada kerajaan Malaysia untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) daripada 18 Mac hingga 13 Mei 2020 dimana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diperkenalkan. Kerajaan seterusnya telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) daripada 10 Jun hingga 31 Disember 2020.

Baru-baru ini, kes penularan COVID-19 semakin meningkat di negeri Sabah dan juga Semenanjung khususnya di kawasan Lembah Klang yang meliputi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Justeru, PKPB telah dilaksanakan di kawasan Lembah Klang dari 14 hingga 27 Oktober bagi mengelakkan penularan tempatan meningkat dan merebak ke kawasan atau zon hijau yang lain.

Bagi mengekalkan pembukaan sektor ekonomi, pekerja dibenarkan untuk bekerja dengan SOP yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan fizikal. Bagi pekerja yang perlu merentas daerah atau negeri untuk ke tempat kerja memerlukan surat kebenaran pelepasan bekerja yang dikeluarkan oleh majikan masing-masing. Di bawah dikongsikan contoh surat kebenaran pelepasan bekerja dari majikan semasa PKPB untuk panduan semua.

Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja PKP & PKPB

Perhatian kepada majikan dan pekerja yang perlu merentas daerah atau negeri semasa PKP & PKPB, pastikan surat kebenaran pelepasan bekerja dibawa supaya dibenarkan oleh pihak Polis yang menjalankan sekatan jalan raya.

Kemaskini Januari 2021 : Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Seluruh Negara Malaysia Kecuali Sarawak adalah sehingga 4 Februari 2021

Oleh itu, sila rujuk contoh-contoh surat kebenaran pelepasan bekerja dari majikan semasa PKP & PKPB di bawah untuk memastikan urusan perjalanan dan pekerjaan berjalan dengan lancar.

Kandungan Surat Kebenaran

Isi Kandungan Surat 

Berikut adalah antara isi yang perlu ada dalam surat sebagai butiran maklumat kepada pihak berkuasa untuk membuat rujukan:

a. Kepala surat majikan (letterhead)

b. Tajuk Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja

c. Tujuan kebenaran bekerja

d. Had kebenaran iaitu jarak atau tempat bekerja

e. Tempoh masa kebenaran sama ada untuk sehari, seminggu atau sepanjang pkpb berjalan

f. Sertakan lampiran rujukan syarikat atau majikan untuk dihubungi

g. Tandatangan atau cop syarikat

Nota: Surat hendaklah ditaip menggunakan komputer (Format Surat Rasmi) dan bukan tulisan tangan

Contoh Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja

1. Contoh Pertama

Kepala Surat Syarikat/ Majikan

Tarikh:

Kepada Pihak yang berkenaan

Tuan/Puan

PERKARA : SURAT KEBENARAN PERGERAKAN KEPADA PEKERJA DALAM TEMPOH PERINTAH PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Merujuk kepada perkara diatas dimaklumkan pihak majikan mengesahkan bahawa (Nama Pekerja) adalah pekerja syarikat kami yang bertugas di alamat:

Nama Syarikat:

Alamat Syarikat:


Nama Pekerja: 

Nombor Kad Pengenalan:

Kami memohon kerjasama pihak berkenaan yang bertugas untuk memberi kebenaran pergerakan kepada pekerja syarikat kami sepanjang tempoh PKPB dilaksanakan dari (tarikh pelaksanaan PKPB). Hal ini kerana syarikat kami dikategorikan sebagai ‘Perkhidmatan Perlu’ dimana operasi perlu berjalan seperti biasa.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian seperti di bawah;

Nama Pegawai Sumber Manusia syarikat/majikan & No. Telefon:

Kerjasama dan jasa baik pihak tuan/puan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

(Nama Syarikat)

(Cop Syarikat/ Tandatangan Majikan)
(Pengarah/ Pegawai Sumber Manusia)

2. Contoh Kedua

Kepala Surat Syarikat/ Majikan

(Alamat Syarikat)

(No. Telefon Syarikat)

Kepada;

Yang Berkenaan

Rujukan Kami: (Nombor rujukan surat majikan/syarikat)                                                        Tarikh:

Tuan/Puan

PERKARA : SURAT KEBENARAN/ PENGESAHAN

Merujuk kepada perkara diatas dimaklumkan adalah dimaklumakan bahawa syarikat dan individu seperti yang dinyatakan dibawah:

Nama Syarikat:

Nama Pekerja: 

Nombor Kad Pengenalan:

Adalah pekerja yang terlibat dalam sektor ‘bekeperluan’ bagi memastikan bekalan atau sektor terbabit mendapat bekalan yang cukup.

Untuk mkluman pihak tuan/puan, (nama syarikat) melalui surat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bertarikh (Tarikh kelulusan) (Nombor rujukan kebenaran MITI) mendapat kebenaran dari MITI untuk beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh PKPB.

Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik tuan/puan untuk memberi kebenaran kepada syarikat dan pekerja yang dinyatakan dalam surat ini untuk meneruskan perjalana dan melaksanakan tugas rasmi beliau.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian seperti di bawah;

Nama Pegawai Sumber Manusia syarikat/majikan & No. Telefon:

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(Nama Syarikat)

(Cop Syarikat/ Tandatangan Majikan)
(Pengarah/ Pegawai Sumber Manusia)

Muat Turun Borang Permit Pergerakan Polis

Berikut adalah pautan kepada borang permit pergerakan merentas negeri yang disediakan oleh pihak polis bagi tujuan yang dibenarkan sepanjang tempoh PKP dan PKPB di kawasan yang terlibat:

Nota

Panduan berkenaan Contoh Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja Dari Majikan Semasa PKP & PKPB hanyalah contoh bagi membantu memudahkan para pekerja atau majikan untuk menulis surat tersebut mengikut beberapa jenis format.

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan