Bermula tahun 2017, kemasukan pelajar tingkatan 1 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia perlulah terlebih dahulu menjalani peperiksaan khas yang dikenali sebagai Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Ianya telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menapis kemasukan pelajar ke SBP khusus bagi tingkatan 1 sahaja agar mereka yang mencapai tahap kecemerlangan yang selayaknya sahaja diterima. Kini UKSBP telah diperluaskan juga ke kemasukan Tingkatan 4 bermula ambilan tahun 2020
Bagi kemasukan ke SBP, lazimnya para pelajar sudah boleh mula membuat permohonan bermula sekitar bulan Ogos hingga September untuk menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Peperiksaan pula akan dijalankan bermula satu tarikh di bulan Oktober yang akan berlangsung selama beberapa hari di semua pusat peperiksaan UKSBP di seluruh negeri
Berbeza dengan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab), pelajar yang layak akan dipanggil untuk temuduga selepas keputusan UPSR diumumkan. Begitu juga untuk kemasukan Tingkatan 4 Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), pemohon wajib melepasi temuduga yang dijalankan. Para pelajar yang berminat untuk memohon tidak perlu untuk menunggu keputusan UPSR atau PT3 diumumkan dan boleh dilakukan sebelum keputusan peperiksaan tersebut diumumkan
Bagi pelajar yang berjaya dalam Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) tersebut, mereka mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh di samping perlu melepasi syarat-syarat pemilihan kemasukan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang lain. Ianya termasuklah cemerlang dalam aspek akademik dan juga aktif dalam bidang kokurikulum
Senarai Sub-Topik
Semakan UKSBP 2020 Online Nama Layak Menduduki Dan Pusat Ujian Seluruh Malaysia
Berikut dikongsikan info terkini cara untuk membuat semakan secara atas talian bagi nama yang layak menduduki ujian dan pusat ujian bagi UKSBP:
Tarikh Semakan Kelayakan Nama Layak Menduduki UKSBP 2020
- Tingkatan 1 : 4 Oktober 2019
- Tingkatan 4 : 11 Oktober 2019
Cara Semak Kelayakan Menduduki UKSBP
1. Semakan Online
- Tingkatan 1 : Sistem Aplikasi SST1 | Semakan Pusat UKSBP
- Sila masukkan nombor Angka Giliran seperti yang tercatat dalam Slip Pendaftaran UPSR 2019
- Tingkatan 4 :Sistem Aplikasi SST4| Semakan Pusat UKSBP
- Sila masukkan nombor Angka Giliran seperti yang tercatat dalam Slip Pendaftaran PT3 2019
2. Semakan SMS
- Perkhidmatan Semakan melalui SMS tidak disediakan
Nota: Maklumat lanjut mengenai UKSBP, sila layari laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia atau pautan di atas
Tarikh Ujian UKSBP 2020
- Tingkatan 1 : 14 Oktober 2019 hingga 18 Oktober 2019
- Tingkatan 4 : 21 Oktober 2019 hingga 24 Oktober 2019
Nota: Sila bawa Kad Pengenalan Pemohon serta Slip Menduduki Peperiksaan UKSBP yang dicetak daripada laman sesawang KPM
Setelah membuat semakan kelayakan menduduki UKSBP dan lokasi pusat menduduki ujian, para pelajar yang ingin menduduki peperiksaan tersebut haruslah membuat persediaan. Berikut dikongsikan persediaan yang boleh diatur sebelum menghadiri peperiksaan:
Jenis Soalan
- Soalan berasaskan IQ
- Soalan berasaskan EQ
- Soalan berasaskan SQ
- Soalan berasaskan Pengetahuan Am
Pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan UKSBP seterusnya akan mempunyai peluang cerah untuk memasuki SBP sekiranya melepasi syarat pemilihan murid ke SBP seperti di bawah :
Syarat Pemilihan Murid Ke Tingkatan 1
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Murid Sekolah Kebangsaan (SK).
- Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
- Murid cemerlang akademik
- Murid aktif dalam kokurikulum.
Syarat Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
- Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
- Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
- Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
- Murid aktif dalam kokurikulum.
E-Rayuan SBP 2020
Bagi pelajar yang tidak berjaya dalam peperiksaan UKSBP kemasukan tahun 2020, anda boleh membuat permohonan rayuan melalui E-rayuan sebaik sahaja pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama dibuat.
- Semakan Keputusan dan Tawaran SBP 2020 tingkatan 1 E-Rayuan
- Semakan Keputusan dan Tawaran SBP 2020 tingkatan 4 E-Rayuan
- Soalan Lazim FAQ Pengambilan Murid SBP 2020
Info Lanjut