Bantuan sekolah 2017 RM100 dapat bulan Januari

14:05 Redaksi Admin

Bantuan Sekolah Rendah Menengah RM100 Terkini

Bantuan persekolahan bernilai RM100 setiap seorang murid atau pelajar yang diumumkan menerusi Bajet 2017 akan diagihkan kepada 3.5 juta pelajar sekolah Rendah dan Menengah seluruh negeri pada satu tarikh dalam bulan Januari 2017 secara berperingkat-peringkat

Setiap murid yang berkelayakan tidak perlu membuat permohonan secara individu untuk mendapatkan Bantuan Khas Persekolahan 1Malaysia (BKP1M) bernilai RM100, sebaliknya akan layak secara automatik berdasarkan kriteria pendapatan kasar bulanan (Isi Rumah) ibu bapa atau penjaga mereka

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2017 RM100 DAPAT BULAN JANUARI

Berikut adalah maklumat dan kriteria bagi pelajar atau murid yang layak untuk menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan bernilai RM100 pada bulan Januari tahun 2017

Maklumat Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2017 Sekolah Rendah Dan Menengah
Objektif
Objektif bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga
Tarikh Rasmi Agihan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2017 (BKP1M)
Tarikh Rasmi
Akan dimaklumkan kemudian atau selepas mendapat pengesahan
Tarikh Jangkaan
Bantuan Khas Persekolahan 1Malaysia (BKP1M) dijangka akan dibuat pada pertengahan bulan Januari atau pada bulan Februari 2017
Berdasarkan rujukan MYsumber terhadapSila Klik LinkPDF FormatSurat Siaran Mengenai Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia Bagi Tahun lalu (2016) pembayaran dibuat pada bulan Februari
Syarat Kelayakan Terima Bantuan Awal Persekolahan RM100 Tahun 2017
Butiran
Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut mesti berstatus warganegara Malaysia
Bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2017
Murid atau pelajar mestilah terdiri daripada kalangan keluarga (Isi Rumah) yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah
Nota Admin
Tarikh yang tepat bagi agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan bernilai RM100 akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Sebaik sahaja perkara ini diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, MYsumber akan sertakan tarikh sebenar bagi agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan
Selain itu, Ibu bapa / penjaga perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan pada tahun 2017 melalui pihak pengurusan sekolah anak /jagaan masing-masing kerana tarikh bagi majlis penyerahan bantuan persekolahan itu akan ditentukan oleh pihak sekolah
Sementara, pihak sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang akan berpindah sekolah perlu meletakkan cop ‘telah bayar’ bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share