eGUMIS permohonan semakan wang tak dituntut WTD online JANM

Informasi

Informasi

Orang awam boleh membuat permohonan semakan status Wang Tak Dituntut (WTD) melalui Sistem Atas Talian yang diperkenalkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Ianya boleh dibuat dan disemak sekiranya anda mendapati sejumlah wang milik sendiri yang tidak dituntut terutamanya membabitkan rekod akaun seperti simpanan, semasa atau perniagaan ataupun wang cagaran bayaran utiliti

Antara tuntutan oleh individu yang boleh dibuat adalah tuntutan jenis Akaun Simpanan, Akaun Semasa, Simpanan Tetap, Insurans, Gaji, Dividen, Deposit TNB, Syabas, TM dan lain-lain perkara yang berkaitan

Apa Itu Wang Tak Dituntut WTD?

WTD merupakan sejumlah wang yang tidak dituntut milik mana-mana individu atau sesebuah syarikat. Definisi lanjut boleh rujuk gambar berikut:

Informasi

Di antara contoh Wang Tak Dituntut (rekod WTD) membabitkan individu adalah seperti akaun simpanan bank yang tidak aktif beberapa tahun namun terdapat sejumlah wang, tuntutan insurans dan wang cagaran bayaran utiliti (Deposit TNB, Syabas, TM dan lain-lain yang berkaitan)

Permohonan Dan Cara Buat Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Jabatan Akauntan Negara (ANM) Melalui Sistem eGUMIS

Semakan Wang Tak Dituntut mendapat perhatian rakyat Malaysia, malah ada yang mahu “mencuba nasib” sekiranya ada sejumlah wang milik mereka yang tidak dituntut (untuk carian wang)

Berikut MYsumber sertakan panduan bagi cara untuk membuat semakan WTD dan maklumat Semakan Wang Tak Dituntut WTD secara atas talian dan senarai dokumen yang diperlukan untuk tuntutan oleh individu

Semakan WTD Wang Tak Dituntut

Bermula Januari 2020, Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dilakukan secara atas talian atau online menerusi aplikasi portal JANM (portal rasmi) seperti pautan di bawah

Sistem Semakan WTD Online

Sebagai makluman, semakan WTD wang tak dituntut online ini tidak mempunyai tarikh luput. Sehubungan itu, sekiranya tiada keperluan yang mendesak, orang ramai tidak perlulah membuat semakan WTD melalui kaedahnya serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter JANM untuk membuat tuntutan

Apabila selepas 15 tahun tempoh WTD, ianya akan dimasukkan semula ke Kumpulan Wang dan dimasukkan di bawah pindahan hasil negara. Walau bagaimanapun, wang tersebut masih boleh dituntut oleh individu berkenaan dan akan dibayar oleh kerajaan ke akaun bank masing-masing

Cara Permohonan Semakan Dan Bayaran Balik WTD

Semakan WTD (Individu) boleh dibuat menggunakan dua kaedah iaitu:

1) Permohonan Secara Online

Untuk membuat permohonan semakan WTD secara online, ikuti langkah seperti berikut:

  1.  Layari portal aplikasi seperti di atas dan klik pada pendaftaran log masuk ke portal atau seperti pautan berikut:
  2. Lengkapkan semua butiran maklumat yang diperlukan dan tandakan pada kotak pengakuan bersetuju serta captcha lalu klik butang daftar
  3. Tandakan pada kotak pengakuan bersetuju dan captcha
  4. Klik butang Daftar dan klik butang Ya untuk selesaikan proses pendaftaran lalu skrin status pendaftaran pengguna egumis akan dipaparkan
  5. Masuk ke sistem dengan klik Log Masuk atau klik pautan ini:
  6. Daftar Masuk dengan mengisi nama pengguna dan kata laluan (yang akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan)
    Nota: Pengguna yang tidak menerima kata laluan atau telah menerima kata laluan tetapi tidak dapat log masuk ke sistem, sila buat pendaftaran semula di Portal JANM
  7. Klik butang Log Masuk dan skrin tukar kata laluan akan dipaparkan bagi daftar masuk pertama kali
  8. Masukkan kata laluan yang lama dan isikan kata laluan yang baharu
  9. Klik butang Simpan dan skrin kemaskini maklumat pengguna akan dipaparkan
  10. Isikan semua maklumat pengguna yang diperlukan dan klik butang simpan lalu skrin Dashboard akan dipaparkan
  11. Untuk membuat semakan Wang Tak Dituntut klik pada Carian Wang Tak Dituntut
  12. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik butang Cari lalu skrin hasil carian wang tak dituntut akan dipaparkan
    Nota: Pengguna boleh mencetak skrin borang tuntutan dengan klik butang Cetak setelah membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan. Pengguna digalakkan cetak maklumat wang tidak dituntut untuk membuat semakan
  13. Seterusnya klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”
  14. Klik pada “Tambah Penerima” bagi masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian klik “Simpan”.
  15. Sila muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”
  16. Akhir sekali tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS lalu Klik Hantar. Pilih Ya bagi menghantar permohonan tuntutan
  17. Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.

Perhatian: Seperti dimaklumkan di Portal eGUMIS, bagi fasa awal hanya semakan wang tak dituntut sahaja dibuka, bagi permohonan tuntutan wang tak dituntut, pemohon perlu mengemukakan dokumen permohonan yang telah lengkap melalui pos ke Pejabat Pendaftar wang tak dituntut atau hadir terus ke Kaunter Pejabat Pendaftar ataupun JANM Negeri/Cawangan yang berhampiran

2) Permohonan Secara Manual (Walk In) Kaunter Bahagian WTD

Individu atau syarikat boleh mengunjungi Kaunter Bahagian WTD Jabatan Akauntan Negara iaitu

  1. Kaunter Pejabat Pendaftar WTD di Tingkat 42, Menara Maybank Kuala Lumpur, atau
  2. Pejabat Cawangan Negeri Jabatan Akauntan Negara, klik di sini untuk:

Dokumen Diperlukan Semasa Membuat Permohonan Tuntutan (Individu)

  1. Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani : Muat Turun Borang UMA-7
  2.  Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) / pasport pemohon bagi bukan warganegara
  3. Dokumen asal (Contoh: buku bank /sijil simpanan tetap dan lain-lain)
  4. Salinan muka hadapan buku akaun / penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun

Nota: Semakan untuk pihak syarikat atau firma juga boleh dilakukan menggunakan nombor pendaftaran syarikat dan dokumen lain yang berkaitan

*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan maklumat rasmi daripada Portal Rasmi eGUMIS. Sebarang permohonan serta semakan perlulah dibuat terus di laman web portal rasmi berkenaan.

Related : nombor pendaftaran syarikat, kementerian kewangan, untuk membuat semakan wtd melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat, permohonan tuntutan wtd, langkah 4 kemaskini maklumat pengguna, suruhanjaya syarikat malaysia jabatan insolvensi malaysia bagi syarikat firma yang bubar atau individu bankrap, pentadbir harta pusaka wasi yang dinamakan dalam surat kuasa mentadbir harta pusaka, waris yang dinamakan dalam surat kuasa mentadbir harta pusaka, electronic government unclaimed money information system, bawa dokumen pengenalan diri iaitu, pegawai bertugas akan menyenaraikan senarai wtd, permohonan tuntutan wang tak dituntut wtd
cara semak wang tidak dituntut, hadir ke kaunter pejabat jabatan insolvensi malaysia bagi syarikat firma yang bubar atau individu bankrap, serahkan mykad surat kuasa mentadbir harta pusaka,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan