Jawapan contoh kerja kursus PT3 Sejarah 2017 peristiwa bersejarah

19:50 MYredaksi

Maklumat terkini untuk artikel ini telah dikemaskini pada 7 Julai 2017 jam 12:14 AM

Tugasan Sejarah PT3 Peristiwa Bersejarah Di Malaysia

MYsumber dimaklumkan bahawa Calon PT3 pada tahun 2017 dikehendaki melaksanakan kerja kursus (tugasan) Sejarah iaitu membuat kajian tentang satu Peristiwa Bersejarah di tempat tinggal calon

Atas permintaan pelajar (calon) PT3 bagi tahun 2017 yang meminta penulis di MYsumber membantu memberikan maklumat berkaitan dengan tugasan ini, penulis akan sedaya upaya memberikan tips dan panduan yang terbaik

JAWAPAN CONTOH TUGASAN PT3 SEJARAH 2017 PERISTIWA BERSEJARAH

Hasil laporan yang terbaik mestilah menepati kehendak tugasan diberikan yang merangkumi Tajuk Kajian, Nama Penulis, Penghargaan (jika perlu), Isi Kandungan, Objektif Kajian, Kaedah Kajian, Hasil Kajian, Rumusan, Lampiran Berkaitan dan Sumber Rujukan

Petikan Tugasan
Tugasan PT3 Sejarah 2017 Contoh Panduan
AmaranPeringatan
Calon dinasihatkan memastikan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) sepenuhnya daripada mana-mana pihak, dalam erti kata lain penghasilan tugasan yang lengkap adalah usaha calon sendiri
Calon mengambil petikan atau grafik daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya dengan jelas
Sekiranya calon didapati telah melakukan plagiat, calon berkemungkinan digagalkan atau diberikan gred yang tidak memuaskan

PANDUAN DAN JAWAPAN CONTOH KERJA KURSUS PT3 SEJARAH 2017 PERISTIWA BERSEJARAH

Berikut adalah panduan, contoh dan tips bagi tugasan Sejarah PT3 tahun 2017 berdasarkan kehendak tugasan yang diberikan

Info
Sila ambil perhatian terhadap petikan tugasan iaitu penerangan konsep peristiwa bersejarah yang telah diberikan. Fahami dengan baik bagi mengelakkan calon membuat kajian peristiwa yang tersasar daripada permintaan kehendak tugasan / soalan yang sebenar. Sila dapatkan penerangan lanjut berkaitan perkara ini dengan guru yang terbabit sahaja.
BetulCalon boleh memilih satu peristiwa bersejarah terdapat di tempat tinggal (negeri) calon yang kesannya masih terpahat / bermakna kepada masyarakat setempat atau negara kita
BetulNamun, tugasan berkaitan kandungan aspek peristiwa bersejarah ini dan susunan format adalah tertakluk kepada kehendak tugasan dan guru masing-masing. Calon hendaklah mengikut serta mendapatkan arahan dan bimbingan daripada guru
BetulPanduan, contoh dan tips yang disertakan oleh MYsumber adalah sebagai rujukan tambahan sahaja bagi membantu calon dalam melaksanakan laporan tugasan
Tugasan
Langkah Tugasan PT3 Sejarah 2017

PERANCANGAN

Huruf ATajuk Kajian / Menentukan Peristiwa Bersejarah Sebagai Kajian
Makluman InfoMenentukan / menyatakan tajuk kajian yang menepati kehendak tugasan selaras dengan isi kandungan laporan
Bagi menentukan sesuatu peristiwa sebagai pilihan kajian serta tajuk kajian ia mungkin merumitkan bagi sesetengah calon dan untuk memudahkannya, calon hendaklah memahami maksud sebenar Peristiwa Bersejarah. MYsumber jelaskan secara ringkas seperti berikut:-
Peristiwa Bersejarah adalah kejadian-kejadian / perkara-perkara / insiden / peristiwa penting (besar) yang telah berlaku pada masa lalu yang mempunyai fakta tepat dan bermakna kepada masyarakat setempat atau negara serta dapat memberikan iktibar (pengajaran) kepada kehidupan pada masa kini.
Selidik / kenalpasti kejadian / peristiwa apakah yang telah berlaku di kawasan anda (negeri) yang meninggalkan pelbagai kesan. Hasil daripada penyelidikan tersebut anda akan dapat mengetahui peristiwa bersejarah yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai kajian serta menentukan tajuk kajian mengikut kreativiti dan kehendak tugasan yang menggambarkan hasil laporan kajian itu secara kasar
Peristiwa Bersejarah yang menjadi pilihan MYsumber untuk dijadikan sebagai contoh adalah seperti berikut:-
Insiden Pencerobohan Pantai Timur Sabah (Lahad Datu), Sejarah Hitam Malaysia
Huruf BNama Penulis
Butiran Penulis

Tajuk Kajian Dan Butiran Penulis
(Sebagai contoh sahaja)

INSIDEN PENCEROBOHAN PANTAI TIMUR SABAH (LAHAD DATU),
SEJARAH HITAM MALAYSIA

Ditulis Oleh :   _______________

Tingkatan : _______________

No. Kad Pengenalan :____________

Angka Giliran :_______________

 

Contoh Jadual Kerja / Senarai Semakan
BilTarikhAktivitiCatatan (Jika Ada)
1Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran Sejarah berkaitan dengan tajuk tugasan dan huraian berkaitan dengannya di sekolah
2Membuat perbincangan dengan guru / rakan sekelas berkaitan dengan pemilihan tajuk . Cuba mengenalpasti Peristiwa Bersejarah yang sesuai untuk djadikan bahan kajian
3Membuat rujukan awal berkaitan dengan tajuk yang diberi di internet / laman web tertentu
4Mengenalpasti cara penulisan tugasan dengan lebih lanjut
5Menentukan tajuk tugasan yang ingin dilakukan
6Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi lawatan peribadi ke lokasi peristiwa bersejarah yang ingin dikaji
7Mengenalpasti maklumat yang diperlukan bagi memudahkan kerja penulisan tugasan
8Menemuramah orang sumber berkaitan dengan tajuk kajian mengikut kehendak soalan kajian
9Mengumpul bahan rujukan untuk persiapan menulis tugasan
10Memulakan penulisan dan kerangka kerja di sekolah
11Menulis tugasan yang diberi mengikut format atau kehendak tugasan tersebut di dalam kelas mengikut tarikh yang diberi oleh guru
12Menyemak tugasan
13Menghantar tugasan
Objektif Kajian
Makluman InfoObjektif kajian adalah sesuatu yang ingin dicapai melalui kajian yang dilakukan. Objektif kajian juga merupakan perkara yang penting dalam suatu bentuk kajian

Contoh Huraian Objektif Kajian

Saya menjalankan kajian tentang satu Peristiwa Bersejarah di tempat tinggal saya adalah bagi melaksanakan tugasan PT3 Sejarah, selaras dengan kehendak tugasan tersebut dan hasilnya saya telah mencapai objektif yang dikehendaki seperti berikut:-

1. Dapat meningkatkan semangat Patriotisme dalam diri saya dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang semangat patriotik yang semakin luntur di negara kita pada masa ini.

2. Dapat menambah pengetahuan mengenai peristiwa bersejarah di tempat tinggal saya selain menghadirkan perasaan bangga terhadap perjuangan mereka yang terlibat dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara dan memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

3. Menghargai dan menghormati kepelbagaian budaya dan agama kerana ia adalah aset atau kelebihan penting yang patut dibanggakan dan terus dipertahankan.

 

Kaedah Kajian
Makluman InfoKaedah Kajian merupakan suatu usaha yang dilakukan samada secara individu atau berkumpulan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan yang ingin di kaji
Jumlah Kaedah Kajian yang perlu disertakan adalah bergantung kepada apakah kaedah kajian yang telah digunakan / dijalankan bagi menyiapkan sepenuhnya tugasan / kajian calon

Contoh Huraian Kaedah Kajian

Terdapat enam (6) kaedah kajian telah dijalankan oleh saya bagi memastikan tugasan kajian Peristiwa Bersejarah di tempat tinggal saya disiapkan dengan sempurna dan bersistematik berdasarkan fakta yang tepat.

1) Analisis Dokumen

Saya telah merujuk kepada dokumen / laporan berita dari…………………………….. bagi memastikan fakta yang digunakan dalam kajian ini adalah tepat selain dapat mengelakkan kebenaran terhadap peristiwa bersejarah ini diragui.

2) Penyelidikan

Saya bersama rakan telah mengunjungi perpustakaan di……………… bagi menjalankan penyelidikan terhadap sumber-sumber arkib yang terdapat di perpustakaan. Sumber-sumber arkib itu adalah koleksi buku ilmiah, petikan akhbar, majalah dan sebagainya untuk menguatkan lagi fakta dalam kajian saya.

3) Internet

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. Internet adalah satu gerbang limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Melalui laman sesawang berautoriti yang telah dilayari iaitu Portal Rasmi……………….., saya turut dapat memuat-turun bahan berkaitan kajian / tugasan ini untuk dijadikan rujukan tambahan.

4) Bimbingan Guru

Tanpa bimbingan guru, sudah tentu saya tidak akan berjaya melaksanakan tugasan kajian yang telah diberikan. Oleh itu, saya mendapat bimbingan dari guru iaitu Tuan / Puan……………………….

5) Temubual

Peristiwa Bersejarah dalam kajian saya ini meninggalkan kesan yang bermakna terhadap masyarakat di tempat tinggal saya. Dengan kaedah temubual bersama orang sumber iaitu Encik / Puan………………., saya lebih memahami kesan peristiwa bersejarah ini terhadap masyarakat setempat.

6) Melawat (Walk-In) Lokasi Peristiwa Bersejarah

Saya telah melawat lokasi peristiwa bersejarah pada tarikh….. masa……. serta mengambil foto bagi menggambarkan kesan tinggalan yang masih ada akibat daripada peristiwa yang berlaku dan ia turut dilampirkan dalam kajian ini.

 

Proses Awal
Makluman InfoBagi proses awal, calon perlu mengumpul maklumat yang tepat dengan sebaik mungkin mengikut tugasan peristiwa bersejarah yang telah ditentukan. Maklumat itu dari sumber rujukan primer, sekunder ataupun pihak ketiga (pihak ketiga – contoh individu yang ditemubual)
Kerangka Kasar Penulisan
Makluman InfoTujuan membuat kerangka kasar adalah untuk memudahkan calon menulis / mengolah laporan. Kerangka kasar akan dibuat selepas calon menjalankan proses awal tugasan iaitu mengumpul maklumat berdasarkan sumber rujukan. Perkara yang ada dalam kerangka kasar adalah senarai isi-isi penting laporan Peristiwa Bersejarah yang dinyatakan secara ringkas untuk perkara seperti berikut:-
1.Pengenalan2. Faktor Berlaku3. Kronologi
4. Kesan / Impak5. Iktibar6. Rumusan
7. Sumber Rujukan
Isi-isi penting bagi setiap perkara di atas akan membantu calon membuat huraian penuh dalam bentuk penulisan bagi laporan tersebut. Lebih mudah hendak faham kerangka kasar ibarat nota kecil
Contoh paling mudah bagi penyediaan / susunan kerangka kasar penulisan seperti dibawah
Format Kerangka Kasar Susunan rangka
Bentuk kerangka kasar penulisan ikut kreativiti masing-masing. Asalkan maklumat isi-isi penting yang tepat dan realistik bagi setiap perkara tugasan itu ada. Itu yang paling penting kerana ia bukti kesungguhan calon dalam melaksanakan tugasan diberikan
Huruf CIsi Kandungan
Makluman InfoSetelah calon membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi internet, buku, majalah, akhbar, jurnal atau melawat lokasi kajian bagi mendapatkan maklumat dan fakta yang sahih / tepat untuk bahan laporan
Berikut adalah aspek-aspek yang perlu ada dalam tugasan / laporan
(i) Pengenalan – menjelaskan latar belakang peristiwa bersejarah di tempat anda
(ii) Menerangkan faktor berlakunya peristiwa bersejarah
(iii) Menerangkan peristiwa bersejarah secara kronologi
Maksud Kronologi ialah susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan
(iv) Menilai kesan / impak peristiwa bersejarah terhadap diri sendiri, masyarakat setempat dan negara
(v) Menjelaskan iktibar yang diperolehi daripada peristiwa bersejarah

PELAPORAN

(i) Pengenalan – menjelaskan latar belakang peristiwa bersejarah di tempat anda
Makluman InfoDefinisi latar belakang adalah dasar atau asas kepada sesuatu perkara (hal, kejadian / peristiwa). Latar belakang yang baik harus disusun dengan sejelas mungkin dan bila perlu disertai dengan data atau fakta yang mendukung
Oleh itu, calon perlu menjelaskan perkara asas tentang Peristiwa Bersejarah sebagai Pengenalan bagi memberikan gambaran keseluruhan kandungan kajian tersebut
1. Tahun / tarikh / hari / masa yang berlaku
2. Lokasi / tempat peristiwa
3. Pihak / individu yang terlibat
MYsumber berikan contoh pengenalan bagi tajuk Insiden Pencerobohan Pantai Timur Sabah (Lahad Datu), Sejarah Hitam Malaysia dengan menggunakan isi penting (point) di atas

Contoh Penulisan Pengenalan

Tanggal 1 dan 2 Mac 2013 akan kekal dalam sejarah negara sebagai detik hitam yang menyaksikan kedaulatan negara dicabar dan lapan wira tanah air gugur mempertahankannya.

Pada tarikh itu bumi Lahad Datu dan Semporna, Sabah, bermandi darah apabila senjata api kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memuntahkan peluru menembusi tubuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika mereka memburu pengganas yang mendakwa daripada kesultanan Sulu.

Kumpulan itu dikenal pasti pengikut Jamalul Kiram III yang mendakwa dia waris sah kesultanan Sulu, menceroboh dan mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Feb bagi merampas kembali wilayah mereka di pantai timur Sabah tersebut.

Pencerobohan kumpulan pengganas itu turut mengorbankan dua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sebanyak 68 anggota militan maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara.

 

(ii) Menerangkan faktor berlakunya peristiwa bersejarah
Makluman InfoMaksud faktor ialah punca yang menyebabkan sesuatu perkara / kejadian / insiden / peristiwa itu berlaku
Bagaimana Hendak Terangkan Faktor Berlakunya Peristiwa Bersejarah?
Cari maklumat berkaitan punca yang menyebabkan sesuatu perkara / kejadian / insiden / peristiwa itu berlaku (peristiwa bersejarah pilihan calon masing-masing). Contoh yang diberikan adalah berdasarkan peristiwa pilihan MYsumber

Faktor Pencerobohan Lahad Datu di Pantai Timur Sabah Oleh Kumpulan Pengganas Sulu

1. Mengikut sumber dari Al Jazeera News, kehadiran pengganas Sulu di Lahad Datu adalah disebabkan mereka ingin menuntut pengiktirafan dan hak untuk selama-lamanya tinggal di Sabah.

2. Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram mendakwa Sabah adalah milik Kesultanan Sulu kerana Kerajaan Malaysia membayar sewa bagi wilayah itu, disebabkan itu Sultan Jamalul Kiram menganggap ia adalah tanda Sabah milik Kesultanan Sulu.

 

(iii) Menerangkan peristiwa bersejarah secara kronologi
Makluman InfoMaksud Kronologi ialah susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan
Kronologi memudahkan penyampaian sesuatu laporan atau penerangan kerana maklumat tentang peristiwa yang terjadi itu telah diringkaskan mengikut susunan perkara-perkara permulaan hingga akhir tentang peristiwa tersebut berlaku dengan bersertakan tarikh / masa. Contoh format kronologi seperti lampiran di bawah
Contoh Format Kronologi
Bagaimana Cara Mendapatkan Isi Penting / Maklumat Kronologi Peristiwa Sejarah Bagi Tugasan PT3?
Isi-isi penting itu boleh diambil dalam Pengenalan dan Faktor Berlakunya Peristiwa Bersejarah atau hasil daripada pengumpulan maklumat yang telah dibuat dan kemudian maklumat tersebut perlu diringkaskan dan disertakan tarikh / masa ia berlaku (diterangkan semula peristiwa bersejarah tersebut tetapi penerangan secara kronologi)
Nota AdminSekiranya kajian calon mempunyai banyak sangat rentetan / perkara, sudah tentu kronologi akan menjadi tersangat panjang. Cuba ringkaskan lagi sebaik mungkin (guna maklumat terpenting sahaja) namun ia masih menggambarkan tentang keseluruhan peristiwa itu
Dua contoh laporan peristiwa yang sama secara kronologi bermula dengan awal dan akhir peristiwa, sila rujuk pada judul pautan di bawah
Sila Klik LinkKronologi Penceroboh Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu
Sila Klik LinkKronologi Pencerobohan Pengganas Sulu
(iv) Menilai kesan / impak peristiwa bersejarah terhadap diri sendiri, masyarakat setempat dan negara
Makluman InfoMembuat penilaian atau menilai kesan / impak peristiwa bersejarah terhadap diri sendiri, masyarakat setempat dan negara hendaklah selaras dengan tajuk / kandungan hasil laporan kajian
Sila semak semula kandungan laporan bagi mendapatkan penilaian kesan peristiwa bersejarah itu dengan lebih tepat
Contoh yang diberikan adalah mengikut tajuk tugasan yang dipilih oleh MYsumber seperti dinyatakan
1. Diri Sendiri
Membuatkan saya lebih menghayati semangat Patriotisme dan Cintakan Negara dalam menjaga kedaulatan negara
2. Masyarakat Setempat
i. Jika sebelum ini, semangat kerjasama dalam masyarakat di tempat tinggal saya dilihat semakin longgar berikutan masing-masing sibuk dengan hal sendiri dan mementingkan kehidupan sendiri. Tetapi selepas peristiwa bersejarah ini masyarakat kini mengamalkan semangat berkerjasama kukuhkan perpaduan sekaligus mewujudkan suasana yang aman dan tenteram dalam masyarakat yang tidak mampu digugat oleh anasir jahat
3. Negara
i. Kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit untuk meningkatkan kawalan keselamatan negara termasuk pembelian aset keselamatan
ii. Mengukuhkan koordinasi bendung jenayah rentas sempadan bagi memastikan keberkesanan usaha memelihara ketenteraman di kawasan terbabit
(v) Menjelaskan iktibar yang diperolehi daripada peristiwa bersejarah
Makluman InfoUntuk aspek ini, ia memerlukan calon mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran berfikir bagi menjelaskan iktibar yang telah diperolehi daripada kajian peristiwa bersejarah dibuat mengikut tajuk / bahan kajian masing-masing

Contoh Penulisan Iktibar Daripada Peristiwa Bersejarah

Peristiwa Pencerobohan oleh kumpulan pengganas di Lahad Datu memberi kesan yang sangat besar kepada politik, sosial dan ekonomi negara khususnya negeri Sabah.

Peristiwa Bersejarah yang berlaku ini telah mengorbankan nyawa sepuluh orang anggota pasukan keselamatan negara, yang bukan sahaja menyebabkan anak kehilangan ayah, isteri kehilangan suami, ibu dan bapa kehilangan anak, tetapi juga akan kekal menjadi titik hitam dalam lipatan sejarah negara.

“Sesungguhnya kekejaman pengganas terhadap anggota keselamatan kita tidak mungkin akan kita lupakan sampai bila-bila”.

Hasil pengorbanan pahlawan negara ini seperti mana pada era darurat dan insurgensi telah memungkinkan kemajuan dan kemakmuran kita nikmati hingga hari ini. Pengorbanan mereka bukan sia-sia, pengorbanan mereka bukan kecil, pengorbanan mereka bukan untuk diperlekehkan.

Peristiwa Bersejarah ini memberi pengajaran kepada semua tentang pentingnya menjaga dan memelihara keamanan dan keselamatan.

Tanpa anggota keselamatan yang menjaga keamanan negara sudah pasti negara kita tidak akan menikmati keamanan seperti sekarang ini.

Rakyat Malaysia tidak seharusnya cuba untuk memperkecilkan sumbangan anggota keselamatan dan seterusnya daripada peristiwa bersejarah ini, ia mengingatkan supaya kita belajar mengenang budi.

Peristiwa Bersejarah telah mengajar kita, bahawa keamanan dan kestabilan negara yang sedang dinikmati pada hari ini tidak harus menjadi sebab ketumpulan tahap kita berwaspada malah kita harus lebih bersiap-siaga terhadap apa jua bentuk ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara.

 

DRumusan
Makluman InfoMerumuskan dengan menghuraikan hasil keseluruhan tugasan atau kajian
Rumusan bergantung kepada tajuk kajian tugasan yang dibuat oleh calon. Semak semula kandungan peristiwa bersejarah yang dibuat itu dengan baik dan pastinya terdapat nilai-nilai / unsur-unsur / kesan / iktibar yang boleh diketengahkan. Seterusnya menggabungkan ia sebagai satu rumusan disertakan dengan pengetahuan dan harapan yang relevan berdasarkan tugasan kajian tersebut
MYsumber buatkan contoh rumusan peristiwa bersejarah secara umum merangkumi aspek, nilai-nilai / unsur-unsur / kesan / iktibar serta pengetahuan dan harapan yang relevan

Contoh Penulisan Rumusan

Peristiwa bersejarah adalah satu kejadian mempunyai fakta primer yang tidak wajar diselewengkan kebenarannya kerana ia mempunyai fakta yang tepat dan bermakna kepada masyarakat berikutan kesahihannya dijelaskan dengan bukti-bukti penyelidikan, kesan tinggalan serta di­bandingkan dengan sumber-sumber sekunder, mahupun dari sumber pihak ketiga.

Kesan dan Iktibar daripada perisitiwa bersejarah mengajar kita menghargai pengorbanan tokoh dan pejuang kemerdekaan, pengorbanan pasukan penyelamat yang bertungkus lumus dengan misi mencari dan menyelamat mangsa dalam sesuatu tragedi.

Oleh itu, Kita seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada setiap peristiwa bersejarah yang telah berlaku bahawa keamanan, kemakmuran serta perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama anggota masyarakat.

Saya menyeru dan berharap agar semua rakyat negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang mahupun peraturan dilaksanakan oleh kerajaan dan tidak terpengaruh dengan anasir luar serta menghargai jasa tokoh, pasukan keselamatan yang telah banyak berjuang bagi mempertahankan kedaulatan dan menjaga keamanan negara.

Peristiwa bersejarah yang telah berlaku menyedarkan dan mengajar kita apa erti sebuah pengorbanan. Dengan ini, saya dapat merumuskan bahawa “Kemakmuran negara dan keamanan kehidupan penghuninya memang tidak ada galang gantinya”.

 

ESumber Rujukan
Makluman InfoMenyenaraikan secara ringkas bahan rujukan calon seperti diperolehi dari artikel di internet, buku teks, akhbar, majalah ataupun orang sumber, antaranya seperti berikut
Buku dan Journal: Sertakan nama penulis, tajuk / judul tahun dan terbitan
Ensiklopedia: Sertakan tajuk / judul dan tahun
Akhbar: Sertakan nama akhbar tahun dan halaman / mukasurat
Orang Sumber: Sertakan nama individu / pihak dan alamat tempat tinggal
Internet (laman web): Nyatakan pautan (link) penuh dan pastikan laman web itu berautoriti (sumber dipercayai) contohnya Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia
Panduan Cara Buat Laporan / Petikan (Skrip) Temubual Bersama Orang Sumber
Makluman InfoSebelum berjumpa orang sumber, pastikan calon menyiapkan skrip soalan yang mahu ditanya berkaitan tajuk tugasan bagi memudahkan sesi temuramah tersebut. Sesi temuramah akan menjadi bahan bukti aktiviti mencari maklumat yang dijalankan serta dilampirkan dalam tugasan
Calon boleh sertakan terus maklumat sesi temuramah berbentuk dialog (soal-jawab) atau calon boleh mengolah semula dalam bentuk laporan. (Sila dapatkan penerangan lanjut daripada guru). Sebagai contoh, MYsumber berikan laporan temubual dalam bentuk cetusan idea sahaja

Contoh Penulisan Laporan Tembual Bersama Orang Sumber

Saya telah menemubual Encik / Puan……………………………. . Beliau tinggal di……………………….. . secara kebetulan mempunyai maklumat dengan tugasan yang dijalankan oleh saya iaitu Peristiwa Bersejarah………………………….

Hasil daripada sesi temubual tersebut, beliau telah menceritakan serba sedikit berhubung dengan Perisitwa Bersejarah……………….. yang berlaku di tempat tinggal saya.

Melalui penerangan itu, Peristiwa Bersejarah……………….. berlaku pada…………….berpunca daripada…………………………

Maklumat yang diperolehi daripada Encik / Puan……………….. membantu saya membuat rujukan tambahan dalam menyiapkan laporan bagi tugasan peristiwa bersejarah ini.

 

Senarai Rujukan Berfakta Peristiwa Bersejarah Mengikut Negeri Di Malaysia

Negeri MalaysiaNegeriNegeri MalaysiaNegeri
Negeri Perlis LogoPerlis
Bendera British, Union Jack Diturunkan Di Perlis
Negeri Selangor LogoSelangor
Tragedi Highland Towers Dan Kronologi
Negeri Kedah LogoKedah
Senarai Peristiwa Bersejarah Di Kedah
Negeri Sembilan LogoNegeri Sembilan
Perbalahan Di Sungai Ujong
Negeri Penang LogoPulau Pinang
Pembinaan Jambatan P.Pinang
Negeri Melaka LogoMelaka
Penentangan Orang Melayu Ke Atas Portugis
Negeri Perak LogoPerak
Penjanjian Pangkor
Negeri Johor LogoJohor
Peristiwa Bukit Kepong
WP Kuala Lumpur LogoKuala Lumpur
Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu
Negeri Pahang LogoPahang
Kes Pembunuhan Mona Fandey
WP Putrajaya LogoPutrajaya
Pengisytiharan Putrajaya
Negeri Terengganu LogoTerengganu
Penemuan Batu Bersurat Hulu Terengganu
WP Labuan LogoLabuanNegeri Kelantan LogoKelantan
Peristiwa Banjir Besar
Negeri Sarawak LogoSarawak
Hari Sarawak Merdeka Daripada Penjajah
Negeri Sabah LogoSabah
Pencerobohan Lahad Datu
Pautan akan disertakan sekiranya MYsumber menjumpai maklumat berkaitan di internet. (Sila klik pada nama negeri)
Pautan Info BerkaitanInfo Berkaitan
Sila Klik LinkPanduan Dan Cara Melukis Peta Lakar Tugasan PT3 Geografi 2017
Sila Klik LinkPanduan, Tips Dan Contoh Sepenuhnya Cara Buat Tugasan PT3 Geografi 2017
Butang FacebookButang TwitterButang Google