Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Akibat Wabak COVID-19

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Cabaran besar bagi tahun 2020 apabila seluruh dunia diserang dengan pandemik iaitu kejadian wabak besar-besaran yang dikenali sebagai coronavirus atau COVID-19. Ia bukan sahaja melumpuhkan kesihatan manusia di setiap negara malah menjejaskan ekonomi dunia. Ini kerana negara yang terlibat adalah kuasa-kuasa besar dan pemegang ekonomi utama dunia. Malaysia juga turut terlibat dalam krisis yang dihadapi dunia ini. Justeru kerajaan Malaysia telah merangka beberapa bantuan untuk menangani kesan COVID-19

Antara tindakan awal yang diambil kerajaan adalah dengan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020. Pakej rangsangan ini dirangka berteraskan tiga strategi utama iaitu menangani impak COVID-19, memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat dan menggalakkan pelaburan berkualiti. Langkah yang lebih khusus adalah memperbaiki aliran tunai perniagaan yang terjejas, merangsang penggunaan dan perbelanjaan swasta serta menggiatkan aktiviti pelaburan domestik

Di samping langkah proaktif yang telah diambil kerajaan, sektor swasta juga disaran untuk turut serta menggalas tanggungjawab dan menjalankan peranan untuk membantu memacu semula ekonomi negara. Antara sektor swasta yang telah tampil dalam memberi bantuan termasuklah institusi-institusi perbankan di Malaysia. Beberapa buah bank telah mengumumkan penawaran moratorium bagi pelanggan-pelanggan yang terkesan akibat COVID-19 sama ada individu mahupun pemilikan perniagaan

Selain kerajaan persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri turut bekerjasama dalam membantu menangani kesan COVID-19. Melalui peruntukan kerajaan negeri masing-masing, bantuan termasuklah bayaran kepada pesakit yang positif COVID-19, bantuan kewangan kepada penjaja dan peniaga kecil, pengecualian bayaran sewa kepada premis perniagaan dan pelbagai lagi inisiatif lain. Semuanya adalah untuk membantu mereka yang terkesan akibat COVID-19 sekaligus memulihkan ekonomi negara

Senarai Bantuan Khas COVID-19 Kerajaan Persekutuan & Negeri

Berikut adalah senarai bantuan khas yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan-kerajaan negeri di seluruh Malaysia akibat wabak COVID-19.

Senarai bantuan akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut pengumuman terkini

Bantuan COVID-19 Kerajaan Persekutuan

Berikut adalah senarai bantuan yang diumumkan oleh kerajaan persekutuan bagi menangani kesan COVID-19

1. Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)

Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) telah diawalkan bayaran bagi fasa 2 kepada 16 Mac 2020 berbanding Mei sebanyak RM200

Selain itu, penerima BSH 2020 juga akan mendapat amaun tambahan sebanyak RM100 yang akan dikreditkan ke dalam bank serta RM50 yang akan dibayar secara e-tunai pada Mei 2020

2. Bantuan Khas Covid-19 (RM100 sehari) NADMA

Bayaran sebanyak RM100 sehari diberikan kepada warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan / tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian kerana mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19 atau diri sendiri menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19

Bagi mereka yang tidak bekerja sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ataupun menerima gaji sepanjang tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) disebabkan COVID-19

Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja (one-off payment) dan tidak akan diberikan bagi kes berulang. Permohonan hendaklah dibuat dengan menlengkapkan borang dan dipos ke NADMA

3. Bantuan RM600 sebulan kepada Pekerja Cuti Tanpa Gaji

Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji mulai 1 Mac 2020, perkerja sektor swasta serta pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO dan bergaji RM4,000 ke bawah, layak menerima bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan terhad pada 6 bulan maksimum

Permohonan hendahlah dibuat oleh majikan bagi pihak pekerja secara online atau melalui mana-mana cawangan PERKESO

Majikan juga bertanggungjawab menyalurkan bayaran bulanan RM600 tersebut kepada pekerja yang berkenaan

  • Permohonan Bantuan Kewangan RM600 untuk Pekerja Cuti Tanpa Gaji 

4. Pengurangan Kadar Caruman Minimum KWSP

Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangkan sebanyak 4% daripada 11% kepada 7%

Kadar caruman baharu ini akan berkuatkuasa mulai upah bulan April 2020 (caruman Mei 2020) sehingga upah pekerja bulan Disember 2020 (caruman Januari 2021)

Walau bagaimanapun, bagi pekerja yang ingin mengekalkan caruman pada kadar 11% boleh berbuat demikian dengan melengkapkan Borang KWSP17A (Khas 2020) dan dikemukakan kepada KWSP melalui majikan masing-masing. ke alamat emel VE2020@epf.gov.my

5. Bayaran one-off RM600 kepada Pemandu Teksi, Bas Persiaran, Pemandu Pelancong dan Penarik Beca 

Kerajaan menyediakan insentif tunai secara sekali bayaran berjumlah RM600 pada bulan April 2020 kepada setiap pemandu teksi, bas pelancongan, pemandu pelancong serta penarik beca yang aktif dan berdaftar pada 31 Disember 2019

Insentif ini akan memanfaatkan hampir 29,000 pemandu teksi, 6,000 pemandu bas pelancongan dan 17,000 pemandu pelancong dan penarik beca

6. Elaun Khas Penjawat Awam Terilbat Tangani COVID-19

Penjawat awam yang secara langsung terdedah kepada risiko koronavirus ketika menjalankan tugas akan diberi elaun khas sebanyak RM400 sebulan bagi doktor dan kakitangan perubatan lain

Elaun bulanan RM200 turut diberikan kepada kakitangan lain termasuk pegawai imigresen di pintu masuk yang terlibat secara langsung membendung wabak ini

Elaun dibayar berkuatkuasa mulai 1 Februari 2020 hingga wabak COVID-19 berakhir

7. Bayaran Bantuan JKM diawalkan ke 25 Mac 2020

Pembayaran bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 500,000 penerima yang sepatutnya diberikan pada April dipercepatkan 15 hari lebih awal iaitu bermula 25 Mac 2020

8. Diskaun Bil Elektrik 

Pemberian diskaun sebanyak 15% selama enam bulan daripada bil elektrik secara bulanan bagi agensi pelancongan, syarikat penerbangan, kompleks membeli belah, pusat konvensyen dan pameran (Peruntukkan mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020)

Diskaun caj elektrik sebanyak 2% turut diberikan kepada pengguna dalam sektor komersial, perindustrian dan pertanian serta pengguna domestik bagi tempoh 6 bulan bermula 1 April 2020

9. Penangguhan Bayaran Pinjaman (Loan) Bank akibat COVID-19

Beberapa buah institusi perbankan di Malaysia telah menawarkan moratorium atau penangguhan rasmi sementara bayaran ansuran pinjaman dengan pihak bank sehingga 6 bulan

Pemberian moratorium ini adalah bagi individu mahupun pemilik perniagaan yang terkesan akibat COVID-19 bagi pinjaman pembiayaan peribadi, rumah, kereta, kad kredit, pinjaman SME dan overdraft tertakluk kepada kelulusan bank

Permohonan hendaklah dibuat di mana- mana cawangan bank atau boleh menelefon bank tersebut. Senarai bank yang menawarkan penangguhan pinjaman adalah seperti pautan di bawah

10. Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN akibat COVID-19

PTPTN memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman selama enam bulan kepada semua peminjam secara automatik bermula 19 Mac 2020 hingga 30 September 2020

Potongan gaji atau direct debit turut ditangguhkan tetapi bagi peminjam yang ingin meneruskan potongan gaji/direct debit, permohonan boleh dibuat melalui Portal PTPTN (seperti pautan di bawah) mulai 23 Mac 2020 hingga 15 April 2020

11. Penangguhan Pinjaman MARA (Pelajaran Dan Peniagaan) serta Diskaun Sewaan Premis MARA

MARA memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran selama tiga (3) bulan kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran balik selama tiga bulan

Bagi pembiayaan perniagaan MARA, penagguhan bayaran balik diberikan selama enam (6) bulan dengan syarat tiada tunggakan bayaran lebih daripada dua bulan

Diskaun khas juga diberikan kepada penyewaan semua premis perniagaan MARA sebanyak 30% dengan syarat tiada tunggakan bayaran lebih daripada dua bulan dan perniagaan terlibat dengan penutupan Perintah Kawalan Pergerakan

Peminjam dan usahawan MARA yang menepati syarat ditetapkan dan layak perlu mengemukakan permohonan bagi penjadualan semula bayaran di pejabat MARA berhampiran bermula 1 April 2020

12. Pengeluaran Akaun 2 KWSP RM500 sebulan

Kerajaan telah mengumumkan kemudahan pengeluaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi semua ahli yang berumur 55 tahun ke bawah

Kadar Maksimum pengeluaran adalah RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan

Permohonan boleh dilakukan melalui tiga cara bermula 1 April 2020 seperti pautan panduan di bawah:

13. Pengecualian Yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpanduan

Kerajaan telah mengumumkan pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan seluruh negara bagi tempoh Mac hingga Jun

Pengecualian melibatkan 1,781 buah Tabika Perpaduan (37,855 orang) dan 41 buah Taska Genius Perpaduan (972 orang)

14. Pengecualian Bayaran Sewa PPR

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengumumkan pengecualian bayaran sewa sebulan buat 9,185 pemilik unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR)

PPR yang terlibat adalah PPR Sentul Murni, Rumah Transit Bukit Jalil, PPR Lembah Subang 1, PPR Lembah Subang 2, PPR Kampung Hassan Hulu Selangor, PPR Ladang Siliau Port DIckson, PPR Tok Suboh, PPR Amanjaya, PPR Kota Setar, PPR Sinar Intan 3, PPR Gua Musang dan PPR Kota Bahru

Bantuan COVID-19 Negeri Selangor

Berikut adalah senarai bantuan yang diumumkan oleh kerajaan negeri Selangor bagi menangani kesan COVID-19

1. Insentif RM200  dan Bantuan Makanan

Kerajaan Negeri Selangor meluluskan satu insentif one-off berjumlah RM200 kepada 6,000 petugas yang dikenal pasti terlibat di hospital-hospital seluruh Selangor

Bantuan makanan turut diberikan dan berterusan sehingga 31 Mac 2020. Peruntukan adalah sebanyak RM1.2 juta

2. Bantuan Kepada Penjaja / Peniaga Berlesen

Pengecualian sewa akan diberikan kepada 80,000 penjaja dan peniaga berlesen dalam premis akibat kehilangan punca pendapatan utama

Pemberian khas secara sekali bayaran berjumlah RM500 turut disediakan bagi melancarkan aliran tunai masing-masing

Permohonan untuk pemberian akan dibuka bermla 1 April 2020 hingga 20 April 2020. Penyaluran pemberian khas juga akan dijalankan setelah Perintah Kawalan Pergerakan tamat.

3. Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Skim Hijrah Selangor

Untuk meringankan beban usahawan Skim Hijrah Selangor, penangguhan serta-merta bayaran balik pinjaman sebanyak (3) tiga bulan ansuran kepada kesemua 40,000 peminjam Hijrah

4. Insentif dan Makanan Percuma Mahasiswa 

Pelajar-pelajar Selangor yang menuntut dan terpaksa kekal di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di Sabah dan Sarawak akan menerima bantuan sara diri one-off sebanyak RM200 bagi 2500 pelajar yang terkesan dengan larangan pulang tersebut

Bagi pelajar Selangor di tempat lain khususnya di UNISEL, KUIS dan Kolej INPENS, Program Makanan Percuma akan dijalankan mulai 22 Mac hingga 31 Mac 2020 untuk mahasiswa dan mahasiswi yang terpaksa kekal di kampus

5. Penangguhan Bayaran Skim Smart Sewa

Pentadbiran Selangor telah meluluskan penangguhan bayaran sewa sebanyak (3) tiga bulan ansuran bagi 2,700 penyewa Skim Smart Sewa di Selangor

6. Penggunaan Khas Peruntukan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor

Kerajaan selangor akan memberikan kelonggaran skop peruntukan kepada setiap ADN dengan anggaran RM30,000 kepada semua 56 ADN di seluruh Selangor bagi sebarang aktiviti Mesra Rakyat khusus untuk keperluan harian individu / keluarga yang terkesan

7. Pelanjutan Tempoh Akhir Bayaran Cukai Tanah / Petak

Kelonggaran juga diberikan kepada semua pembayar cukai untuk bagi melewatkan pembayaran cukai tanah / petak selama 1 bulan dari 31 Mei 2020 kepada 30 Jun 2020

8. Bantuan Khas Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Bantuan COVID-19 Negeri Johor

Berikut adalah senarai bantuan yang diumumkan oleh kerajaan negeri Johor bagi menangani kesan COVID-19

1. Bantuan RM1,000 kepada pesakit positif COVID-19

Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan bayaran bantuan secara sekali bayaran ‘one-off’ berjumlah RM1,000 kepada pesakit yang positif COVID-19 dalam negeri Johor

2. Peruntukan RM2,000 kepada waris pesakit COVID-19 yang meninggal dunia

Selain itu, bagi waris pesakit COVID-19 yang telah meninggal dunia akibat COVID-19, bantuan sebanyak RM2,000 akan diberikan

3. Peruntukan RM20,000 kepada ADUN

Peruntukkan secara sekali bayaran ‘one–off’ kepada 56 wakil rakyat (ADUN) berjumlah RM20,000 bagi tujuan menangani COVID-19 di kawasan masing-masing

4. Bantuan segera kepada Asnaf 

Kerajaan negeri Johor melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan memberikan bantuan segera kepada asnaf yang terkesan dengan wabak COVID-19

5. Pengecualian Bayaran Sewa dan Kelonggaran Bayaran Sewa

Kerajaan negeri turut akan memberikan pengecualian bayaran sewa kepada peniaga yang menyewa premis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti kedai dan pasar awam seramai 10,371 penyewa.

Peniaga / Perusahaan Kecil yang meniaga di premis milik kerajaan dibawah kendalian PUJB sebanyak 151 unit akan diberikan kelonggaran pembayaran sewa dan inisiatif yang sepatutnya

6. Pekerja Sambilan Harian 

Bagi Pekerja Sambilan Harian (PSH) atau Kontrak Kerajaan akan dibayar gaji seperti biasa

Bantuan COVID-19 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Berikut adalah senarai bantuan yang diumumkan oleh kerajaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menangani kesan COVID-19

1. Bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Percuma sebulan sewa premis perniagaan DBKL

Pemberian bayaran penuh kepada 500 pekerja harian DBKL

Bantuan COVID-19 Negeri Sarawak

Berikut adalah senarai bantuan yang diumumkan oleh kerajaan negeri Sarawak bagi menangani kesan COVID-19

1. Bantuan Tunai B40 RM250

Kerajaan Negeri Sarawak akan memberi bantuan tunai bulanan sebanyak RM250 selama enam bulan kepada 430,000 rakyat Sarawak dari kategori berpendapatan rendah kumpulan B40

2. Diskaun Bil Elektrik 

Kerajaan Sarawak turut memberikan diskaun 5% hingga 25 % bagi bayaran bil elektrik bermula bulan April sehingga September 2020 untuk pengguna domestik, komersial dan juga industri di seluruh Sarawak

3. Diskaun Bil Air

Selain itu, diskaun sebanyak 10% hingga 25% bagi bayaran bil air juga diberikan kepada pengguna domestik, komersial dan industri di seluruh Sarawak mulai bulan April sehingga September 2020

4. Insentif Khas dan Bantuan Makanan Percuma Petugas ‘frontliner’ di Sarawak 

Insentif khas bulanan sebanyak RM300 selama enam bulan bermula April akan diberikan kepada doktor perubatan, jururawat dan kakitangan perubatan di hospital dan klinik seluruh Sarawak

Selain itu, insentif khas bulanan sebanyak RM200 juga akan diberikan kepada anggota jabatan imigresen, anggota polis, kakitangan bilik operasi negeri, anggota angkatan tentera dan anggota RELA selama enam bulan bermula April

Bantuan makanan percuma kepada semua frontliners semasa Perintah Kawalan Pergerakan Berlangsung

5. Diskaun 50% penjaja di bawah kelolaan PBT

Pemberian diskaun sebanyak 50 peratus turut akan diberikan kepada penyewa ruang niaga dan gerai-gerai atau penjaja di bawah kelolaan pihak berkuasa tempatan (PBT) selama enam bulan sehingga September 2020

6. Pengecualian Yuran Permit dan Lesen Perniagaan

Kerajaan Sarawak juga akan memberi pengecualian ke atas yuran permit dan lesen peniaga serta penjaja pasar malam, tamu dan bazar Ramadhan

7. Diskaun 25% terhadap kadar penilaian tahunan

Pemberian diskaun sebanyak 25 peratus terhadap kadar penilaian tahunan yang melebihi RM400 ke atas perumahan, komersial, industri dan syarikat tujuan khas bagi 2020

8. Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Skim Pinjaman IKS

Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan bagi menangguhkan pembayaran balik pinjaman selama sembilan bulan berkuat kuasa mulai April 2020

9. Pertambahan Skim Kredit Mikro sebanyak RM20 Bilion

Kerajaan Sarawak akan membuat pertambahan skim kredit mikro sebanyak RM20 bilion bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengembangkan dan mengekalkan perniagaan mereka

10. Diskaun 30% Cukai Tanah

Selain itu, kerajaan Sarawak turut memberikan diskaun sebanyak 30% untuk sewa tanah bagi tahun 2020

11. Penangguhan pembayaran premium tanah

Kerajaan negeri Sarawak turut memberikan penangguhan pembayaran terhadap premium tanah bagi tahun 2020

12. Pengecualian Yuran Lesen Hotel 

Dalam masa yang sama, kerajaan negeri Sarawak memberikan pengecualian yuran lesen hotel dan rumah tumpangan /penginapan di seluruh Sarawak untuk tahun 2020

13. Diskaun 50% Skim Perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Negeri 

Bagi pemilik rumah sklim sewa beli yang dikedalikan Perbadanan Pembangunan Perumahan Negeri (HDC), kerajaan memberikan diskaun sebanyak 50 peratus bagi bayaran sewa selama 6 bulan

14. Diskaun 25% terhadap kadar penilaian tahunan

Pemberian diskaun sebanyak 25 peratus terhadap kadar penilaian tahunan yang melebihi RM400 ke atas perumahan, komersial, industri dan syarikat tujuan khas bagi 2020

15. Topeng Muka Percuma bagi Rakyat Sarawak

Kerajaan negeri Sarawak akan memberikan topeng muka (facemask) percuma bagi semua rakyat Sarawak yang berada di Sarawak yang akan dikendalikan oleh Seketriat Pengurusan Bencana Negeri Sarawak

 

Bantuan COVID-19 Negeri Pulau Pinang

Berikut adalah senarai bantuan yang diumumkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi menangani kesan COVID-19

1. Bantuan Peniaga Kecil Terjejas Kawalan COVID-19

Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan dana bantuan berjumlah RM20 juta secara keseluruhan bagi peniaga kecil yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan

Mekanisme atau cara pemberian bantuan ini masih belum dimuktamadkan dan akan dikemaskini setelah diumumkan

 

Bantuan COVID-19 Negeri Perak

Berikut adalah senarai bantuan yang diumumkan oleh kerajaan negeri Perak bagi menangani kesan COVID-19

1. Bantuan Khas RM500 kepada Penjaja dan Peniaga Kecil 

Kerajaan Negeri Perak telah mengumumkan akan memberi bantuan khas sebanyak RM500 seorang secara sekali bayar (one off) kepada lebih kurang 4,000 penjaja dan peniaga kecil berikutan Perintah Kawalan Pergerakan

Babntuan akan diberikan kepada semua penjaja dan peniaga yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak dalam masa terdekat

 

Bantuan COVID-19 Negeri Melaka

Berikut adalah senarai bantuan yang diumumkan oleh kerajaan negeri Melaka bagi menangani kesan COVID-19

1. Penangguhan bayaran 

Kerajaan Negeri Melaka bersetuju bagi menangguhkan bayaran denda lewat cukai tanah , bayaran denda lewat cukai petak dan strata serta bayaran pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM)

Bantuan makanan turut diberikan dan berterusan sehingga 31 Mac 2020. Peruntukan adalah sebanyak RM1.2 juta

2. Pengurangan Bayaran Sewa, dan Bil Air

Selain itu, kerajaan juga bersetuju bagi mengurangkan bayaran sewaan rumah, bayaran bil air (April) dan menangguhkan bayaran bil air bagi bulan ini

3. Bantuan Makanan Tambahan

Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengumumkan bantuan makanan bulanan tambahan sebanyak RM100 kepada 6,640 penerima asnaf fakir, miskin serta muallaf

4. Bantuan Makanan Kecemasan

Bantuan makanan kecemasan untuk mereka yang putus bekalan makanan juga akan diagihkan khusus bagi golongan berpendapatan rendah B40 dengan nilai minimum RM50 bagi golongan asnaf dan maksimum RM100 untuk bukan asnaf

5. Bayaran Setengah Bulan Gaji kepada Sukarelawan Pembersihan

Semua 289 Sukarelawan Pembersihan untuk asnaf fakir, miskin dan muallaf akan mendapat bayaran setengah bulan gaji untuk tempoh 14 hari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjumlah RM260 (setengah bulan Mac)

6. Bantuan Pencegahan dan Rawatan COVID-19 bagi Petugas Barisan Hadapan

MAIM juga akan memberikan Bantuan Pencegahan dan Rawatan COVID-19 bagi petugas barisan hadapan untuk pembelian kipas berdiri, hand sanitizer, Vitamin C serta bekalan makanan bagi petugas barisan hadapan di tiga hospital utama iaitu Hospital Melaka, Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah serta tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu IPD Melaka Tengah, IPD Jasin dan IPD Alor Gajah

7. Pembayaran bantuan diawalkan

Pembayaran awal akan dibuat bagi Bantuan Makanan Bulanan untuk April bermula 20 Mac.. Bantuan Bulanan Bank (BBB) bagi bulan Mac juga telah dikreditkan pada 15 Mac lalu. Bantuan Tunai Bulanan (BTB) bagi bulan Mac kepada orang fakir, miskin dan muallaf akan dikreditkan pada 23 Mac dan 27 Mac

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan