Semakan ASB online baki dan penyata melalui Portal MyASNB

Dikemaskini pada

portal myasnb

Umum mengetahui bahawa Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah suatu bentuk dana unit amanah yang khusus buat kaum bumiputera di Malaysia. Ia dilancarkan pada 2 Januari 1990 sebagai alternatif untuk kaum bumiputera membuat simpanan kewangan. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjana sejumlah pulangan atau keuntungan bagi jangka masa yang panjang dan secara konsisten

Pelaburan yang dilakukan di ASB mempunyai had ditetapkan iaitu sebanyak RM200,000 sahaja. Namun begitu, pulangan atau perolehan modal yang diterima oleh para pelabur tidak dikira sebagai had pelaburan. Dividen akan diterima setiap tahun secara konsisten dan jumlah dividen yang diperoleh oleh pemegang unit adalah berpandukan jumlah minimum bulanan serta modal para pelabur

Arus pemodenan telah mempengaruhi pelbagai aspek di negara kita termasuklah urusan pelaburan. Sekiranya dahulu urusan tambah pelaburan, kemaskini atau keluarkan wang ASB dilakukan secara manual menggunakan buku pelaburan, kini pelabur hanya perlu membawa kad pengenalan sebagai pengesahan identiti diri untuk membuat urusan di kaunter ASNB

Selain itu, pelabur dapat melakukan urusan semakan ASB secara online untuk mengetahui baki, melihat maklumat penyata akaun ASB serta membuat pengeluaran ASB melalui Portal myASNB (Amanah Saham Nasional Berhad ASNB). Namun begitu, pendaftaran perlu dilakukan terlebih dahulu di portal ini bagi pengguna kali pertama. Portal ASNB juga dapat digunakan untuk mengakses unit amanah ASNB yang lain samada harga tetap atau unit amanah harga berubah. Antaranya adalah ASG, ASN3, ASN2, ASN, AS1M, ASD, ASM, ASW2020 dan ASB2

SEMAKAN ASB ONLINE MENGGUNAKAN PORTAL MYASNB UNTUK MENYEMAK BAKI DAN PENYATA

Berikut dikongsikan panduan untuk melengkapkan pendaftaran pengguna di Portal myASNB sebelum dapat menikmati perkhidmatan online yang disediakan. Semoga para pelabur memperoleh manfaat daripada perkongsian ini dan dapat membuat urusan berkaitan ASNB dengan lebih mudah

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN AKAUN
Langkah-langkah untuk membuat pendaftaran akaun adalah seperti berikut:
LANGKAH 1 : KEMASKINI NOMBOR TELEFON DI CAWANGAN / EJEN ASB
Sebelum membuat pendaftaran portal myASNB, sila kemaskini nombor telefon bimbit dan profil di mana-mana Cawangan / Ejen ASNB di seluruh negara.
Nota Sila pastikan tiada sekatan dibuat ke atas nombor 62000 di telefon bimbit atau oleh pembekal rangkaian telekomunikasi telefon bimbit
LANGKAH 2 : LENGKAPKAN PENDAFTARAN DI PORTAL
Buat yang sudah memiliki nombor akaun 12 digit, boleh teruskan dengan mendaftar. Maklumat peribadi seperti nombor telefon perlu dikemaskini ketika berurusan di Cawangan atau ejen ASNB. Berikut dikongsikan langkah-langkah  yang perlu dituruti untuk mula melanggan perkhidmatan ASNB
LAYARI PORTAL RASMI

Portal myASNB

Semakan OnlineCara Daftar di portal
Nombor 1 Seteleh melayari portal, klik  DAFTAR DI SINI. Klik Setuju selepas membaca terma dan syarat
myasnb1
Nombor 2 Isikan maklumat yang diperlukan
myasnb2
Nombor 3 Selepas melengkapkan maklumat tadi, semak nombor telefon dan klik Permintaan TAC. Isikan nombor kod TAC yang dihantar ke telefon bimbit untuk teruskan ke proses seterusnya
myasnb3
Nombor 4 Lengkapkan maklumat seperti ID Pengguna, frasa keselamatan dan soalan keselamatan. Klik Tamat untuk lengkapkan pendaftaran
myasnb4
Nombor 5 Setelah selesai mendaftar, kata laluan sementara akan diberikan. Sila cetak/ simpan/ catat kata laluan sementara berkenaan untuk digunakan semasa log masuk kali pertama
myasnb5
LANGKAH 3 : LOGIN KALI PERTAMA SERTA SEMAK BAKI DAN PENYATA AKAUN
Nombor 1 Di portal, klik Log Masuk
semakmyasnb1
Nombor 2 Isikan/ Masuk ID Pengguna yang telah didaftarkan sebelum ini
semakmyasnb2
Nombor 3 Di ruangan yang disediakan, masukkan kata laluan sementara yang diperoleh sewaktu pendaftaran sebelum ini. Pastikan frasa keselamatan juga betul
semakmyasnb3
Nombor 4 Untuk tujuan keselamatan, kemaskini dan tukar kata laluan sementara kepada kata laluan baru pilihan sendiri. Setelah selesai, log masuk menggunakan kata laluan baru tersebut
semakmyasnb4
Nombor 5 Di halaman utama portal, para pelabur boleh membuat semakan baki, penyata serta melakukan urusan-urusan lain seperti membuat pelaburan tambahan sekiranya mahu
semakmyasnb5
ALTERNATIF PELABURAN
Sebagai alternatif kepada portal myASNB, para pelabur boleh juga membuat pelaburan menerusi:
Nombor 1 30 buah cawangan ASNB di serata Malaysia
Nombor 2 Ejen ASNB sebagai contoh CIMB, Maybank, RHB, BSN, Ambank, Affinbank, Pos Malaysia
Nombor 3 Perbankan internet seperti Maybank2u, CIMBClicks, RHBNow, AffinOnLine
InfoMaklumat Lanjut
Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Semakan ASB online baki dan penyata melalui Portal ini boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi ASNB seperti berikut: 
Telefon : 03-8026 8101
E-mel : myasnb@pnb.com.my
Sila Klik Link Facebook ASNB
Sila Klik LinkLaman Web Rasmi myASNB
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Close