Perkembangan Terkini Politik Malaysia – Pembentukan Kerajaan Baharu

Berita

Berita

Malaysia telah digemparkan lagi dengan berita terkini mengenai politik semasa negara apabila perjumpaan ahli parlimen daripada beberapa parti politik telah berlangsung pada 23 Februari 2020. Difahamkan majlis tersebut dihadiri oleh pemimpin tertinggi tiga parti iaitu presiden PAS, presiden UMNO dan Timbalan Presiden PKR serta beberapa lagi ahli parlimen lain. Mereka telah berkumpul di dalam dewan yang terbentangnya kain rentang berjudul ‘Majlis Makan Malam: Muafakat Ahli Parlimen’

Menurut sumber daripada Berita Harian, sebanyak 130 jumlah kerusi parlimen telah memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad setakat malam tersebut. Jumlah tersebut telah dicapai melalui persetujuan kolektif melibatkan Ahli Parlimen daripada parti BERSATU, UMNO, serpihan PKR, PAS dan AMANAH. Ini menjelaskan kehadiran beramai-ramai ke perjumpaan malam tersebut di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor

Pada 24 Februari 2020, negara telah dikejutkan dengan pengumuman perletakan jawatan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad. Surat perletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1.00 tengah hari. Beliau kemudiannya dijadualkan menghadap YDPA di Istana Negara pada jam 5.00 petang pada hari yang sama. Selang beberapa jam selepas itu, Tun Dr Mahathir turut mengumumkan melepaskan kedudukan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

Parti BERSATU turut mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada sekitar tengah hari tadi. Ianya diumumkan oleh Presiden BERSATU dan telah diputuskan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU pada hari sebelumnya. Sekaligus, semua Ahli Dewan Rakyat daripada BERSATU turut keluar daripada PH. Ianya diikuti seramai 11 Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti dan PH untuk membentuk blok bebas di Dewan Rakyat. Ini bermakna PH telah hilang majoriti bagi membentuk Kerajaan Pusat

Berita Terkini Politik Malaysia – Pembentukan Kerajaan Baru 2020

Susulan pelbagai peristiwa berlaku dalam arena politik negara semenjak semalam, terdapat pelbagai desas-desus mengenai bakal terjadinya perubahan dalam struktur pemerintahan negara. Penganalisis politik turut menjangka bakal berlakunya pertukaran besar-besaran dalam kabinet kerajaan Malaysia.

Ianya bukan sahaja bakal merubah landskap politik kerajaan persekutuan malah beberapa kerajaan negeri lain juga. Berikut dikongsikan isu-isu penting berkaitan berita terkini politik di Malaysia temasuklah pembentukan kerajaan baru sekiranya terjadi serta maklumat lain berkaitan

Kronologi Berita Politik Malaysia

Berikut disediakan secara ringkas kronologi peristiwa isu semasa berita politik yang terjadi di Malaysia:

Tarikh LokasiPeristiwa
23 Februari 2020
23 Feb 2020 (12.46 PM)Sheraton Hotel, PJ4 Pemimpun PKR bermesyuarat secara tertutup dipercayai membincangkan peralihan kuasa Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir Mohamed dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim
23 Feb 2020 (1.33 PM)Hotel di KLKetua Menteri Sarawak dijangka membincangkan suatu perkara penting dengan semua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS)
23 Feb 2020 (3.26 PM)Menara Yayasan SelangorPerdana Menteri juga Pengerusi BERSATU beredar meninggalkan ibu pejabat BERSATU tanpa sebarang temu bual dengan media dan hanya tersenyum.
23 Feb 2020 (10.17 PM)Kediaman Presiden PKRDatuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan terkejut dengan pengkhianatan kerana sudah janji dan sebagainya ketika Majlis Zikir di kediamannya
24 Februari 2020
24 Feb 2020 (10.45 AM)Kediaman Perdana MenteriKepimpinan utama parti PKR, DAP dan AMANAH mengadakan pertemuan tertutup dengan Perdana Menteri
24 Feb 2020 (1.42 PM)Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pertemuan beliau dengan Perdana Menteri berlangsung dengan baik
24 Feb 2020 (1.52 AM)Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri melalui surat perletakan jawatan yang telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada jam 1.30 PM
24 Feb 2020 (1.52 PM)Setengah jam selepas perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai Pengerusi BERSATU menerusi surat yang dihantar ke ibu pejabat parti
24 Feb 2020 (1. 55 PM)Ibu Pejabat PKRMesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dipecat sebagai anggota parti berkuat kuasa serta merta
24 Feb 2020 (2.06 PM)Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan berdasarkan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat khas Ahad lepas. Ini termasuk semua Ahli Dewan Rakyat dari parti Bersatu yang juga dengan itu keluar Pakatan Harapan
24 Feb 2020 (2.58 PM)Sebelas Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti meninggalkan Pakatan Harapan untuk membentuk sebuah blok bebas di Parlimen
24 Feb 2020 (3.08 PM)Istana NegaraDatuk Seri Anwar Ibrahim mengadap Yang di-Pertuan Agong bersama Timbalan Perdana Menteri dan beberapa pemimpin politik lain untuk menyampaikan perkembangan terkini situasi politik tanah air
24 Feb 2020 (3.34 PM)Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) menyatakan akan terus menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri
24 Feb 2020 (4.44 PM)Ibu Pejabat DAPSetiausaha Agung DAP mengesyorkan Tun Dr Mahathir untuk terus kekal memimpin negara sebagai Perdana Menteri ketika mesyuarat DAP. Syor tersebut akan dicadangkan dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang akan diadakan malam ini (24 Februari 2020)
24 Feb 2020 (5.55 PM)Parti Warisan Sabah menyatakan pendirian untuk menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai Menteri Malaysia
24 Feb 2020 (7.18 PM)YDPA terima peletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Namun baginda telah berkenan untuk melantik Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu. Dalam tempoh ini, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik dan kabinet dibentuk
24 Feb 2020 YDPA berkenan membatalkan pelantikan Menteri-Menteri selaras dengan peletakan jawatan YAB Perdana Menteri. Justeru tugas-tugas Anggota Pentadbiran (termasuklah YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik) adalah terhenti pada tarikh yang sama
25 Februari 2020
25 Feb 2020 (2.30 PM)Istana Negara90 Ahli Parlimen secara rawak (tidak mengikut parti) dipanggil mengadap YDPA bermula jam 2.30 petang hari ini. Sesi temu bual (2-3 minit) antara YDPA dan Ahli Parlimen ini bertujuan menentukan sokongan kepada pihak tertentu bagi membentuk kerajaan baharu
26 Februari 2020
26 Feb 2020Istana NegaraBaki 131 Ahli Parlimen akan dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 26 Februari 2020. (Tiada sesiapa bekas menteri atau timbalan menteri akan menyertai sesi ini)
26 Feb 2020Tun Dr. Mahathir memohon maaf atas krisis politik yang berlaku dan menjelaskan sebab perletakan jawwatannya. Beliau mahu wujudkan kerajaan yang tidak berpihak (non partisan) iaitu terdiri daripada individu berbanding parti politik
27 Februari 2020
27 Feb 2020Istana NegaraTun Dr. Mahathir mengadap YDP Agong
27 Feb 2020KedahKerjaaan Negeri Kedah mengumumkan ‘status quo’ dalam kerajaan negeri
27 Feb 2020MelakaKerajaan Melaka turut mengumumkan ‘status quo’ dalam kerajaan negeri
27 Feb 2020JohorJohor mengumumkan kerajaan gabungan baharu
27 Feb 2020Dr Mahathir mengumumkan beliau kembali sebagai Pengerusi BERSATU
27 Feb 2020Akan berlaku persidangan khas Dewan Rakyat untuk memilih Perdana Menteri baharu oleh ahli Parlimen yang mempunyai majoriti dalam Dewan, jika gagal pilihan raya umum akan diadakan
27 Feb 2020Yang di-Pertua Dewan Rakyat memutuskan TIADA Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada hari Isnin, 2 Mac 2020 berikutan tiada pemakluman titah rasmi daripada Sei Paduka Baginda YDPA berhubung proses pemilihan Perdana Menteri
nota:Info telah dikemaskini berdasarkan sumber berita daripada Awani, Bernama dan Berita Harian

Kedudukan #Malaysia2020

Berikut adalah kedudukan #Malaysia2020 berdasarkan Astro Awani

  • 29 Februari 2020 (5 Petang)

Berita

Berita

  • 28 Februari 2020 (10 Malam) 

Berita

Pecahan Kerusi Parlimen Malaysia

Berikut adalah senarai pecahan kerusi parlimen Malaysia hasil daripada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14

Berita

Majoriti Mudah Kerajaan Berkuasa

Berikut pula adalah majoriti mudah bagi bilangan kerusi yang perlu diduduki oleh sebuah pakatan bagi menerajui kerajaan:

Berita

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan