Permohonan PPAM terkini perumahan Penjawat Awam borang online

Kakitangan Awam

Kakitangan Awam

Kerajaan telah melancarkan skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dengan menyediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam yang membabitkan pembinaan unit kediaman mampu milik di Putrajaya pada awalnya dan kini diperluas di seluruh Malaysia

Terdapat pelbagai jenis rumah dan saiz yang ditawarkan bagi skim PPAM ini mengikut projek-projek yang dilaksanakan. Antara jenis rumah yang ditawarkan oleh PPAM adalah apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan banglo.

Inisiatif daripada kerajaan ini telah diwujudkan bagi membantu golongan yang memerlukan terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana agar mampu membeli rumah mampu milik yang terletak di kawasan bandar utama

Skim ini dibangunkan dengan cara menggalakkan pemaju-pemaju swasta untuk membina pembangunan PPAM, seterusnya akan diberikan subsidi oleh pihak kerajaan. Dengan ini, rumah yang dibangunkan adalah rumah yang berkualiti dan dibina di lokasi strategik serta dengan harga berpatutan

Keputusan Dan Permohonan Rumah Penjawat Awam Terkini PPAM

Sebagai makluman, projek PPAM kini dibina di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia yang mempunyai permintaan yang tinggi daripada penjawat awam. Berikut adalah info penting mengenai permohonan PPAM seperti syarat kelayakan, cara permohonan dan semakan status permohonan

Penjawat Awam Yang Layak Memohon PPAM

  1. Kerajaan Persekutuan
  2. Kerajaan Negeri
  3. Pihak Berkuasa Negeri
  4. Pihak Berkuasa Tempatan
  5. Badan Berkanun Persekutuan
  6. Badan Berkanun Negeri

Syarat-syarat Kelayakan Permohonan

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  2. Permohonan boleh dilakukan oleh penjawat awam tidak kira gred jawatan
  3. Penjawat Awam yang telah berpencen dan kontrak layak memohon
  4. Permohonan boleh dilakukan untuk lebih dari satu projek pada suatu masa, tetapi hanya satu permohonan sahaja yang ditawarkan bagi setiap isi rumah (jika berjaya)
  5. Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri atau anak-anak

Maklumat lanjut : Infografik Syarat-Syarat Permohonan PPAM

Cara Buat Permohonan Dan Pendaftaran

  1. Permohonan dan pendaftaran PPAM boleh dilakukan secara dalam talian (Online)
  2. PPAM tidak meletakkan sebarang tarikh tutup untuk pendaftaran (tertakluk kepada pengumuman terkini)

Panduan Permohonan Online PPAM

  • Daftar Akaun Pemohon
  • Setelah berjaya mendaftar akaun dan mendapat kata nama & kata laluan yang dihantar menerusi email, pemohon boleh mengakses sistem aplikasi borang permohonan PPAM secara online untuk mengisi dan melengkapkan maklumat yang diperlukan di pautan berikut
  • SPPAM : Log Masuk Sistem PPAM : https://apps.ppam.gov.my/login
  • Sila gunakan No Kad Pengenalan & kata laluan yang di terima menerusi email untuk mengakses sistem
  • Sekiranya menghadapi sebarang masalah, sila rujuk manual penggunaan seperti berikut:
  • Info-info yang berkaitan, sila layari atau klik pada judul pautan berikut

Infografik Proses Permohonan PPAM adalah seperti berikut

Kakitangan Awam

Semakan Status Permohonan Online PPAM

Sila masukkan No Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan untuk mengakses sistem

Maklumat Tambahan Program PPAM

  • PPAM dibuka kepada kakitangan kerajaan kategori Jusa C dan ke bawah dengan pendapatan bulanan RM10,000 ke bawah. Keutamaan diberikan kepada pendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM10,000.
  • Anak pesara kerajaan dibenarkan memohon PPAM terhad kepada 1 permohonan dengan harga hartanah RM150,000 hingga RM300,000
  • PPAM tidak boleh disewa / ditukar guna ruang kepada taska dan sebagainya, tidak boleh diubah fasad luaran rumah / dicat semula

*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan maklumat rasmi daripada Portal Perumahan Penjawat Awam Malaysia. Sebarang permohonan dan semakan perlulah dibuat terus di laman web portal rasmi berkenaan.

Keterangan Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila rujuk kepada soalan lazim dan pautan yang disediakan di bawah:

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan