Jawapan Contoh Kerja Kursus Tugasan PT3 Geografi 2017 Kajian Peta

Sekolah

Sekolah

Tugasan Ujian Pelbagai Instrumen Geografi bagi tahun 2017 agak mencabar berbanding tahun-tahun sebelumnya berikutan ia memerlukan kreativiti, kemahiran dan teknikal daripada calon terutamanya dalam menghasilkan sebuah peta lakar di kawasan tempat tinggal / sekolah

Hasil daripada penelitian MYsumber terhadap aspek-aspek tugasan yang diberikan, calon perlu berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugasan tersebut di samping mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran berfikir yang kreatif dan tulen berdasarkan kajian terhadap kawasan yang telah di pilih sebagai kajian peta

Sehubungan itu, carian di internet menjadi pilihan sekunder oleh calon bagi mendapatkan maklumat. MYsumber ingin mengingatkan, sila gunakan maklumat yang didapati di internet sebagai panduan sahaja dan sekiranya mengambil fakta-fakta sebenar, foto, gambar, jadual / graf / carta pai ataupun sebagainya untuk menjelaskan lagi hasil dapatan tentang kawasan kajian, sila nyatakan sumber maklumat / bahan tersebut

Calon diingatkan memastikan ketulenan hasil tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) sepenuhnya daripada mana-mana pihak, dalam erti kata lain penghasilan tugasan kajian yang lengkap adalah usaha calon sendiri

Tips Panduan Jawapan/ Contoh Kerja Kursus/ Tugasan PT3 Geografi 2017 Kajian Peta

MYsumber akan membantu calon-calon PT3 2017 dengan memberikan tips dan panduan sebagai cetusan idea serta maklumat tambahan dalam melaksanakan tugasan merangkumi aspek-aspek (perkara) utama kajian seperti di bawah

Soalan Tugasan PT3 Geografi 2017
Calon dikehendaki menjalankan kajian dan menghasilkan peta lakar di kawasan sekitar tempat tinggal / sekolah anda. Peta lakar merupakan peta yang dilukis berasaskan peta topografi. Peta lakar yang dilukis mestilah menunjukkan ciri-ciri geografi iaitu pandang darat fizikal dan pandang darat budaya
Kajian peta tersebut haruslah merangkumi perkara berikut
1. Latar belakang ciri fizikal dan budaya kawasan kajian
2. Melukis dan mentafsir peta lakar di kawasan kajian
3. Lorekkan kawasan yang berpotensi dimajukan dan menghuraikan potensi tersebut
4. Menghuraikan halangan untuk memajukan kawasan berlorek
5. Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi halangan yang terdapat di kawasan berlorek
6. Membentangkan laporan hasil kajian tersebut

PERMULAAN / PERINGKAT AWAL

Perancangan
Calon perlu menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan. Perancangan terdiri daripada
i. Jadual Kerja
ii. Objektif kajian
iii. Penentuan Kaedah Kajian
Proses Awal
Bagi proses awal, calon perlu mengumpul maklumat yang tepat dengan sebaik mungkin mengikut tugasan kajian yang telah ditentukan. Maklumat itu dari sumber rujukan primer, sekunder ataupun pihak ketiga (pihak ketiga – contoh individu yang ditemubual)
Proses awal berkaitan tugasan kajian peta terdiri daripada
a) Potensi
b) Halangan
c) Cadangan
d) Draf Peta Lakar
e) Temubual, Pemerhatian, rujukan
Proses Akhir
Melaksanakan setiap perkara tugasan kajian peta seperti yang dinyatakan (rujuk kepada soalan / tugasan diatas)
Pemilihan / Penentuan Kawasan Kajian
Berdasarkan kehendak tugasan, kawasan kajian adalah di tempat tinggal ataupun sekolah. Bagi memudahkan calon melaksanakan tugasan, sila pilih kawasan yang diketahui oleh calon kerana ia dapat membantu calon terutamanya dalam melukis dan mentafsir peta lakar sebab ciri-ciri geografi yang ada di kawasan tersebut calon sudah tahu
Menentukan Tajuk Kajian
Penentuan tajuk kajian yang menepati kehendak tugasan selaras dengan aspek / isi kandungan / maklumat kajian peta. Perkara utama perlu ada dalam tajuk kajian adalah nama kawasan tersebut. Untuk lebih kreatif lagi adalah mengabungkan nama kawasan kajian dengan maklumat keseluruhan hasil dapatan tentang aspek / perkara tugasan yang diberikan seperti di atas
Sila dapatkan maklumat lanjut dengan guru tentang tajuk kajian sebagaimana yang boleh diterima

Tajuk Kajian Dan Butiran Calon
(Sebagai contoh sahaja)

KAJIAN PETA DI TAIPING, PERAK BERPOTENSI MENJADI BANDAR BERSEJARAH DAN PELANCONGAN

Kajian Oleh : _______________

Tingkatan : _______________

No. Kad Pengenalan :____________

Angka Giliran :_______________

Senarai Kandungan
Senarai kandungan perlu dibuat untuk memudahkan semakan terhadap setiap perkara berkaitan tugasan kajian. Contoh seperti berikut
BilIsi KandunganMuka Surat
1.Penghargaan 1.
2.Pendahuluan / Pengenalan2.
3.Objektif Kajian3.
4.Kawasan Kajian4.
5.Kaedah Kajian

i. Kaedah Pemerhatian
ii. Kaedah Temubual
iii. Kaedah Rujukan

5.
6.Dapatan Kajian (hasil keseluruhan kajian)6.
7.Rumusan7.
8.Lampiran8.
9.Rujukan9.
Penghargaan
Secara dasarnya, sesebuah tugasan yang telah siap sepenuhnya perlu ada penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada individu, pihak yang terlibat dalam membantu memberikan input yang diperlukan terhadap tugasan yang dijalankan. Contoh penulisan penghargaan adalah seperti berikut

Saya, Alif Akasyah Bin Abdul Hamid, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua, Puan Siti Muslimah Binti Osman yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru Geografi saya, Puan Zubaidah Binti Ishak, yang telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sehingga kajian ini dapat diselesaikan dengan jayanya.

Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan peruntukkan perbelanjaan serta dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada responden yang telah memberikan kerjasama juga rakan sekelas saya iaitu Aishah, Farah dan Zaidi yang telah bersama-sama menjalankan kajian ini.

Tanpa sokongan semua pihak yang terlibat memungkinkan saya menyiapkan kajian seperti ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan tugasan ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Pendahuluan / Pengenalan
Pendahuluan ataupun pengenalan adalah menyatakan terlebih dahulu tentang kawasan kajian, merangkumi tajuk, sebab-sebab pemilihan kawasan kajian dan latar belakang ciri fizikal dan budaya yang ada di kawasan kajian dengan secara ringkas. Contoh penulisan adalah seperti berikut

Saya telah memilih tajuk Kajian Peta Di Taiping Perak, Berpotensi Menjadi Bandar Bersejarah Dan Pelancongan sebagai tajuk kajian.

Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian adalah seperti berikut:

i. Kawasan ini terdapat tempat-tempat bersejarah dan khazanah alam semulajadi. Ia perlu dilindungi, dibangunkan serta dinaiktaraf sebagai bandar bersejarah dan pelancongan serta perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

ii. Terdapat ciri budaya iaitu bangunan dan tempat bersejarah di Taiping seperti stesen kereta api, Bandar Taiping yang terdapat bangunan serta rumah kedai yang terbina hasil daripada seni bina pengaruh Inggeris dan Muzium Perak, Saya bimbang sekiranya ciri budaya yang ada diruntuh dan dibangunkan dengan pembangunan lain, maka akan hilang khazanah pelancongan di Taiping.

iii. Terdapat ciri fizikal iaitu Bukit Larut atau Maxwell Hill merupakan peranginan tanah tinggi yang telah lama terkenal di Malaysia. Ia dibangunkan oleh penjajah British yang menduduki Perak sebelum kemerdekaan Tanah Melayu juga Lake Garden atau Taman Tasik Taiping yang merupakan sebuah taman tasik semulajadi dan dahulunya tasik ini merupakan tapak pelombongan biji timah.

 

Objektif Kajian
Objektif kajian adalah sesuatu input yang mahu diperolehi mengikut tugasan kajian yang diberikan. Objektif kajian juga merupakan perkara yang penting dalam suatu bentuk kajian. Contoh huraian objektif kajian adalah seperti berikut

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut:

a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang ciri fizikal dan budaya yang ada di kawasan kajian

b) Membuat / melukis sebuah peta lakar berasaskan peta topografi dengan lengkap serta mentafsir peta lakar di kawasan kajian

c) Mendapatkan maklumat berdasarkan lorekkan kawasan yang berpontensi dimajukan seterusnya menghuraikan faktor-faktor berkaitan dengan potensi tersebut

d) Mendapatkan maklumat bagi menghuraikan punca dan faktor yang menjadi halangan untuk memajukan kawasan berlorek dalam kajian peta

e) Bagi mencadangkan usaha-usaha dan langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi halangan yang terdapat di kawasan berlorek dalam kajian peta

 

Kaedah Kajian
Kaedah Kajian merupakan satu usaha yang dilakukan samada secara individu atau berkumpulan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan yang ingin di kaji
Jumlah Kaedah Kajian yang perlu disertakan adalah bergantung kepada apakah kaedah kajian yang telah digunakan / dijalankan bagi menyiapkan sepenuhnya tugasan / kajian calon. Contoh seperti berikut

Terdapat empat (4) kaedah kajian telah dijalankan dan membantu saya bagi memastikan tugasan kajian peta di kawasan kajian iaitu……….dapat disiapkan dengan sempurna dan bersistematik berdasarkan fakta mahupun maklumat yang tepat

1) Kaedah Pemerhatian Dan Tinjauan

Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan di kawasan…………..bagi mengenalpasti ciri-ciri geografi iaitu ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan kajian. Maklumat yang diperoleh itu membantu saya untuk melukis peta lakar dan menetapkan simbol yang betul / tepat sebagai petunjuk dalam peta lakar

2) Kaedah Temubual Dan Borang Soal Selidik

Melalui kaedah temubual bersertakan borang soal selidik yang diedarkan kepada penduduk setempat, saya dapat mengumpul maklumat berhubung dengan beberapa perkara seperti berikut:

i. Menghuraikan kawasan yang berpotensi untuk dimajukan
ii. Mengenalpasti halangan dan  konflik yang memungkinkan untuk memajukan kawasan kajian
iii. Memberikan cadangan dan saranan tentang usaha-usaha juga tindakan yang perlu dilakukan bagi mengatasi halangan dalam memajukan kawasan kajian

3) Internet

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. Internet adalah satu gerbang limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Melalui laman sesawang berautoriti yang telah dilayari iaitu Portal Rasmi……………….., saya turut dapat memuat-turun bahan berkaitan kajian / tugasan ini untuk dijadikan rujukan tambahan.

4) Bimbingan Guru

Tanpa bimbingan guru, sudah tentu saya tidak akan berjaya melaksanakan tugasan kajian yang telah diberikan. Oleh itu, saya mendapat bimbingan dari guru iaitu Tuan / Puan……………………….

DAPATAN KAJIAN

1. Latar Belakang Ciri Fizikal Dan Budaya Kawasan Kajian
Definisi latar belakang adalah dasar atau asas kepada sesuatu perkara. Latar belakang yang baik harus disusun dengan sejelas mungkin dan bila perlu disertai dengan data atau fakta yang mendukung
Ciri Fizikal
Ciri semulajadi dan bukan buatan manusia seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuhan semulajadi
Ciri Budaya
Ciri yang terhasil daripada aktiviti manusia atau buatan manusia seperti pertanian, perlombongan, perindustrian, petempatan, pengangkutan dan perhubungan
Sudah tahu maksud latar belakang, ciri fizikal dan budaya?. Calon boleh membuat penulisan bagi perkara berkaitan berdasarkan kawasan kajian yang telah di pilih sebagai kajian peta. Contoh penulisan seperti berikut

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah, Saujana Impian di Kajang , Selangor. Kawasan ini di bawah pentadbiran MPKJ. Dimajukan oleh Syarikat Negara Properties SDN BHD.

Kawasan ini terletak di tengah-tengah kawasan yang begitu pesat dengan pembangunan.

Pandang darat dari ciri budaya ialah kedai-kedai, taman perumahan, sekolah dan banyak lagi. Kawasan ini berada di kawasan tanah pamah dan beralun dari pandang darat ciri fizikal.

Asal tapak perumahan ini adalah ladang getah yang dikenali sebagai Breamer Estate. Kini, Saujana Impian telah menjadi taman perumahan yang moden dan lengkap dengan kemudahan infrastruktur.

2. Melukis Dan Mentafsir Peta Lakar Di Kawasan Kajian
sila klikPanduan Melukis Peta Lakar
Langkah-Langkah Mentafsir Peta Lakar adalah seperti berikut
1. Tajuk Peta
2. Petunjuk Mata Angin
3. Petunjuk Peta
4. Skala Peta (boleh dimasukkan sekiranya perlu)
5. Kenalpasti ciri fizikal dan ciri budaya
6. Saling kaitan antara ciri fizikal dan ciri budaya
Infografik Panduan Mentafsir Peta Lakar
Sekolah
Sekolah
Sekolah
Sekolah
 Sekolah
Sekolah
Sekolah
Contoh penulisan mentafsir peta lakar seperti berikut
Sekolah

 

3. Lorekkan Kawasan Yang Berpotensi Dimajukan Dan Menghuraikan Potensi Tersebut
Calon perlu melorekkan kawasan yang pada pandangan calon berpotensi untuk dimajukan dalam peta lakar yang telah dibuat. Jumlah kawasan yang perlu dilorekkan adalah bergantung kepada potensi kawasan dalam kajian peta tersebut untuk dimajukan. Seterusnya menghuraikan potensi terhadap kawasan tersebut. MYsumber memberikan contoh seperti berikut
Sekolah
Dalam contoh peta diatas, MYsumber memilih untuk lorekkan kawasan Paya dan Sawah Padi. Seterusnya perlu menghuraikan potensi untuk memajukan kawasan berkenaan. Contoh huraian seperti berikut

Kawasan Paya (Perikanan)

Saya telah mengenal pasti lebih 400 hektar kawasan paya terbiar di kawasan….. yang berpotensi untuk dimajukan sebagai pusat penternakan ikan.

Kawasan paya itu jika dimajukan secara terancang dengan mengunakan kaedah moden, ia mampu memberi pulangan hasil yang lumayan kepada pengusahanya.

Ikan ternakan paya kini mempunyai pasaran baik di dalam dan luar negara, malah ada kalanya bekalan ikan tidak dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan.

Kawasan Sawah Padi (Pertanian)

Kawasan tanaman padi seluas 2,592 hektar di kawasan….. berpotensi untuk dimajukan sebagai hab pengeluaran padi di negeri…..

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensi di bawahnya perlu merancang pelbagai program dalam usaha memajukan sektor pertanian di kawasan berkenaan kerana hasil pengeluaran padi di kawasan ini mampu ditingkatkan.

Selain itu, pelbagai insentif dan bantuan perlu disediakan kepada petani dalam usaha memastikan sektor pertanian di kawasan ini selari dengan teknologi semasa supaya hasil padi yang diperoleh lebih tinggi.

Saya yakin dengan meningkatkan produktiviti petani ia secara tidak langsung akan meningkatkan hasil pertanian dan memberikan pulangan hasil yang lebih kepada petani sendiri.

 

Contoh Lain
Sektor-sektor seperti di bawah mungkin berkait dengan kawasan yang berpotensi dimajukan di Kawasan Berlorek mengikut pilihan calon dalam peta lakar. MYsumber memberikan secara ringkas dan calon perlu menghuraikan dengan lebih jelas
Sektor(Point) Untuk Huraian Potensi
Perindustrian
Membina kilang / tapak perusahaan
Meningkatkan Pendapatan Negara
Membuka Peluang Pekerjaan
Meningkatkan Imej Negara
Meningkatkan Pendapatan Kerajaan Melalui Cukai Pendapatan Dan Cukai Barangan Eksport dan Import
(Contoh permulaan huraian) – Malaysia adalah negara yang sedang membangun dan maju menjelang tahun 2020. Sektor perindustrian merupakan penjana utama perkembangan ekonomi negara pada masa kini. Dengan menjadi negara yang maju dalam sektor perindustrian, imej negara pasti lebih cemerlang di mata dunia. Oleh kerana terdapat beberapa kebaikan sektor perindustrian kepada negara, saya berpendapat kawasan ini berpotensi untuk dimajukan dengan sektor perindustrian.
Pelancongan
Membina hotel dan resort
Menaikkan kawasan sebagai destinasi pelancongan utama dari dalam dan luar negara
Meningkatkan peluang pekerjaan
Meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat tempatan
Penyumbang kepada ekonomi negara
(Contoh permulaan huraian) – Faktor fizikal dan bentuk muka bumi di kawasan ini mempengaruh kepada aktiviti pelancongan kerana terdapat hutan lipur, pantai dan tanah tinggi. Oleh itu kawasan ini boleh dimajukan dengan membina hotel dan resort untuk aktiviti pelancongan
4. Menghuraikan Halangan Untuk Memajukan Kawasan Berlorek
Untuk perkara ini, calon perlu menjelaskan tentang faktor / sebab / punca yang menjadi halangan untuk memajukan kawasan berlorek mengikut dengan kawasan kajian peta. MYsumber memberikan contoh secara umum berdasarkan point dan ringkas. Calon perlu menghuraikan dengan lebih jelas
Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar seperti Pencemaran air, udara, bunyi, banjir kilat / kemusnahan hutan
Bantahan Penduduk 
Penduduk mahu kawasan ini dikekalkan kerana pembangunan akan merosakkan ekosistem dan perubahan landskap fizikal sedia ada
Kemusnahan Hutan 
Kepupusan flora dan fauna / kemusnahan habitat flora dan fauna
Bencana Alam 
Bencana alam dikhuatiri berlaku sekiranya aktiviti / kegiatan untuk memajukan kawasan berlorek dijalankan secara tidak terancang, kesannya seperti tanah runtuh
Kekurangan Tenaga Kerja
Faktor Keselamatan
Kekurangan Modal
5. Cadangan Usaha-Usaha Untuk Mengatasi Halangan Yang Terdapat Di Kawasan Berlorek
Bagi perkara ini, ia memerlukan calon mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran berfikir untuk mencadangkan usaha / tindakan mengatasi halangan yang terdapat di kawasan berlorek pilihan calon. Cadangan tersebut hendaklah saling berkaitan dan bertindak balas dengan perkara halangan di no (4.) di atas. MYsumber memberikan contoh secara umum seperti berikut
a. Menangani Kejadian Tanah Runtuh
Langkah yang boleh dilakukan ialah menanam semula pokok-pokok besar atau tanaman tutup bumi di kawasan cerun bukit terutamanya di kawasan yang sedang dibangunkan. Ini kerana pokok merupakan agen penting untuk mencengkam tanah secara semulajadi sekali gus struktur tanah menjadi kuat.
b. Menjalankan Kempen Kesedaran Awam
Kempen Kesedaran Awam (KKA) merupakan kaedah penerangan yang terancang untuk menyampaikan sesuatu mesej yang berkepentingan awam kepada masyarakat. Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat dengan menerangkan mengenai kepentingan kemajuan terhadap kawasan yang berpotensi dimajukan bahawa ia akan memberi tindak balas yang positif terhadap kesan pengganda rantaian ekonomi seperti Pertanian, Pengangkutan, Telekomunikasi dan Perkhidmatan Kewangan dan lain-lain yang berkait secara langsung dengan industri pembuatan yang dibangunkan di kawasan ini.
c. Mengenalpasti Punca-Punca Masalah Pencemaran Alam Sekitar
Punca utama masalah Pencemaran Alam Sekitar adalah rekaan manusia antaranya industri-industri dan kegiatan-kegiatan perusahaan. Oleh itu, pihak yang terbabit perlu rasional bagi mengenalpasti punca-punca penyumbang kepada pencemaran alam sekitar, sekali gus dapat menangani masalah pencemaran daripada berlaku di kawasan yang dimajukan.
d. Membawa Masuk Pekerja Asing
Membawa masuk pekerja dari negara luar mengisi pekerjaan di kawasan dimajukan dengan sektor perladangan dan pertanian adalah langkah positif kerana sektor pekerjaan ini tidak diminati penduduk tempatan sekali gus dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja. Sebagai contoh, Felda Global Ventures (FGV) turut mengupah pekerja dari Indonesia untuk bekerja di ladang sawit di seluruh negara.
Info Berkaitan
Sila Klik LinkContoh Cara Buat Borang Temubual Tugasan PT3 Geografi 2017
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan