Tarikh Hari Raya Puasa 2023 Aidilfitri di Malaysia

Berita

Berita

Seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Idul Fitri pada tarikh 22 April 2023, Hari Sabtu bersamaan 1 Syawal 1444 Hijrah demikian merujuk kepada tarikh-tarikh penting dalam Islam tahun 2023M – 1444H bagi negara ini

Keputusan bagi menetapkan Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah adalah berdasarkan kedudukan bulan yang memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) dan menurut hitungan falak, ijtimak (bulan baharu) Syawal

Tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri 2023 Di Malaysia

Tarikh rasmi penetapan Hari Raya Puasa / Aidilfitri 2023 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen sekitar jam 8 malam pada Khamis, 20 April 2023 bersamaan malam 29 Ramadhan 1444H

Rujukan Tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri 2023 Di Malaysia

Berdasarkan rujukan terhadap senarai tarikh penting dalam Islam yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti di bawah, 1 Syawal 1444 Hijrah adalah bersamaan dengan tarikh yang akan dikemaskini di bawah

Untuk maklumat kemaskini terkini, sila rujuk atau klik kepada judul pautan berikut:

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2023/ 1444-1445H Malaysia 

Tarikh Hijri (1444)Tarikh Miladi (2023)Hari Perayaan/ Kebesaran Islam
27 Rejab18 FebruariIsrak dan Mikraj
1 Ramadhan*23 MacAwal Ramadhan / Berpuasa
17 Ramadhan8 AprilNuzul Al-Quran
1 Syawal*22 April Hari Raya Puasa / AidilFitri
1 Zulhijjah20 JunAwal Zulhijjah
10 Zulhijjah*29 JunHari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 144519 JulaiAwal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 144528 SeptemberMaulidur Rasul

Related : penetapan tarikh, hari raya aidilfitri 2022, kalendar islam, melihat anak bulan, bulan ramadan, hari raya haji, bulan syawal,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan