Rayuan Haji 2024/1445H Muat turun borang rayuan mengerjakan haji

Agama

Agama

Pasti ramai menunggu dan tertanya bagaiman rayuan haji untuk tahun ini. Menunaikan haji adalah rukun Islam yang kelima yang perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam yang berkemampuan. Beruntungnya menjadi rakyat Malaysia, urusan ibadah haji telah dikawal selia oleh satu badan yang telah dilantik kerajaan bagi memudahkan rakyat Malaysia iaitu Tabung Haji. Tabung Haji bertanggungjawab dalam menguruskan simpanan haji bagi rakyat Malaysia termasuklah mengatur giliran jemaah haji serta perjalanan haji. Syabas buat mereka yang telah mendapat panggilan haji, namun bagi mereka yang masih belum dipanggil, borang rayuan mengerjakan haji telah pun dikeluarkan pihak Tabung Haji bagi mempertingkatkan proses rayuan haji

Seperti sedia maklum, Tabung Haji akan mengatur giliran jemaah haji berdasarkan mereka yang telah mendaftar haji terlebih dahulu khusus bagi pakej muassasah atau mereka yang pertama kali menunaikan haji. Ini bermakna, sesiapa yang telah mendaftar haji dan simpanan yang telah mencukupi bagi pakej muassasah akan dipanggil mengikut giliran paling awal mendaftar haji dan seterusnya. Namun begitu, tidak perlu risau bagi mereka yang telah terlalu tua, isteri atau suami mendapat panggilan haji, dan sebagainya masih boleh membuat rayuan dan perlu mengisi borang rayuan bagi mengerjakan haji secara online

Rakyat Malaysia juga boleh menunaikan haji berdasarkan kuota yang telah dipersetujui oleh Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kuota haji bagi setiap negara adalah pada kadar 0.1% daripada jumlah penduduk negara tersebut. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kuota rasmi Haji untuk Malaysia bagi tahun 2023 telah meningkat sebanyak 31,600 orang berbanding 14,306 jemaah pada tahun lepas, 1443 Hijrah (2022). Kuota jemaah yang berpeluang untuk menunaikan haji bagi tahun ini telah dikemaskini seperti dinyatakan.

Makluman rasmi daripada Tabung Haji menyatakan bantuan haji atau subsidi masih diteruskan bagi Musim Haji 1445H (2024M). Maka bakal jemaah Haji Muassasah kali pertama serta mereka yang lulus dalam permohonan rayuan haji hanya perlu membayar amaun yang telah diberikan subsidi oleh kerajaan seperti tahun-tahun sebelum ini. Permohonan rayuan kali ini juga telah memberi ruang kepada yang merayu dan sekiranya terpilih, untuk secara sukarela bersetuju atau tidak bagi membayar penuh kos tunai haji secara Muassasah

Permohonan Rayuan HAJI 1445 H / 2024 M Cara Download Borang Rayuan

Lembaga Tabung Haji juga akan menanggung kos bayaran visa 300 Riyal Saudi (SAR) atau RM326 yang perlu dibayar oleh 31,600 jemaah haji setelah kerajaan Arab Saudi memperkenalkan caj tersebut mulai musim Haji 1441H/2020M

Berikut dikongksikan maklumat penting mengenai cara membuat permohonan rayuan haji bagi tahun 1445H / 2024M termasuklah muat turun borang rayuan mengerjakan haji dan info lain berkaitan rayuan haji bagi jemaah.

Siapa Yang Boleh Membuat Rayuan Haji?

Secara amnya, semua yang telah mendaftar haji boleh membuat permohonan rayuan, tetapi keutamaan akan diberikan kepada:

  • Rayuan Mahram
  • Lanjut Usia / Pembantu Lanjut Usia
  • Jemaah yang telah terpilih pada tahun sebelum ini tetapi terpaksa tangguh pemergian haji
  • Jemaah yang giliran mereka menunaikan haji pada tahun berikutnya iaitu 1446H / 2025M

Tarikh Rayuan Haji 1445H/2024M

Bagi tahun ini, berikut adalah tarikh rayuan:

  • Dibuka : 26 Januari 2024 (Jumaat)
  • Ditutup :

Nota: Tempoh Proses Rayuan Haji adalah seperti dinyatakan di atas

Cara Mohon Rayuan Haji 1445H/2024M

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan rayuan haji bagi tahun 1445H/2024M.

  1. Layari Aplikasi atau Portal THiJARI
  2. Log masuk atau daftar akaun sekiranya belum mendaftar akaun THiJari
  3. Setelah log masuk, pilih dan klik menu Perkhidmatan Haji
  4. Klik pilihan Rayuan Haji
  5. Kemudian pilih Permohonan Rayuan Haji dan klik butang Berikutnya
  6. Baca dan fahami garis panduan pengurusan rayuan menunaikan fardu Haji dan klik Saya Faham
  7. Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji dan Nombor Kad Pengenalan pemohon
  8. Fahami soalan yang diberikan dan pilih Ya atau Tidak, kemudian tandakan Akad (Perakuan Istito’ah) dan klik Hantar
  9. Klik hantar bagi mengemukan rayuan
  10. Permohonan selesai, muat turun Surat Akuan Terima Rayuan Bakal Haji sebagai rekod simpanan.

Permohonan rayuan mengerjakan haji melalui aplikasi THiJARI adalah seperti video tutorial yang disediakan oleh pihak Tabung Haji:-

Tutorial Proses Rayuan Haji Menggunakan Aplikasi THiJARI 

Baca Juga:Semakan daftar haji 2024 check baki & penyata melalui THIJARI

Nota: Seperti tahun-tahun sebelum ini, Tabung Haji telah pun memberi pilihan kepada jemaah haji Muassasah untuk membayar penuh kos haji. Sekiranya mereka tidak memilih untuk membayar penuh maka bayaran haji kekal pada kadar yang diberi subsidi

Kos menunaikan haji bagi tahun semasa adalah seperti berikut di mana perincian terkini akan dikongsikan selepas diumumkan secara rasmi oleh pihak TH :-

Bayaran Dan Kos Haji 1445H/2024M

Berikut adalah bayaran haji dan kos haji bagi tahun 1445H/2024M.

  1. Warganegara Kali Pertama Tunai Haji : RM12,356 (B40), RM19,152 (M40), RM33,300 (T20)
    • Tanggungan kos TH adalah sebanyak : RM20,944 (B40) & RM14,148 (M40)
    • Bayaran Visa Haji turut ditanggung oleh TH
  2. Warganegara Telah Tunai Haji : RM33,300
    • Tiada tanggungan kos daripada TH
    • Tiada lagi bayaran caj jemaah haji berulang

Pengeluaran KWSP Bagi Tujuan Haji

Bagi bakal jemaah haji yang telah terpilih pada tahun semasa, mereka layak membuat pengeluaran wang di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).  Namun jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah berdasarkan baki simpanan dalam Akaun TH untuk tujuan mencukupkan Bayaran Haji (Muassasah). Had maksima pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP adalah sebanyak RM3,000 sahaja serta tertakluk pada syarat-syarat berikut:-

  1. Ahli KWSP
  2. Berumur tidak lebih 55 tahun
  3. Mengemukakan surat tawaran haji ke pejabat KWSP
  4. Mengemukakan Penyata Simpanan TH ke pejabat KWSP

Panduan Lanjut: Cara Pendaftaran Haji Menerusi KWSP

Jadual Penerbangan haji 1445H/2024M

Jadual penerbangan haji bagi tahun semasa akan dikeluarkan pihak Tabung Haji:

jadual-penerbangan-haji

*Penafian: Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan maklumat rasmi daripada Portal Tabung Haji. Sebarang permohonan dan semakan perlulah dibuat terus di laman web portal rasmi berkenaan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai rayuan haji boleh rujuk soalan lazim di bawah atau menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) di +603-62071919

Kunjungi Cawangan / Urban Tranformation Centre (UTC) Tabung Haji yang berdekatan

Untuk pertanyaan langsung, boleh juga melayari Facebook rasmi (Tabung Haji) di pautan berikut

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan