Saps ibu bapa 2024 semakan keputusan peperiksaan pelajar online

Pendidikan

Pendidikan

Dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan sebuah sistem yang dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem semakan ini diwujudkan untuk KPM bagi mengumpul, menyimpan serta menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Justeru kini ibu bapa boleh terus membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah terkini pelajar untuk sekolah rendah dan sekolah menengah secara atas talian (online)

Antara objektif sistem ini dibina adalah bagi mengurangkan masalah permintaan data peperiksaan sekolah daripada pihak ibu bapa /penjaga. Dalam masa yang sama, SAPS juga dapat dijadikan sebagai penunjuk aras kepada pihak yang berkenaan melalui analisis TOV ( Take Of Value ), ETR ( Expected Target Result ) dan AR ( Actual Result ) yang lebih mudah diakses dan dilihat secara dalam sistem

Dengan adanya sistem SAPS ini, guru kelas dan guru mata pelajaran mempunyai peranan penting dengan mengakses sistem SAPS untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi setiap kelas di bawah seliaannya.

Proses memasukan data seperti markah peperiksaan dalaman pelajar adalah mengikut takwim kemasukan markah yang telah disediakan oleh pihak KPM untuk tindakan guru. Ketersediaan kemasukan markah / keputusan peperiksaan terkini dalam SAPS turut bergantung kepada masa yang diambil oleh guru kelas dan guru mata pelajaran sama ada lambat atau cepat

Cara Login SAPS NKRA Semakan Keputusan Peperiksaan Terkini Pelajar / Anak / Jagaan

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), turut boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga

Ini adalah kerana ibubapa atau penjaga dapat mengetahui, memantau perkembangan prestasi pembelajaran anak / jagaan mereka selain boleh memuat turun (download) slip keputusan peperiksaan secara atas talian (online) seperti peperiksaan pertengahan tahun dan lain-lain peperiksaan melalui portal Semakan Ibu Bapa di Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tersebut

Dengan berpandukan slip keputusan peperiksaan (analisis markah), ibubapa dan juga pelajar boleh mendapatkan maklumat seperti berikut: (untuk menyemak)

  1. Bilangan mata pelajaran daftar
  2. Jumlah markah
  3. Kedudukan dalam kelas / darjah
  4. Kehadiran (jumlah hari)
  5. Peratus gred purata dan keputusan pencapaian gred keseluruhan mata pelajaran

Ibubapa atau penjaga mahupun pelajar sendiri hanya perlu mengikuti beberapa langkah-langkah mudah untuk membuat semakan keputusan ujian / peperiksaan secara atas talian (online) melalui maklumat penjelasan seperti berikut

Untuk melayari sistem SAPS https sapsnkra.moe.gov.my, anda perlu login. Klik pautan laman web berikut :-

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (Login SAPS IBU BAPA)

Nota: Barangkali terdapat kemungkinan pengguna atau ibu bapa akan mengalami gangguan capaian untuk mengakses Portal SAPS kerana faktor berikut:

  1. Capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada masa sama yang melebihi batas maksimal kemampuan daya tampung (proses) server
  2. Portal SAPS sedang dalam proses pengemaskinian atau dalam penyelarasan bagi tujuan penambahbaikkan sistem

Jika mengalami situasi seperti yang dinyatakan diharap bersabar dan layari portal SAPS dari semasa ke semasa

TINDAKAN 

  • Sekiranya Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Lahir pelajar tidak dapat mengakses sistem SAPS, Ibubapa haruslah meminta anak jagaan mereka (pelajar) untuk memberitahu guru kelas (GK) bagi memaklumkan masalah tersebut
  • Tindakan selanjutnya akan dilakukan oleh guru kelas dengan mengemaskini data pelajar berkenaan melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan masalah ini kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah
  • Sekiranya terdapat kesalahan seperti ejaan nama pelajar tidak betul, ibu bapa / penjaga juga perlu melakukan tindakan yang sama seperti diatas

Panduan Penggunaan Portal SAPS Ibu Bapa : Semak Keputusan Peperiksaan Pelajar

Grafik ringkas langkah membuat semakan SAPS Ibu Bapa :-

Pendidikan

Cara Membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar (SAPS)

Setelah memasuki Portal Semakan Ibu Bapa (SAPS) menerusi judul pautan Saps Ibu Bapa seperti di atas, Ibubapa / Penjaga / Pelajar hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah seperti di bawah bagi membuat semakan dan mendapatkan keputusan ujian / peperiksaan anak / jagaan masing-masing:

1. Langkah pertama adalah Carian Murid dengan melengkapkan. masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Lahir (Pastikan Memasukkan No KP atau Sijil Lahir yang betul) Seterusnya klik pada butang Cari

Nota : Jika Nombor Kad Pengenalan (K/P) atau Sijil lahir yang dimasukkan itu ada dalam pangkalan data Saps. Ibu bapa / Penjaga / Pelajar boleh terus ke langkah kedua. Jika sebaliknya, rujuk bahagian TINDAKAN yang dinyatakan di atas.

2.  Langkah kedua adalah Carian Sekolah. Sila tetapkan pilihan negeri serta daerah dahulu, kemudian klik pada butang Cari Di Sini. Selepas itu senarai nama sekolah pelajar bagi pilihan negeri dan daerah akan terpapar. Justeru pilih nama sekolah yang berkenaan dan klik pada butang Semak

3. Setelah berjaya melakukan langkah kedua, Ibu Bapa / Penjaga / Pelajar boleh membuat pilihan untuk semakan keputusan peperiksaan anak / jagaan. Sila pilih tahun dan jenis peperiksaan kemudian klik butang Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Peperiksaan

Masalah Login

Selain masalah Nombor Kad Pengenalan (K/P) atau Sijil Lahir tidak dapat mengakses seperti dinyatakan di atas, ibu bapa juga berkemungkinan mengalami masalah lain untuk login ke SAPS, antaranya adalah:

Kemungkinan pengguna terlupa ID atau kata laluan sebenar ataupun berlaku kesilapan huruf besar/kecil bagi ID atau kata laluan

Masalah sebegini boleh diatasi dengan menghubungi terus HELPDESK menerusi butiran di bawah:

  • HELPDESK SAPS : 03-83208061 (Waktu operasi: Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg (kecuali cuti umum) Rehat 1:00 ptg – 2:00 ptg (kecuali hari jumaat 12:15 t/hari – 2:45 ptg)

Nota Penting

  • Bagi Sekolah Rendah, sistem semakan saps ibu bapa hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6
  • Bagi Sekolah Menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
  • Sila pastikan komputer atau peranti mudah alih  yang digunakan dilengkapi dengan perisian Adobe Reader (PDF) bagi membolehkan lampiran slip keputusan juga pemarkahan dapat dipaparkan
  • Data atau rekod peperiksaan pelajar bagi tahun-tahun sebelumnya turut boleh disemak menerusi sistem aplikasi yang sama

Tafsiran Dan Gred Pemarkahan Rasmi Sekolah Rendah Dan Menengah (Menengah Rendah/Rendah) Terkini

Berikut adalah tafsiran atau gred permarkahan bagi peperiksaan peringkat sekolah rendah, menengah rendah, dan mengengah atas sebagai rujukan

Gred Sekolah Rendah

Julat MarkahGredCatatan
80-100ACemerlang
65-79BBaik
50-64CMemuaskan
40-49DMencapai Tahap Minimum
0-39EBelum Mencapai Tahap Minimum
THTHTidak Hadir

Gred Menengah Rendah

Julat MarkahGredCatatan
85-100ACemerlang
70-84BKepujian
60-69CBaik
50-59DMemuaskan
40-49EMencapai Tahap Minimum
00-39FBelum Mencapai Tahap Minimum
THTHTidak Hadir

Gred Menengah Atas

Julat MarkahGredCatatan
90-100A+Cemerlang Tertinggi
80-89ACemerlang Tinggi
70-79A-Cemerlang
65-69B+Kepujian Tertinggi
60-64BKepujian Tinggi
55-59C+Kepujian Atas
50-54CKepujian
45-49DLulus Atas
40-44ELulus
00-39GGagal
THTHTidak Hadir

Apakah keputusan peperiksaan awam boleh disemak melalui sistem SAPS NKRA?

Semakan Keputusan Peperiksaan SPM

  • Untuk makluman semua, keputusan peperiksaan SPM tidak boleh disemak dan tidak dipaparkan menerusi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
  • Untuk mendapatkan keputusan peperiksaan tersebut, sila rujuk kepada pihak sekolah masing-masing atau terus ke Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Selain SAPS. APDM dan eOperasi serta SPPAT adalah diantara aplikasi yang dibangunkan oleh KPM

Maklumat tarikh kemasukan markah peperiksaan dalam sistem SAPS :-

Jadual Tarikh Kemasukan Markah | Kemaskini Data Ujian | Peperiksaan Dalam Sistem SAPS Tahun 2024

  • Jadual (takwim) yang disertakan bagi Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman tahun semasa adalah untuk tindakan guru kelas ataupun pihak yang berkenaan
  • Bagaimanapun, jadual ini boleh membantu ibu bapa untuk membuat semakan keputusan anak jagaan mereka dengan merujuk kepada tarikh kemasukan (key-in) markah keputusan setiap peringkat ujian atau peperiksaan yang telah diadakan sebelum menyemak keputusan peperiksaan tersebut
  • Tarikh bagi tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Di bawah adalah tarikh kemasukan markah bagi tahun 2020 sebagai rujukan:
JADUAL KUNCI MASUK MARKAH 2020 
PeperiksaanTahun / TingkatanTarikh MulaTarikh Akhir 
Pertengahan TahunTahun 4, 5, 6 / Tingkatan 1 – 515 Jun 202015 Julai 2020
PercubaanTahun 61 Julai 202031 Julai 2020
PercubaanTingkatan 51 Ogos 202031 Ogos 2020
Akhir TahunTahun 4, 5 / Tingkatan 1, 2, 41 November 202030 November 2020
Tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1-5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing

Info Berkaitan

Related : keputusan peperiksaan sekolah anak kad pengenalan pelajar no kad pengenalan pegawai meja cara untuk, bilangan murid, butiran murid, berulang dalam senarai, markah peperiksaan murid, untuk memasukkan markah, pengisian markah peperiksaan, terdapat nama, masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa dash atau space, ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan, tarikh kemasukan markah peperiksaan saps, kod akses atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk, untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak, meja saps di pejabat pendidikan daerah ppd atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk, your connection is not private, mohon bantuan pegawai meja saps di pejabat pendidikan daerah ppd atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk, klik butang semak dan anda akan dibawa, kelas tidak sama dengan bilangan markah peperiksaan yang dimasukkan, login saps di pejabat pendidikan daerah ppd atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk, slip keputusan markah peperiksaan serta kedudukan dalam kelas, gps 0 bilangan lulus 0, setiausaha peperiksaan sekolah rendah dan sekolah menengah, negeri daerah dan nama sekolah, untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak, kod akses atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa dash atau space, 5 dan sekolah rendah dan sekolah menengah di malaysia, login saps di pejabat pendidikan daerah ppd atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa dash atau space, slip keputusan peperiksaan sekolah rendah dan sekolah menengah di malaysia
berkemungkinan besar anda tersilap memasukkan id atau kata laluan semasa, setiausaha peperiksaan sekolah rendah dan sekolah menengah di malaysia, mohon bantuan pegawai meja saps di pejabat pendidikan daerah ppd atau jabatan pendidikan negeri jpn untuk masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar tanpa dash atau space,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan