THIJARI Semak Tawaran Haji, Baki Akaun Dan Cetak Penyata Online

Informasi

Informasi

Haji boleh didefinisikan sebagai suatu jenis ziarah yang dilakukan oleh umat Islam ke kota suci Makkah, Arab Saudi. Ia dapat dilakukan setiap tahun dan merupakan ibadah kelima dalam rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi yang menepati syarat dan berkemampuan dari segi kewangan serta kudrat

Ibadah ziarah Haji dijalankan dalam suatu tempoh tertentu iaitu 8 hingga 12 haribulan Zulhijjah (bulan terakhir dalam kalendar Islam) setiap tahun. Antara hikmah atau kelebihan mengerjakan ibadah Haji adalah untuk melambangkan perpaduan dan persaudaraan daam kalangan umat Islam serta sebagai tanda penyerahan jiwa kepada Allah SWT

Bagi majoriti rakyat Malaysia, pendaftaran untuk menunaikan Haji dilakukan dengan Tabung Haji (Lembaga Tabung Haji). Selain menyediakan perkhidmatan tabungan untuk umat Islam, Tabung Haji atau dahulunya dikenali sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji, berperanan mengendalikan urusan jemaah haji dari Malaysia terutamanya perjalanan mereka ke Makkah setiap tahun di musim haji

Kepada yang sudah membuat pendaftaran untuk menunaikan haji, semakan daftar haji tahun semasa dapat dilakukan dengan mudah menerusi aplikasi THiJARI. Selain menyediakan kemudahan buat semua pendeposit Tabung Haji dalam pelbagai jenis urusan, aplikasi ini dapat digunakan untuk menyemak daftar haji serta tawaran haji dan banyak lagi

Login THiJARI : Semakan Akaun Tabung Haji Dan Daftar Haji Online

Kemaskini: Rayuan Haji Boleh Dibuat Melalui THiJARI

Menurut pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Musim Haji 1442H, rayuan haji kini boleh dibuat secara online melalui aplikasi ini. Rayuan bagi tahun 2024M bersamaan 1445 H boleh dibuat bermula 26 Januari 2024.

Kemudahan ini diperkenalkan supaya permohonan rayuan tidak perlu dilakukan secara manual dengan menghantar borang di pejabat Tabung Haji serta mengelakkan penularan COVID-19

Bakal haji juga boleh menikmati perkhidmatan yang ditawarkan aplikasi ini seperti menyemak pendaftaran, semakan status rayuan, status tawaran haji dan jadual penerbangan

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Tabung Haji telah meningkatkan sistem operasi mereka dengan menyediakan perkhidmatan untuk membuat pendaftaran dan semakan pergi haji dengan mudah iaitu melalui portal THiJARI

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan langkah-langkah membuat semakan daftar haji buat panduan semua

Portal Rasmi THiJARI Online

Cara Pendaftaran

  1. Bagi pengguna baru THiJARI, pendaftaran hendaklah dilakukan sebelum Log Masuk ke sistem
  2. Layari portal rasmi seperti pautan yang disediakan di bawah dan Isikan No. MyKad dan No. Akaun TH
  3. Masukkan No. Telefon yang telah didaftarkan bagi menerima No. TAC sebagai pengesahan
  4. Isikan Butiran untuk digunakan semasa log masuk portal dan klik butang Terima terma dan syarat untuk menyelesaikan proses pendaftaran

Cara Semak Baki Akaun

Setelah selesai melengkapkan proses pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke halaman utama untuk membuat semakan

1. Layari: https://www.thijari.com.my/

2. Isi ID Pengguna dan klik LOG MASUK

Informasi

3. Klik pada pilihan Perkhidmatan Haji dan klik Semak Status Pendaftaran Haji

Informasi

4. Paparan Tahun Peruntukan menunaikan Haji akan ditunjukkan

Informasi

Antara maklumat berkaitan haji yang boleh disemak di adalah seperti berikut:

Maklumat Lain

Akaun Tabung Haji

a. Melakukan transaksi pemindahan wang antara akaun TH (bayaran haji)

b. Menyemak baki simpanan

c. Mencetak Penyata Akaun TH

Urusan Haji

  1. Melakukan pendaftaran haji
  2. Melakukan semakan pendaftaran haji
  3. Melakukan semakan tawaran haji
  4. Memperolehi jadual penerbangan haji
  5. Menyemak Jadual Kursus Haji / Muat Turun Modul Kursus Haji
  6. Rayuan Haji

Kelab TaHa

1. Pendafataran Ahli Kelab TaHa / TaHa@U

2. Menyemak Kelab TaHa

Sebelum membuat pendaftaran untuk menunaikan haji, pastikan syarat-syarat kelayakan di bawah dipenuhi:

Syarat Kelayakan Pendaftaran Haji 

  1. Seorang pendeposit Tabung Haji dengan baki akaun sekurang-kurangnya RM1,300
  2. Tidak mempunyai rekod pendaftaran haji lain yang aktif (hanya satu pendaftaran dibenarkan)
  3. Tidak dibenarkan mendaftar haji bagi mereka yang baru menunaikan ibadah haji dalam tempoh lima (5) tahun selepas haji pertama
  4. Ahli KWSP boleh membuat pendaftaran haji secara online dengan syarat berusia kurang dari 55 tahun

Lokasi Pendaftaran Haji

Pendaftaran untuk menunaikan haji boleh dilakukan di lokasi- lokasi berikut : 

  • Mana-mana cawangan Tabung Haji
  • THiJARI
  • ATM/CDM Maybank
  • ATM BIMB (Bank Islam)
  • Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat

Nota: Pendeposit hendaklah membawa MyKad atau Sijil kelahiran (bagi yang berumur 12 tahun ke bawa) semasa membuat pendaftaran haji di kaunter-kaunter Tabung Haji

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Semakan daftar haji ini boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi Tabung Haji seperti berikut:

  • Telefon : 03-6207 1919
  • Faks : +603 – 7728 4959
  • SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990 *setiap jawapan akan dicaj RM0.50
  • E-mel : th-info@lth.gov.my
  • Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang (Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)
  • Laman Facebook Rasmi Lembaga Tabung Haji
  • Laman Web Rasmi Lembaga Haji

Related : membuat semakan status tawaran haji, maklumat peribadi, nombor kad pengenalan, senarai rakan kelab taha, cara daftar tabung haji online, butiran akaun, akaun th ke akaun, rekod transaksi, surat tawaran, program kursus asas haji, portal tabung haji, turun nota kursus asas haji, tabung haji secara, status pendaftaran e kad, semakan status pendaftaran haji, penetapan akaun kegemaran favourite, semakan senarai rakan kelab, dicetak selain penetapan akaun, akaun th akaun tanggungan, samping memuat turun nota kursus, nombor kad pengenalan dan nombor, akaun kegemaran favourite account, tabung haji contact centre thcc, jadual penerbangan pergi dan balik, pendaftaran e kad keahlian, surat tawaran dan semakan status tawaran haji,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan