Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 19 Februari 2018 jam 08:26 PM
Skim Khairat Kematian (SKK) adalah skim yang menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang dilaksanakan pada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2014
Mengenai Skim Khairat Kematian, Skim berkenaan akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun iaitu dalam tempoh 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018
Bagaimanapun, Skim Khairat Kematian (SKK) hanya layak untuk penerima BR1M bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas sahaja
CARA MEMBUAT TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) BR1M 2018
Sehubungan itu, penerima BR1M sebelum ini dan pemohon baru diminta mengemaskini dan melengkapkan maklumat waris bagi membolehkan waris yang dinamakan membuat tuntutan sekiranya penerima BR1M meninggal dunia dalam tempoh yang dinyatakan
Prosedur Dan Cara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2018 |
Tuntutan hanya boleh dibuat oleh waris yang dinamakan dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan mulai 26 Februari 2018 |
Sila maklumkan tujuan waris yang dinamakan iaitu untuk membuat tuntutan / penunaian Skim Khairat Kematian kepada pegawai bank yang bertugas |
Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Buat Tuntutan |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan |
Sebarang keterangan atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) ataupun melalui e-mel pada br1m@treasury.gov.my |