Pada pembentangan bajet 2023, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebagai inisiatif untuk membantu golongan miskin tegar membeli barangan asas. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan MyKasih : Semakan SARa (Sumbangan Asas Rahmah) untuk makluman semua.
Kerajaan telah mengumumkan bahawa lebih 210,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikategorikan dalam golongan miskin tegar akan menerima SARa berjumlah RM600 mulai 17 Julai 2023. Penerima akan mendapat sumbangan sebanyak RM100 setiap bulan bagi tempoh enam bulan sehingga Disember 2023
Tiada permohonan diperlukan kerana kerajaan akan menyemak kelayakan berdasarkan data e-kasih yang merupakan pangkalan data golongan miskin tegar yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga 28 Februari 2023
Penerima boleh membuat pembelian barangan asas seperti beras, telur dan minyak masak dengan hanya menggunakan kad pengenalan (MyKad) masing-masing di 600 pasar raya dan kedai runcit yang terlibat di seluruh negara. Antara kedai yang terlibat adalah Pasaraya Mydin, 99 Speedmart, Econsave, Lotus’s Malaysia dan Giant Hypermarket
Semakan MyKasih : Status Terkini Sumbangan Asas Rahmah (SARa)
Di bawah dikongsikan syarat kelayakan, cara semak dan kaedah pembelian berkaitan MyKasih : Semakan SARa (Sumbangan Asas Rahmah) untuk rujukan semua
Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih)?
Sumbangan Asas Rahmah (SARa) merupakan satu program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mensasarkan golongan yang memerlukan. Bantuan tanpa tunai (cashless) ini bertujuan meringankan beban sara hidup golongan miskin tegar dengan pemberian RM100 sebulan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman.
Syarat Kelayakan
SARa terhad kepada isi rumah yang memenuhi kriteria seperti berikut
1.Warganegara Malaysia; dan
2.Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023; dan
3.Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan
Cara Semak SARa
Sekiranya penerima memenuhi syarat kelayakan, semakan untuk menerima SARa boleh dilakukan melalui tiga kaedah seperti di bawah
1) SMS
Penerima akan mendapat SMS atau mesej dari aplikasi WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan status sebagai penerima beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat
2) Semakan secara online
Penerima boleh membuat semakan secara online melalui pautan berikut:
3) Hubungi
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Tarikh Dan Kaedah Penerimaan SARa
Selepas menyemak kelayakan dan mengesahkan status penerima serta menghadiri orientasi menggunakan SARa, penerima yang layak akan menerima Sumbangan Asas rahmah melalui tiga kaedah berikut
Penerima dari Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu
- Bayaran sebanyak RM100 sebulan dikreditkan untuk tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima untuk pembelian barangan asas bermula pada17 Julai 2023
Penerima dari Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor
- Bayaran sebanyak RM100 sebulan dikreditkan untuk tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima untuk pembelian barangan asas bermula pada 31 Julai 2023
Penerima dari Sabah, Sarawak dan Labuan
- Bayaran sebanyak RM600 akan dikreditkan sekaligus ke akaun bank penerima atau secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara bermula pada 7 Ogos 2023
Penerima akan mendapat bayaran seterusnya mulai Ogos 2023 ke akaun MyKad pada 1 hari bulan setiap bulan sehingga Disember 2023.
Keadah Pembelian
Berikut adalah langkah-langkah untuk menggunakan Sumbangan Asas Rahmah di kedai dan pasaraya yang terlibat:
1.Pilih barang-barangan keperluan dalam kategori yang dibenarkan
2.Tunjuk MyKad untuk pengesahan di kaunter pembayaran
3.Juruwang akan mengimbas kod barangan
4.Bayar menggunakan MyKad (penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian)
5.Simpan resit untuk semakan
Nota: Semakan baki SARa dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui resit pembelian atau secara online di Portal Rasmi MyKasih
Untuk mendapatkan senarai kedai dan pasaraya yang terlibat dengan program ini, buka pautan di bawah:
Senarai Barang Yang Boleh Dibeli
Terdapat sepuluh (10) kategori produk yang boleh dibeli oleh penerima SARa di kedai yang terlibat dengan program ini. 10 kategori tersebut adalah:
1.Beras
2.Roti
3.Telur
4.Minyak Masak
5.Tepung
6.Biskut
7.Mee Segera
8.Minuman
9.Makanan dalam tin
10.Bahan perasa
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan informasi lebih terperinci mengenai MyKasih : Semakan SARa (Sumbangan Asas Rahmah), sila layari atau hubungi
- Soalan Lazim Sumbangan Asas Rahmah
- Hotline LHDN : 1-800-88-2747 (9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hotline MyKasih : 03-7720 1800 (9.00 pagi – 5.00 petang)
Related : semakan status, tan sri dr ngau boon keat, barangan makanan asas, menerima bantuan, pengkreditan ke akaun bank, bantuan barangan keperluan asas,