Kerajaan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan bantuan ini terbukti berkesan sebagai suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dengan kadar bantuan kewangan maksimum RM1,200 telah diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2018 yang berlangsung di Parlimen pada 27 Oktober 2017
Oleh itu, rakyat Malaysia berkelayakan akan terus menikmati nilai bantuan BR1M bagi tahun 2020 berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh kerajaan
Borang Permohonan BR1M 2020 Dan Pendaftaran Online Pemohon Baru Melalui eBR1M
Berikut MYsumber sertakan informasi tentang syarat kelayakan kategori berserta nilai atau jumlah bantuan yang bakal diterima dan cara membuat permohonan terutamanya kepada pemohon baharu BR1M
Pertukaran Nama BR1M kepada BSH
Untuk pengetahuan semua, bermula tahun 2018, Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M telah digantikan namanya dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat atau BSH
Walaupun namanya berubah, pemberian bantuan kewangan kepada rakyat ini masih menggunakan mekanisme yang sama kecuali perubahan dalam jenis kategori penerima bantuan
Justeru itu untuk maklumat terkini dan panduan permohonan baru bagi BSH 2020 boleh dirujuk melalui pautan yang disertakan di bawah:
Siapakah Yang Layak Membuat Permohonan
a. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
b. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
c. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
d. Bujang (individu) yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
e. Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 tidak layak untuk memohon BR1M 2018
Sila Kemukakan Salinan Yang Mana Berkenaan
- MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
- Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
- Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Jumlah Bantuan BR1M 2018 Dan Kategori Syarat Kelayakan
- RM1,200
- Isi Rumah (1)
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM3,000 dan ke bawah (termasuk warga emas)
- Warganegara (Menetap Di Malaysia Sahaja)
- Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya seperti perkara di bawah
- Berkahwin
- Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda / yang mempunyai tanggungan
- Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
- Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas
- RM900
- Isi Rumah (2)
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas)
- Warganegara (Menetap Di Malaysia Sahaja)
- Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya seperti perkara di bawah
- Berkahwin
- Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda / yang mempunyai tanggungan
- Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
- Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas
- RM450
- Individu 21 Tahun Ke Atas
- Pendapatan Kasar Bulanan : RM2,000 dan ke bawah
- Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja)
- Berumur 21 tahun ke atas
- Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 tidak layak untuk memohon BR1M 2018
Borang Pendafataran Online Dan Manual Permohonan BR1M 2018 : Pemohon Baru
Permohonan baharu merujuk kepada perkara berikut:
- Mereka yang belum pernah memohon BR1M
- Pemohon yang gagal / tidak layak dalam permohonan BR1M sebelum ini
- Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang telah meninggal dunia / bercerai
Cara Membuat Permohonan BR1M 2018 Online Dan Manual (Guna Borang)
Berikut adalah info berkaitan cara membuat pendaftaran permohanan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2018 secara dalam talian (online) atau manual (guna borang)
Tarikh Rasmi Pendaftaran Permohonan BR1M 2018
- Dibuka : 27 November 2017
- Ditutup : 25 Januari 2018
Pendaftaran BR1M yang sebelum ditutup pada 31 Disember 2017 telah dilanjutkan hingga tarikh 25 Januari 2018
1) Permohonan BR1M 2018 Online
Permohonan secara online boleh dibuat melalui portal rasmi E-BR1M yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Pemohon disarankan mencetak salinan permohonan dan perlu disimpan sebagai rujukan
Untuk membuat permohonan sila layari Portal Rasmi BR1M menerusi judul pautan di bawah bermula tarikh permohonan dibuka
Panduan
*Sila kemukakan permohonan dengan hanya menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan sama ada dengan cara online ataupun manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi kandungan maklumat dan identiti pemohon
2) Permohonan BR1M 2018 Borang Manual
Borang Permohonan BR1M 2018 boleh didapati melalui Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau muat turun di Portal Rasmi e-BR1M
Borang permohonan yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh akhir
Muat Turun Borang BR1M 2018
Waktu Operasi Kaunter BR1M LHDNM
3) Bagaimana Dengan Penerima BR1M Terdahulu?
Penerima BR1M sedia ada, maksudnya sudah disahkan layak atau pernah menerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar lagi ataupun membuat permohonan baharu untuk BR1M 2018
Bagaimanapun perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank dan maklumat lain yang berkaitan dengan tepat
Saranan bagi tujuan pengemaskinian adalah untuk melancarkan atau memudahkan proses penyaluran bantuan kepada penerima berdasarkan maklumat rekod terkini
Selain itu, penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank pada BR1M 2018 melalui sistem kemaskini bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan
Lain-Lain Berkaitan BR1M 2018
Disyorkan
Pemohon baru dan penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank disarankan membuka akaun di cawangan bank berhampiran
Saranan itu bertujuan supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak perlu lagi beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran
Langkah ini juga mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan
FAQ : Jawapan Kepada Persoalan Yang Sering Ditanya
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my
Berhubung terus ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan langsung, sila hanya melayari Facebook rasmi (LHDNM) di pautan berikut
*Sebelum membuat sebarang pertanyaan, sila rujuk dahulu kepada ruangan komen di FB rasmi LHDNM yang berkaitan dengan BR1M kerana kebanyakan soalan yang sering ditanya telahpun dijawab oleh Admin / Moderator FB rasmi LHDNM
Respon Permohonan
Notis dan surat pemakluman lulus atau gagal permohonan BR1M 2018 akan diposkan kepada pemohon selain pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan secara online mulai tarikh yang akan diumumkan
Bagi setiap permohonan yang berjaya, bayaran BR1M akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mengikut tarikh yang akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)