Bantuan SARA Sumbangan Asas Rahmah 2024 RM100 Sebulan

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup

Bantuan SARA Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 telah diumumkan oleh pihak kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023 yang lalu. Bantuan ini telah pun dilaksanakan sebelum ini pada tahun 2023 dan bakal diteruskan lagi pada tahun hadapan. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa sumbangan ini diberikan bagi membolehkan para penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.

Umum mengetahui bahawa cabaran utama di kala ekonomi yang sedang meruncing adalah harga barangan meningkat. Kerajaan amat prihatin tentang isu ini terutamanya bagi golongan yang kurang berkemampuan seperti B40 ataupun miskin tegar. Atas dasar itu, kerajaan telah pun mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan inisiatif baharu iaitu bantuan pembelian barangan keperluan asas bagi golongan tidak berkemampuan untuk mendepani cabaran kos sara hidup yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Menurut Siaran Media Kementerian Kewangan bertarikh 16 Julai 2023, lebih 210,000 orang penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin tegar berdasarkan maklumat dalam data e-Kasih bakal menerima SARa untuk tahun 2023. Bantuan akan disalurkan mulai Isnin 17 Julai 2023 berjumlah RM600 secara keseluruhan dengan peruntukan hampir RM130 juta. Kaedah pemberian bantuan ini adalah menerusi kredit ke MyKad, bayaran ke akaun bank, atau secara tunai.

Bagi tahun 2024 pula, bantuan ini masih akan dilaksanakan dengan beberapa penambahbaikan. Antaranya adalah jumlah penerima bantuan diluaskan kepada 700,000 penerima STR berbanding lebih 200,000 bagi tahun sebelum ini. Tempoh bantuan juga dilanjutkan atau dipanjangkan menjadi 12 bulan berbanding 6 bulan bagi tahun sebelumnya dengan bayaran sebanyak RM100 sebulan melalui MyKad. Justeru menerusi bantuan ini, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk membeli keperluan asas hanya dengan menggunakan MyKad.

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah SARA 2024 RM100 Sebulan

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan SARA Sumbangan Asas Rahmah bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak serta info lain yang berkaitan.

TERKINI: Penerima STR yang layak akan menerima RM 100 sebulan (kredit dalam myKad) untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit

Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

SARA adalah bantuan tambahan bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM600 dalam bentuk bakul makanan atay baucar makanan asas bernilai RM100 untuk tempoh enam bulan.

Bagi tahun 2024, bantuan ini telah dipanjangkan tempohnya menjadi 12 bulan. Penerima juga akan diperluaskan kepada 700,000 penerima STR. Kategori penerima dan makluman lain akan dikemaskini setelah diumumkan lebih lanjut oleh kerajaan.

Kadar Bantuan

Kadar Bantuan bagi Sumbangan Asas Rahmah adalah seperti berikut:

2024:

  • RM 100 / sebulan 
  • Selama 12 bulan 
    • Mulai Januari 2024 hingga Disember 2024

2023:

  • RM 100 / sebulan selama 6 bulan (Semenanjung Malaysia) 
    • Mulai Julai 2023 hingga Disember 2023
  • RM600 sekaligus (Sabah, Sarawak & W.P. Labuan)

Tarikh Bayaran

Bagi tahun 2023, bayaran akan mula disalurkan mulai 17 Julai 2023. Bantuan akan diberikan selama 6 bulan bermula bulan Julai hingga Disember 2023 untuk penerima Semenanjung Malaysia. Jadual bayaran adalah seperti berikut:

  • FASA 1 : 17 Julai 2023 – RM100
  • FASA 2 : 1 Ogos 2023 – RM100
  • FASA 3 : 1 September 2023 – RM100
  • FASA 4 : 1 Oktober 2023 – RM100
  • FASA 5 : 1 November 2023 – RM100
  • FASA 6 : 1 Disember 2023 – RM100

Bantuan Sara Hidup

Tarikh Pelaksanaan Bantuan SARA 2023

Pelaksanaan bantuan SARA 2023 adalah secara berperingkat mengikut negeri yang terlibat seperti berikut:

  • 17 Julai 2023 : W.P. Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu & Kelantan
  • 31 Julai 2023 : Johor, Melaka, Pahang, Perak & Perlis
  • 7 Ogos 2023 : Sabah, Sarawak & W.P. Labuan. (Bayaran berjumlah RM600 akan dikreditkan ke akaun bank / secara tunai sekaligus di cawangan Bank Simpanan Nasional BSN Seluruh negara)

Kaedah Penyaluran

Kaedah penyaluran bantuan akan dibuat dengan cara berbeza mengikut tempat tinggal penerima iaitu:

1. Semenanjung Malaysia

Melalui kaedah cashless tanpa tunai menggunakan MyKad penerima berjumlah RM100 setiap bulan secara automatik bagi tempoh 6 bulan

2. Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

Menerusi kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai dengan jumlah bayaran sekaligus iaitu RM600, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023.

Kategori Kelayakan

Menurut FAQ, bagi TAHUN 2023, syarat dan kategori kelayakan SARA adalah terhad kepada:

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih; dan
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

Cara Semak Kelayakan

Untuk membuat semakan kelayakan Sumbangan Asas Rahmah, ikuti langkah berikut:

Menerusi Portal Rasmi STR

Bagi penerima di Sabah dan Sarawak, adalah digalakkan membuat semakan secara terus di laman web STR seperti di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi STR
  2. Log masuk dan klik Semakan Permohonan
  3. Paparan layak atau tidak SARA akan ditunjukkan

Bantuan Sara Hidup

Menerusi Portal MyKasih

Untuk penerima di Semenanjung Malaysia, penerima boleh membuat semakan menerusi Portal MyKasih untuk melihat kelayakan dan status terkini bantuan menerusi cara berikut:

  1. Layari Portal MyKasih
  2. Klik pada bahagian Semak Status pada bahagian atas yang tertulis ‘Sumbangan Asas Rahmah’
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa simbol sengkang (-) dan kod captcha
  4. Klik butang Semak Status dan paparan kelayakan akan ditunjukkan

Bantuan Sara Hidup

Kategori Makanan Yang Diluluskan

Bagi penerima yang layak, barangan makanan keperluan asas daripada kategori yang diluluskan boleh dibeli menggunakan Kad Pengenalan atau MyKad penerima di pasar raya / kedai runcit TERPILIH di seluruh negara. Pembelian makanan asas yang diluluskan adalah terhad kepada 10 kategori makanan berikut:

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak Masak
  5. Tepung
  6. Biskut
  7. Mee Segera
  8. Minuman
  9. Makanan Dalam Tin
  10. Bahan Perasa

Senarai kedai yang mengambil bahagian bolehlah merujuk pautan berikut:

Bantuan Sara Hidup

Cara Membeli Barangan Guna Bantuan SARa

Untuk penerima yang layak di Semenanjung Malaysia, berikut adalah langkah untuk membeli barangan bantuan makanan yang diluluskan:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan bolehlah membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi Pembelian

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang persoalan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut sila rujuk perincian di bawah:

Related : memutuskan untuk meluaskan manfaat,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan