BSH Bujang 2020 semakan status dan tarikh bayaran

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup

Kerajaan persekutuan telah mengumumkan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) bagi kategori bujang tahun 2019. Kementerian Kewangan Malaysia telah menyatakan bahawa bayaran BSH bujang sebanyak RM 100 untuk mereka yang menepati syarat kelayakan BSH akan diberikan sebagai permulaan pada penghujung bulan Mac ini. Untuk tahun 2021, BSH telah ditukarkan kepada Bantuan Prihatin Rakyat

Penambahan kategori ini dilakukan setelah Menteri Kewangan Malaysia membentangkan dalam Belanjawan 2019 mengenai perubahan kategori BSH 2019 berbanding tahun sebelumnya. Kali ini menyaksikan fokus diberikan kepada keluarga yang tidak berkemampuan. Bagi tahun 2020 turut diberikan BSH tetapi untuk individu berumur 40 tahun ke atas termasuk warga emas yang hidup sebatang kara

Golongan bujang khususnya yang tidak bekerja dan berpendapatan rendah dilihat semakin terkesan dengan keadaan kos sara hidup yang kian meningkat. Hal ini disedari dan disuarakan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, di mana beliau meminta perhatian diberikan kepada setiap pihak yang memerlukan dalam tempoh terdekat ini akibat daripada bebanan kos sara hidup

Sebelum ini, BSH atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) mempunyai kategori khusus untuk golongan bujang yang belum berkahwin. Dalam kategori tersebut, individu yang berpendapatan RM2,000 ke bawah diberikan bantuan sebanyak RM450 pada tahun 2018 dan 2017. Pada tahun 2016 pula individu bujang menerima sebanyak RM400 bantuan, manakala tahun 2015 sebanyak RM350, tahun 2014 sebanyak RM300 dan tahun 2013 sebanyak RM250

BACA JUGA: BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (PERMOHONAN & SEMAKAN)

Bantuan Sara Hidup Rakyat BSH Bagi Kategori Bujang 2020 Terima RM300

Berikut adalah keterangan lanjut mengenai bayaran BSH Bujang 2020 yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2020. Dikongsikan intipati penting tersebut untuk rujukan seluruh rakyat Malaysia. Bagi tahun 2021 pemohon boleh rujuk Bantuan Prihatin Rakyat seperti pautan berikut:

Kemaskini 6 Januari 2020: Berdasarkan Siaran Media Kementerian Kewangan pada 6 Januari 2020, bayaran bagi kategori bujang dan OKU akan dibuat secara one-off (sekali bayaran) pada fasa kedua. Justeru penerima kategori ini termasuk isi rumah (kecuali nuat mereka yang tiada sebarang perubahan maklumat) perlu membuat permohonan baharu atau kemaskini BSH bermula 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020

Sebelum ini, pengumuman telah dibuat bahawa BSH masih diteruskan bagi tahun 2020 dengan peruntukan RM5 bilion kepada mereka yang lulus dan menepati syarat.
Turut diperluaskan kepada individu bujang dan OKU dengan bayaran sebanyak RM300

Jumlah Bantuan dan Syarat Kelayakan

i. Individu Bujang

Seramai 1.1 juta individu bujang yang menepati syarat seperti di bawah layak menerima BSH 2020:

  • Jumlah Bantuan: RM300
  • Berusia melebihi 40 tahun
  • Berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan

ii. OKU

OKU yang menepati syarat seperti di bawah layak menerima BSH 2020:

  1. Berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan

Penerima BSH 2020 individu bujang dan OKU secara automatik layak menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma

Maklumat Penting Pembayaran BSH 2019

Berikut adalah maklumat penting pembayaran BSH 2019 kategori bujang sebagai rujukan.

  • Status gagal kredit

Mulai 22 April 2019, pemohon kategori bujang yang berstatus Gagal Kredit (RM100) akan menerima Surat Makluman Gagal Kredit dan perlu pergi ke BSN dengan membawa surat berkenaan untuk tujuan penunaian

Namun, jika pemohon kategori bujang masih belum menerima Surat Makluman BSH 2019 untuk proses penunaian di BSN, penerima tetap boleh membuat penunaian terus di BSN dengan hanya mengemukakan MyKad Asal (tanpa Surat Makluman) mengikut status pengkreditan seperti di bawah beserta tarikh berikut:

  • Status: Tidak Mempunyai Maklumat Akaun (25 April 2019)
  • Status: Gagal Kredit (2 Mei 2019)

Proses penunaian di BSN adalah mengikut Nombor Siri yang boleh disemak melalui Portal BSH (pilihan: semakan penerima bujang). Cetakan Salinan Surat Makluman BSH 2019 tersebut tidak akan dikeluarkan

Tarikh Kredit BSH Bujang 2019

Menurut Portal Rasmi BSH, pembayaran BSH kategori bujang 2019 yang berjumlah RM100 (dibayar secara one-off) akan dibuat mulai 28 Mac 2019. Semakan status kelayakan boleh dibuat dengan memasukkan No. MyKad pada ruang yang disediakan dalam pautan di bawah

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan permohonan baru boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke bsh@treasury.gov.my dan laman web https bsh.hasil.gov.my

Hubungi Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan

Untuk pertanyaan langsung, boleh juga melayari Facebook rasmi (LHDNM) di pautan berikut

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan