Semakan kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Pada pembentangan Bajet 2019 yang lalu, kerajaan Malaysia telah mengusulkan mengenai pengenalan program subsidi petrol bersasar bagi menggantikan mekanisme subsidi petrol semasa. Terkini, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan mekanisme pembayaran program subsidi minyak ini.  Apa yang menarik perhatian adalah mengenai cara pembayaran subsidi petrol bersasar yang akan dibayar terus ke akaun penerima yang berkelayakan.

Buat makluman semua, Program Subsidi Petrol (PSP) merupakan usaha kerajaan untuk meringankan beban golongan yang berpendapatan rendah terutamanya akan golongan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan cara pengagihan semula subsidi petrol. Bantuan yang dihulurkan adalah dalam bentuk kewangan supaya rakyat dapat membiayai sebahagian kos penggunaan petrol mereka.

PSP dilaksanakan untuk menggantikan subsidi petrol sedia ada yang dapat dinikmati oleh semua orang secara pukal tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan. Sasaran subsidi ini akan diubah kepada golongan yang layak sahaja iaitu tertumpu kepada warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan khususnya mereka yang berada dalam golongan B40

Menurut Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, jangkaan sebanyak 2.9 juta orang penerima yang akan menikmati manfaat daripada program subsidi tersebut dengan anggaran perbelanjaan untuk menjayakan program itu adalah sebanyak RM65.4 juta sebulan. Untuk mengetahui status kelayakan, rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan penerima boleh membuat Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol secara atas talian

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) Secara Online

Kemaskini: Pelaksanaan PSP Ditangguhkan

Pelaksanaan PSP akan ditangguhkan dari bulan Januari 2020 sehingga ke suatu tarikh yang akan diumumkan nanti

Tujuan penangguhan ini adalah untuk memberi ruang kepada golongan isi rumah berpendapatan pertengahan 40 peratus (M40) untuk menjalani proses pendaftaran penerima yang bakal dikendalikan Kementerian Kewangan

Kemaskini: Kenaikan Harga RON95

Sebaik sahaja PSP dilaksanakan bermula Januari 2020, harga petrol RON95 akan diapungkan dan dinaikkan sebanyak satu sen setiap minggu sehingga mencapai harga pasaran semasa

Kemaskini: Pengemaskinian Maklumat Penerima 

KPDNHEP telah mengumumkan bahawa penerima PSP perlu memastikan telah mengemaskini maklumat di portal PSP sebelum 30 November 2019 terutamanya maklumat:

  • Kenderaan
  • Akaun Bank

Nota: Sekiranya gagal mengemaskini maklumat, ini boleh menyebabkan pembayaran ke akaun penerima tidak dapat dilakukan

Kemaskini : Belanjawan 2020 

Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan maklumat terkini mengenai PSP ketika sesi pembentangan Belanjawan 2020. PSP akan bermula pada Januari 2020 di Semenanjung Malaysia dengan dua kategori kelayakan iaitu

1. Penerima BSH 2020

  • Sama seperti yang diumumkan oleh Menteri KPDNHEP tempoh hari, subsidi akan diberikan dalam bentuk pemindahan tunai dan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima bagi setiap 4 bulan
  • Pembayaran pertama PSP kepada penerima BSH (B40) akan dibuat pada bulan April 2020 untuk tempoh Januari hingga April 2020

2. Bukan Penerima BSH Yang Layak

  • Semua pemandu dan penunggang lain yang layak dan tidak tergolong dalam penerima BSH turut dapat menerima bantuan PSP Mereka yang layak adalah yang menepati syarat kelayakan seperti kriteria dan had maksimum pemilikan
  • Bantuan akan diberikan dalam bentuk Kad95 kepada penerimaKad95 dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama tahun 2020

Nota: Kenderaan mewah tidak layak menikmati bantuan PSP ini

  • Sebanyak 8 juta pemandu dan penunggang akan menerima manfaat PSP dengan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion bagi tahun 2020
  • Kerajaan turut bersedia menerima permintaan Kerajaan Sabah dan Sarawak sekiranya ingin menyertai PSP

Rujuk: Ringkasan intipati kandungan Bajet 2020 belanjawan Malaysia

 

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol yang dapat dilakukan secara online di portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Tarikh Semakan Kelayakan

  • Dibuka : 15 Oktober 2019

Syarat Kelayakan Penerima

Untuk menerima manfaat PSP, seseorang individu itu haruslah menepati SEMUA syarat kelayakan yang ditetapkan, iaitu:

1. Penerima BSH (berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah) beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja

2. Mempunyai kenderaan persendirian yang berdaftar

3. Lesen Kenderaan Motor yang dimiliki hendaklah masih sah

4. Individu hendaklah mempunyai maksimum 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja

5. Kenderaan yang layak berpandukan kapasiti enjin adalah seperti berikut:

Jenis KenderaanKriteria Enjin
Kereta1600cc dan ke bawah
Lebih besar daripada 1600cc, berusia 10 tahun dan ke atas
Motosikal150cc dan ke bawah
Lebih besar daripada 150cc, berusia 7 tahun dan ke atas

6. Jumlah dan jenis pemilikan kenderaan mempengaruhi kadar kelayakan subsidi seperti berikut:

JUMLAH KERETAJUMLAH MOTOSIKALPENERIMAAN SUBSIDI
1Bantuan Kerajaan0/Bulan
11Bantuan Kerajaan30/Bulan
1 2Bantuan Kerajaan30/Bulan
2Bantuan Kerajaan30/Bulan
21Bantuan Kerajaan30/Bulan
22Bantuan Kerajaan30/Bulan
 1Bantuan Kerajaan12/Bulan
2Bantuan Kerajaan12/Bulan

Keputusan penentuan kuota bulanan subsidi petrol 100 liter sebulan bagi pengguna kereta dan 40 liter sebulan bagi motosikal adalah berpandukan kepada kajian jarak perjalanan yang lazim ke tempat kerja dan keperluan harian yang selainnya sejauh 1,500 kilometer sebulan atau 50 kilometer sehari

Jumlah Kadar subsidi yang telah ditetapkan untuk kedua-dua jenis kenderaan ialah sebanyak RM0.30 seliter, iaitu julat kadar subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan melalui subsidi pukal pada masa ini

Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) Online

Setelah memeriksa syarat kelayakan penerima, status kelayakan PSP boleh dilakukan di laman web rasmi KPDNHEP seperti berikut:

Cara Semak Kelayakan PSP

  1. Layari pautan yang disediakan di atas dan klik butang “Semak Kelayakan”
  2. Tandakan petak kosong “Saya faham dan bersetuju”
  3. Isikan No. Kad Pengenalan (MyKad)
  4. Klik butang “Semak”
  5. Seterusnya paparan keputusan kelayakan akan dipamerkan.
  6. Sekiranya layak, paparan maklumat penerima akan ditunjukkan dan pilihan mengemaskini Nombor Akaun disediakan dengan klik butang “Kemas kini”
  7. Pilih Nama Bank dan isikan Nombor Akaun Bank terkini
  8. Klik butang “Kemas kini No. Akaun”
  9. Masukkan No. Akaun BSH Terdahulu sebagai kod pengesahan
  10. Klik butang “OK”
  11. Pilih Maklum Balas Jenis Bantuan
  12. Klik butang “Simpan” untuk melengkapkan semakan kelayakan

Nota: Bagi penerima yang tidak layak dan ingin membuat permohonan rayuan PSP, sila rujuk pautan di bawah

Tarikh Pembayaran PSP & Cara Bayaran

Subsidi petrol akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima yang layak pada suku pertama tahun 2020 dengan jumlah subsidi bagi tempoh 4 bulan (Januari hingga April 2020). Jumlah yang akan diterima bagi subsidi kereta adalah sebanyak RM120 dan subsidi motosikal sebanyak RM48

1. Jumlah subsidi tidak dikreditkan ke MyKad untuk kegunaan langsung di stesen minyak kerana pelaksanaan penggunaan kad akan memakan kos, masa dan tenaga yang banyak sebelum program PSP dapat dilaksanakan

2. Penerima akan menerima bantuan secara terkumpul ke dalam akaun bank setiap empat (4) bulan kerana amaun RM30 adalah kecil untuk dimasukkan ke dalam akaun penerima setiap bulan

3. Jika duit subsidi untuk bulan Januari 2020 telah digunakan, bayaran subsidi berikutnya tidak boleh diminta untuk dibayar lebih awal tetapi perlu tunggu selama 4 bulan

4.  Sekiranya harga petrol RON95 lebih rendah daripada RM2.08 seliter, subsidi tidak akan diberikan kerana subsidi berobjektif untuk membantu rakyat apabila harga petrol tinggi

Pengapungan Harga Runcit Petrol RON95

  • Kadar harga petrol RON95 akan dikekalkan pada RM2.08 sehingga 31 Disember 2019
  • Mulai tahun 2020, harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat (gradual) sehingga setara dengan harga pasaran
  • Sewaktu tempoh pengapungan semula harga jualan runcit petrol RON95 secara berperingkat ini, semua orang masih menikmati subsidi petrol secara pukal, namun subsidi ini adalah pada kadar yang lebih rendah
  • Rujuk : Senarai Terkini Harga Minyak Petrol RON95, RON97 Dan Diesel

Pengecualian Terhadap Sabah, Sarawak, WP. Labuan

Rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan dikecualikan daripada pelaksanaan Program Subsidi Petrol dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95. Hal ini kerana kerajaan mengambil kira keperluan penduduk di Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang kebanyakannya memandu kenderaan dengan enjin berkapasiti besar yang menggunakan diesel

Bagi rakyat yang menggunakan petrol untuk bot kecil dan genset di rumah panjang, mereka dapat menikmati subsidi petrol RON95 pada kadar RM2.08 seliter

Faedah Pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP)

Pelaksanaan PSP membawa faedah kepada rakyat dan negara. Antaranya adalah:

NEGARARAKYAT
1. Mengecapi Sustainable Development Goal yang Ke-12 iaitu Penggunaan dan Pengeluaran yang bertanggungjawab1. Meringankan beban kos sara hidup
2. Dapat mengurangkan beban fiskal negara2. Dapat memfokuskan bantuan terhadap golongan B40
3. Penggunaan pengangkutan awam dapat dioptimumkan
4. Mengurangkan ketirisan subsidi petrol
5. Menggalakkan tabungan

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai semakan kelayakan Program Subsidi Petrol ini boleh dirujuk menerusi butiran di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi KPDNHEP seperti berikut:

  • Alamat : Bahagian Pengurusan Subsidi Petroleum Kenderaan
    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
    dan Hal Ehwal Pengguna,
    No. 13, Persiaran Perdana,
    Presint 2,62623 Putrajaya,
    Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Soalan Lazim PSP
  • Laman Facebook Rasmi KPDNHEP
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan