Permohonan Pas Bulanan Pengangkutan Awam Perjalanan Tanpa Had My30

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Terdahulu, Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada 2 November 2018 telah memperkenalkan Pas Bulanan Pengangkutan Awam RapidKL bagi perkhidmatan bas dan juga rel iaitu My100 dan My50. Terkini, Perdana Menteri ke-8 Malaysia ketika Perutusan Khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah memperkenalkan pula pas perjalanan tanpa had My30 iaitu pas bulanan dengan hanya RM30

Sebagai makluman semua, pas My30 dilancarkan bagi mengurangkan kesan COVID-19 dikalangan pelanggan pengangkutan awam. Dengan bayaran hanya RM30 sebulan, pas ini menawarkan perjalanan tanpa had selama 30 hari di kesemua rangkaian RapidKL rel dan bas. Ini bermaksud setiap hari dalam sebulan, pelanggan boleh ke mana-mana destinasi menggunakan pas ini tanpa had dengan menggunakan pengangkutan awam yang terpilih

Pengangkutan awam yang terpilih bagi pas My30 adalah kesemua rangkaian RapidKL iaitu MRT, LRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT. Pelanggan boleh mendapatkan pas ini pada bila bila masa mulai 15 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020. Ianya boleh dilanggan menggunakan MyKad atau MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go atau kad konsesi MyRapid untuk pelajar yang berumur 12 tahun ke bawah sahaja

Untuk melanggan pas ini, pengguna boleh mengunjungi semua kaunter khidmat pelanggan RapidKL seperti yang dinyatakan di bawah dengan membawa MyKad atau MyTentera. Setelah berjaya mengaktifkan, pelanggan hanya perlu memastikan nilai minimum RM5.00 sentiasa ada di dalam MyKad atau MyTentera Touch ‘n Go masing-masing. Pas My30 hanya sah sehingga 31 Disember 2020 dimana selepas itu, pas My100 dan My50 akan diperkenalkan semula.

Cara Mohon My30 Pas Bulanan Pengangkutan Awam Perjalanan Tanpa Had 30 Hari

TERKINI Disember 2021: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan pas perjalanan tanpa had My50 akan menggantikan My30 bermula 1 Januari 2022. Pas perjalanan tanpa had My30 akan berakhir pada 31 Disember 2021.

Kemaskini November 2021: Pada 22 November 2021, kerajaan telah melancarkan Pas Keluarga Malaysia iaitu:

  • Empat orang dalam satu kumpulan;
  • Menikmati perjalanan satu hari tanpa had;
  • Pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum;
  • Dengan Harga RM15;
  • Boleh menggunakan LRT, MRT, Monorel, dan BRT

Ianya bertujuan menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang pada waktu sama mengunjungi pusat-pusat membeli belah atau tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor.

Kemaskini Oktober 2021: Belanjawan 2022 telah dibentangkan dan antaranya termasuklah inisiatif pas bulanan pengangkutan awam. Bagi tahun 2022 perincian adalah seperti berikut:

  • Pas perjalanan bas dan rel tanpa had
  • Dengan harga RM50 sebulan
  • Terutamanya penduduk di Lembah Klang
  • Info terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Bantuan Kerajaan

Bagi memudahkan semua, berikut dikongsikan butiran penting mengenai permohonan pas bulanan bagi pengangkutan awam RapidKL seperti cara memohon langganan, tarikh penting dan jenis pas bulanan

Tarikh Penting Permohonan Pas Bulanan My30 

  • Mula : 15 Jun 2020
  • Tamat : 31 Disember 2020

Syarat Kelayakan Pas Bulanan My30

1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja (mempunyai MyKad atay MyTentera yang sah)

2. Untuk pengguna berumur 12 tahun dan ke bawah, boleh menggunakan Kad Konsesi Pelajar MyRapid (Kad ini boleh dimohon secara atas talian). Setelah mempunyai kad tersebut, boleh melanggan pas My30 di kawasan terpilih

Nota: Pastikan cip Touch ‘n Go MyKad atau MyTentera berfungsi atau dalam keadaan baik. Sekiranya tidak, pengguna perlu menukar MyKad baharu di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara

Syarat Kelayakan Pas Bulanan My30

1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja (mempunyai MyKad atay MyTentera yang sah)

2. Untuk pengguna berumur 12 tahun dan ke bawah, boleh menggunakan Kad Konsesi Pelajar MyRapid (Kad ini boleh dimohon secara atas talian). Setelah mempunyai kad tersebut, boleh melanggan pas My30 di kawasan terpilih

Nota: Pastikan cip Touch ‘n Go MyKad atau MyTentera berfungsi atau dalam keadaan baik. Sekiranya tidak, pengguna perlu menukar MyKad baharu di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara

Lokasi Permohonan Pas Bulanan My30

1) Semua Stesen LRT

2) Semua Stesen MRT

3) Semua Stesen Monorel

4) Semua Stesen BRT

5) Hab Bas Terpilih:

  • Pasar seni
  • Seksyen 2, Shah Alam
  • Sri Nilam
  • Greenwood
  • Terminal Kajang

Panduan Memohon Langganan Pas My30

Untuk memohon langganan Pas My30, ikuti langkah yang disediakan berikut:

  1. Sila bawa MyKad, MyTentera atau Kad Konsesi Pelajar MyRapid ke mana-mana kaunter khidmat pelanggan RapidKL atau hab bas terpilih seperti dinyatakan di atas
  2. Maklumkan kepada pegawai khidmat pelanggan di kaunter tersebut untuk memohon pas My30
  3. Pembayaran kali pertama adalah minimum RM40 (tambah nilai kad). Sebanyak RM0.50 akan ditolak bagi cas tambah nilai tersebut
  4. Selepas penolakan RM0.50, baki RM9.50 akan disimpan dalam kad tersebut. Ianya tidak akan ditolak melainkan pengguna menggunakannya bagi transaksi selain di rangkaian RapidKL seperti di tol, kedai dan sebagainya
  5. Pastikan nilai minimum RM5.00 sentiasa ada di dalam kad tersebut. Ianya tidak perlu ditambah setiap bulan jika tidak menggunkan nilai tersebut untu pembayaran lain
  6. Pas My30 yang dilanggan akan diaktifkan sebaik sahaja pengguna menyentuh pas di pintu masuk rangkaian RapidKL

Pembaharuan Langganan Pas Bulanan My30

Setelah mendaftar dan mengaktifkan pas My30, tempoh sah pas My30 adalah 30 hari berturut-tutut (termasuk hujung minggu dan cuti am). Tarikh pengaktifan pas My30 bergantung kepada sentuhan pertama pas pengguna di pintu masuk rangkaian RapidKL. bagi pembaharuan langganan, rujuk langkah berikut:

  1. Pengguna boleh membuat pengaktifan pas bagi pembaharuan pasa secara automatik di Kaunter Khidmat Pelanggan RapidKL dan hab bas terpilih
  2. Setelah pas berjaya diaktifkan bagi pembaharuan secara automatik, pengguna boleh tambah nilai MyKad atau MyTentera Touc ‘n Go di mana-mana kedai atau premis yang menyediakan khidmat tambah nilai Touch ‘N Go bagi bulan-bulan seterusnya
  3. Pengguna hanya perlu memastikan nilai di dalam pas tidak kurang dari RM35.00 setiap bulan (iaitu semasa pembaharuan langganan)

Soalan-Soalan Lazim Pas My30

Antara soalan-soalan lazim Pas Perjalanan Tanpa Had My30 adalah seperti berikut:

  • Adakah saya akan mendapat kad Touch ‘n Go baharu apabila saya melanggan pas My30?
    Tidak. Produk My30 akan diaktifkan hanya menggunakan MyKad atau MyTentera sahaja
  • Bolehkah saya melanggan pas My30 menggunakan kad Touch ‘n Go?
    Tidak. Pas My30 hanya boleh dilanggan menggunakan MyKad atau MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go sahaja
  • Bolehkah pas My30 dipindah milik?
    Tidak. Pas My30 diaktifkan menggunakan kad MyKad atau MyTentera, oleh itu ia tidak boleh dipindah milik.
  • Bolehkah saya menggunakan pas My30 di rangkaian Rapid Penang atau Rapid Kuantan? 
    Pada masa ini, pas My30 hanya sah untuk perjalanan tanpa had di rangkaian RapidKL rel dan bas di Lembah Klang sahaja
  • Bolehkah saya menggunakan pas My30 di KTM Komuter atau ERL?
    Pada masa ini, pas My30 hanya sah untuk perjalanan tanpa had di rangkaian RapidKL rel dan bas di Lembah Klang sahaja.

Untuk soalan lazim penuh, sila rujuk Soalan Lazim My30 RapidKL

 

Tarikh Penting Permohonan Pas Bulanan My100 Dan My50

  • Pelancaran : 1 Disember 2018 (Dibuka untuk Permohonan)
  • Pelaksanaan : 1 Januari 2019 (Mula digunakan)

Cara Mohon Pas Bulanan Pengangkutan Awam 

1. Permohonan hanya boleh dilakukan oleh pemegang MyKad/MyKid dan MyTentera sahaja (Warganegara Malaysia sahaja)

2. Pemohon hanya perlu daftar butiran diri untuk pas bulanan ini dalam MyKad dan tidak perlu membeli kad lain

3. Pendaftaran hanya perlu dibuat sekali sahaja

4. Kemudian pengguna hanya perlu tambah nilai dengan menggunakan MyKad yang telah didaftarkan

Nota: Pendaftaran pas bulanan boleh dilakukan di semua hub bas, stesen LRT, MRT dan monorel serta stesen BRT Sunway

Jenis Pas Bulanan Pengangkutan Awam

  • RM100 : My100 adalahuntuk perjalanan tanpa had bagi perkhidmatan rel dan bas RapidKL
  • RM50 : My50 adalah untuk perjalanan tanpa had bagi perkhidmatan bas RapidKL sahaja

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai My30, sila hubungi RapidKL di pautan atau talian berikut:

  • Portal Rasmi RapidKL
  • Emel: suggest@rapidkl.com.my
  • Telefon: 03-7885 2585
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan