Login ezHasil Kali Pertama Dan Permohonan No Pin e-Filing

ezhasil login

Login ezhasil. Cukai dapat didefinisikan sebagai suatu bentuk pembiayaan yang dibayar oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat itu kepada pemerintah. Terdapat pelbagai jenis cukai termasuk cukai pendapatan, jualan, tanah dan pintu

Cara pengumpulan cukai serta penggunaan kutipan wang cukai tersebut dikendalikan secara berbeza di setiap negara. Di Malaysia, hal dan urusan berkaitan cukai terutamanya cukai pendapatan dikelolakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Setiap tahun, cukai pendapatan dikenakan ke atas pendapatan individu, syarikat dan sebagainya. Mulai tahun 2015, individu yang memperoleh pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000  selepas potongan KWSP perlu membuat pendaftaran fail cukai pendapatan

Mulai tahun 2004, pendapatan yang diperoleh di Malaysia dari sumber luar negara dikecualikan daripada cukai. Oleh itu, pembayar cukai samada yang bermastautin di Malaysia atau sebaliknya dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja

Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran boleh diisi dan dihantar secara online/atas talian oleh pembayar cukai dengan menggunakan sistem aplikasi e-Filing. Untuk melengkapkan proses tersebut, para pengguna perlu mengakses ezHASiL serta melengkapkan proses Login untuk Kali Pertama Dan membuat Permohonan Nombor Pin

Laman web ini adalah laman yang boleh diakses untuk menggunakan semua e-Perkhidmatan yang disediakan oleh LHDNM. Terdapat aplikasi yang memerlukan pengguna untuk log masuk menggunakan sijil digital terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi tersebut seperti e-Filing. Ada juga aplikasi yang tidak memerlukan log masuk ke laman ini tetapi pengguna perlu membuat pendaftaran menerusi aplikasi itu sendiri sebelum boleh menggunakannya

EZHASIL LOG MASUK KALI PERTAMA PENGGUNA DAN PERMOHONAN NOMBOR PIN e-FILING

Bagi memudahkan urusan login/log masuk pengguna kali pertama, berikut MySumber kongsikan maklumat serta langkah-langkah untuk membuat Login Kali Pertama ezHASiL beserta panduan permohonan Nombor Pin e-Filing buat rujukan semua

CARA MENDAFTAR NO CUKAI PENDAPATAN LHDN

1. Untuk membuat pendaftaran nombor cukai pendapatan, sila pergi ke mana-mana cawangan LHDN berhampiran dan berjumpa dengan kakitangan LHDN di situ atau membuat pendaftaran secara atas talian/ online di e-Daftar
2. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :
Pendaftaran secara e-Daftar :

  • Paspot bagi bukan warganegara Malaysia
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)

Pendaftaran secara manual :

  • Borang CP600
  • Kad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau paspot)
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
  • Penyata pendapatan/slip gaji
3. Setelah memperolehi nombor cukai pendapatan, anda sebagai pembayar cukai adalah bertanggungjawab untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sama ada menggunakan borang kertas atau melalui aplikasi e-Filing

LOGIN KALI PERTAMA DAN PERMOHONAN NO PIN E-FILING

1. Fungsi Login Kali Pertama digunapakai oleh pengguna yang ingin menggunakan sistem online. Pengguna mestilah melakukan fungsi Login Kali Pertama terlebih dahulu untuk memastikan pengguna memiliki sijil digital sama ada individu mahupun organisasi. Pengguna boleh log masuk seperti biasa apabila telah berjaya melakukan transaksi ini
2. Nombor PIN boleh didapati melalui mana-mana kaunter atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan
3. Permohonan No Pin e-Filing semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh dipohon secara online di Borang Maklum Balas Pelanggan :-

Langkah-langkah untuk Login kali pertama adalah seperti berikut :-

LAYARI LAMAN WEB  UNTUK  LOGIN KALI PERTAMA

Secara Online

Login ezHASiL Kali Pertama Secara Online
5. Di seksyen Login Kali Pertama, lengkapkan ruangan kosong dengan maklumat-maklumat yang diperlukan termasuklah nombor pin yang telah diperoleh serta nombor kad pengenalan pengguna
6. Klik Hantar untuk menghantar permohonan
MANUAL PANDUAN PENGGUNA LOGIN KALI PERTAMA 
Untuk butiran lebih terperinci mengenai langkah-langkah membuat login kali pertama, rujuk panduan pengguna:

Panduan Pengguna

Muat Turun Panduan Pengguna Login Kali Pertama
APLIKASI YANG MEMERLUKAN SIJIL DIGITAL
Berikut dikongsikan senarai aplikasi yang memerlukan pengguna untuk login dengan sijil digital sebelum dapat menggunakannya:
e-Filinge-Kemaskini
e-Filing – Cukai Keuntungan Harta Tanah
e-Filing – Cukai Pegangane-Lodgement – Cukai Keuntungan Harta Tanah
e-Lejar
e-SPCe-Data Praisi
My Tax
APLIKASI YANG TIDAK MEMERLUKAN SIJIL DIGITAL
Senarai aplikasi yang tidak memerlukan pengguna untuk login dengan sijil digital adalah seperti berikut:
e-Filing – Bayaran Cukai PeganganByrHASILSTAMPS
e-PCBe-Daftare-Data PCB
Kalkulator PCBe-Residence
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Login Kali Pertama Dan Permohonan No Pin ini boleh dirujuk menerusi pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi LHDN seperti berikut: 
Telefon : 1-800-88-5436
Twitter : @LHDNMOfficial
sila klik Laman Facebook Rasmi LHDN
sila klik Laman Web Rasmi LHDN

Related : borang e menghantar borang masukkan no maklumat berkaitan klik butang rm34,000 setahun, surat lantikan sebagai wakil individu lain selain pengarah tahun taksiran e borang cp55b ditandatangani oleh individu aplikasi ezhasil borang cp55b telah ditandatangani cawangan lhdnm, surat lantikan sebagai wakil tahun taksiran cp55b ditandatangani oleh individu cawangan lhdnm, individu lain selain pengarah borang cp55b telah ditandatangani

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan