Senarai kadar bayaran harga zakat fitrah 2024 seluruh negeri

Informasi

Informasi

Berikut ialah kadar bayaran harga zakat fitrah bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2024 bersamaan 1445 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri

Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri

Bayar zakat fitrah sepanjang bulan Ramadan bagi mengelakkan tanggungjawab itu tidak dapat ditunaikan pada saat akhir iaitu pada Hari Raya Pertama

Senarai Kadar Bayaran Harga Zakat Fitrah Tahun 2024 Seluruh Negeri Di Malaysia

Senarai kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 1445H / 2024M yang disertakan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Negeri Tahun 2023 Tahun 2024
PerlisRM7.00RM7.00/ RM10.00
KedahRM6.50/ RM7.00/ RM14.00 / RM21.00RM7.00/ RM14.50 / RM22.00
Pulau PinangRM7.00/ RM13.00/ RM20.00
RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
PerakRM7.00/ RM14.00/ RM21.00RM8.00/ RM16.00/ RM24.00
SelangorRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
Negeri SembilanRM7.00/ RM10.00/ RM21.00RM7.00/ RM12.50/ RM22.00
MelakaRM7.00/ RM14.00/ RM21.00RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
JohorRM7.00/ RM13.00RM7.00/ RM12.00/ RM20.00
PahangRM7.00/ RM14.00/ RM21.00RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
TerengganuRM7.00/ RM10.00/ RM24.00RM10.00/ RM22.00
KelantanRM7.00 /  RM14.00 / RM21.00
RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
SarawakRM7.00RM7.50
SabahRM7.00
RM7.50
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan
RM7.00/ RM14.00/ RM21.00RM7.00/ RM15.00/ RM22.00
  1. Negeri Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Kadar Zakat : Setiap pembayar zakat hendaklah memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka
  2. Contoh : Umat Islam di Negeri Melaka yang menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya

Semoga ibadah puasa yang dilaksanakan pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.Rebutlah keberkatan Ramadhan dengan berpuasa, memperbanyak amal-amal kebaikan dan berzakat.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan