Bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini akan diteruskan bagi tahun 2023 menurut ucapan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dalam Sidang Parlimen Dewan Rakyat, 20 Disember 2022. Beliau telah membentangkan peruntukan khas (bajet mini) untuk perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107 billion yang seterusnya telah diluluskan sebulat suara Dewan Rakyat termasuklah pengumuman berkaitan Bantuan tunai takyat yang kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Menurut beliau juga, bayaran BTR fasa 1 akan disalurkan awal pada bulan Januari 2023 dan bukanlah pada bulan Mac sepertimana yang diumumkan sebelum ini. ‘Saya mengambil pertimbangan untuk menyegerakan bantuan ini kerana masalah pekebun kecil getah dan petani, nelayan terutamanya di Terengganu & Kelantan yang terpaksa menanggung kesempitan akibat banjir, maka jadual bayaran pada bulan Mac itu akan diawalkan supaya mereka perolehi bantuan tunai ini pada bulan Januari’ ujar Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan
‘Bayaran Fasa 1 bantuan tersebut akan memberi manfaat 9 juta penerima dengan peruntukan RM 2 billion. Jumlah bayaran pula adalah sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah manakala yang masih bujang adalah sebanyak RM100′ kata Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat sesi pagi hari Selasa. Pengumuman ini diharapkan dapat memberi nafas lega kepada rakyat-rakyat Malaysia khususnya mereka yang terkesan dengan musibah banjir
Dewan Rakyat pada hari Selasa, 20 Disember 2022 telah pun sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022. Ini telah dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat setelah tiada perbahasan untuk kedua-dua usul yang telah dibentangkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) : Borang Permohonan, Semakan Status & Tarikh Bayaran
Berikut dikongsikan perincian mengenai STR terkini untuk rakyat yang disahkan untuk diteruskan pada tahun 2023 serta maklumat lain yang berkaitan.
TERKINI: Permohonan Baharu & Kemaskini STR Kini Dibuka!
TERKINI: Belanjawan 2023
Panduan lanjut: Intipati Belanjawan 2023
KEMASKINI: Bantuan Tunai Rakyat kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dibayar Mulai 17 Januari 2023 (Selasa)
Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan media seperti berikut:
Menerusi kenyataan ini, program bantuan tunai untuk B40 di bawah kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Akan dikemaskini di:Facebook
Apa itu Sumbangan Tunai Rahmah STR?
Ianya adalah bantuan tunai untuk B40 yang diberikan setiap tahun seperti yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam pembentangan bajet tahunan khusus untuk rakyat. Antara bantuan seperti ini bagi tahun sebelumnya termasuklah Bantuan Keluarga Malaysia, BPR, BSH dan BR1M.
Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Maka program bantuan tunai STR ini dilaksanakan.
Bayaran Fasa 1
Seperti bantuan-bantuan sebelum ini, bayaran bantuan dibuat secara beberapa fasa. Bagi bantuan tahun 2023, bayaran Fasa 1 akan dibuat seperti berikut:
Tarikh Bayaran
Fasa 1 : Diawalkan mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat (berbanding Mac seperti dimaklumkan sebelum ini)
Fasa 2 : Mulai 5 April 2023
Fasa 3 : Julai 2023
Fasa 4 : November 2023
Jumlah Bayaran
Fasa 1 :
Bayaran STR fasa 1 bagi 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pengkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti berikut:
- Isi rumah : RM 300
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM100
- Bujang : RM 100
Fasa 2 :
Bayaran STR fasa 2 akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pengkalan data STR secara berperingkat mulai 5 April 2023 (Rabu) bernilai RM1.26 bilion seperti berikut:
- Isi rumah : RM 200
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM100
- Bujang : RM 100
Siapakah yang layak menerima pembayaran pada Fasa 1 STR 2023?
Penerima STR 2023 yang layak menerima bayaran Fasa 1 adalah merujuk kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia 2022 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 31 Disember 2022.
Penunaian Di BSN
Bagi openerima STR yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 17 Januari 2023.
Video Penjelasan Bayaran Setiap Fasa
Permohonan Baharu & Kemaskini STR
Permohonan Baru atau Pendaftaran Baharu & Kemas Kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibuka seperti berikut:
- Tarikh buka: Mulai 1 Mac 2023
- Tarikh tutup: 31 Mac 2023
- Secara Online: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Secara Manual: Mulai 8 Mac – 31 Mac 2023
Info lanjut : Facebook
Langkah-langkah permohonan baharu secara online boleh dilakukan seperti di bawah:
1. Layari portal rasmi STR 2023
2. Klik Permohonan Baharu
3. Lengkapkan maklumat pemohon dengan mengisi nombor kad pengenalan, nombor telefon, pekerjaan, pendapatan kasar bulanan, status perkahwinan, alamat rumah, maklumat bank dan emel pemohon serta ruangan yang bertanda (*) kerana wajib diisi
4. Jika status perkahwinan adalah kahwin, pemohon dikehendaki untuk mengisi Maklumat Pasangan dengan lengkap.
5. Jika pemohon mempunyai anak, lengkapkan bahagian Maklumat Anak
6. Pastikan untuk klik Teruskan selepas mengisi semua maklumat dengan lengkap
7. Isi kod captcha seperti yang dipaparkan pada menu pengesahan dan klik Sahkan Captcha
8.Tandakan pada kotak yang disediakan selepas Perakuan Permohon dipaparkan
9. Selepas permohonan berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Klik Cetak untuk membuat cetakan salinan permohonan
Untuk langkah dan paparan yang jelas, sila rujuk panduan pengguna permohonan baru yang dikongsikan di bawah
Permohonan Menggunakan Borang
Pemohon yang ingin membuat permohonan secara manual juga boleh mendapatkan borang-borang secara percuma di Portal Rasmi STR, Pejabat LHDNM, Pejabat Satelit (PS), Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau muat turun di pautan:
- Borang Permohonan Baharu
- Borang Kemaskini Maklumat
- Borang Serahan Dokumen
- Borang Pembatalan Permohonan
Borang yang lengkap diisi boleh dihantar di pejabat LHDNM/ Pejabat Satelit/ Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau hantar secara pos dalam tempoh permohonan baharu dibuka ke alamat:
- Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Dokumen Sokongan
Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan atau kemaskini maklumat adalah seperti di bawah :
i. Pemohon:
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian / Pembubaran Perkahwinan (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii. Pasangan:
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
iii. Anak:
a. Anak Kandung – Salinan Sijil Lahir; dan Salinan MyKad / MyKid
b. Anak Angkat – Salinan MyKad / MyKid; dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN.
Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) perlu dilengkapkan dan diserahkan semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke Pejabat LHDNM atau di muat naik ke sistem STR semasa permohonan secara dalam talian.
Video Cara Mohon Baru & Kemaskini
Semakan Status Bayaran
Semakan status pembayaran akan dibuka mengikut ketetapan berikut:
- Tarikh: Mulai 17 Januari 2023
- Pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my
Sebarang maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR seperti pautan di atas.
Cara Semak Status Layak Fasa 1 STR
1. Layari Portal Rasmi STR
2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Log Masuk
3. Klik Semak
4. Pastikan kata kunci keselamatan betul
5. Masukkan kata laluan
6. Setelah berjaya log masuk, Klik Semakan Pembayaran Fasa 1
7. Maklumat akan dipaparkan. Klik Maklumat Bayaran untuk status pengkreditan.
Soalan Lazim & Panduan Penguna
Berikut adalah soalan lazim dan panduan pengguna bagi Sumbangan Tunai Rahmah :
- Panduan Pengguna Status Bayaran STR
- Soalan Lazim Pembayaran Fasa 1 STR
- Soalan Lazim Permohonan Baru dan Kemaskini Maklumat
- Panduan Pengguna Permohonan Baru STR
- Panduan Pengguna Kemaskini Maklumat
- Panduan Daftar Akaun MySTR
Video Penjelasan
Bantuan Tunai Rakyat atau Bantuan Keluarga Malaysia 2023
Mungkin ramai yang keliru, adakah bantuan yang diumumkan ini adalah sama dengan bantuan keluarga Malaysia yang telah diumumkan dalam bajet 2023 pada Oktober 2022 yang lalu.
Setakat yang diketahui setakat ini, Perdana Menteri mengumumkan bantuan bagi tahun 2023 masih diteruskan. Namun begitu nama bantuan tersebut tidaklah diumumkan secara terperinci malah jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima masih juga belum dimaklumkan.
Apa yang diketahui buat masa ini adalah pembentangan penuh Belanjawan 2023 akan dibentangkan semula pada Februari 2023. Justeru itu, perincian penuh dijangka akan diumumkan pada pembentangan tersebut.
Sebagai rujukan, berikut merupakan perincian usul bantuan tunai iaitu Bantuan Keluarga Malaysia 2023 yang telah dibentangkan oleh kerajaan terdahulu.
Bantuan Keluarga Malaysia 2023
Berdasarkan Bajet 2023 yang diumumkan Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2023, Bantuan Keluarga Malaysia diteruskan bagi tahun 2023 dengan ketetapan berikut:
1. Kategori: Pendapatan Isi Rumah :Kurang daripada RM2,500 sebulan
RM2,500 : 5 Anak atau Lebih
RM1,000 – RM2,000 : 1 – 4 Anak
2. Kategori: Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000
RM500 – RM1,250 : 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)
3. Kategori: Warga Emas Tiada Pasangan
RM600 (Bergantung kepada pendapatan)
4. Kategori: Bujang
RM350 (Bergantung kepada pendapatan)
– Bantuan tambahan untuk Ibu / bapa tunggal
RM500 (Tambahan)
Berikut adalah infografik Bantuan Keluarga Malaysia bagi tahun 2023 seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2023.
Untuk perincian lanjut mengenai Bantuan BTR 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan oleh pihak kerajaan sama ada daripada Kementerian Kewangan (MOF) ataupun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut boleh rujuk maklumat berikut.
- Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline BKK MoF : 03-8882 4565 / 03-882 4566
Related : meringankan beban sara hidup rakyat, golongan rentan dan mudah terjejas, pendekatan rahmah dalam membela nasib, pembayaran str fasa 1 untuk golongan b40 diawalkan, semakan status str 2023, penerima str yang tiada, permohonan str, tarikh bayaran str, semakan str, lembaga hasil dalam negeri malaysia lhdnm, bsn mulai 17 januari, simpanan nasional bsn mulai, turut menerima pembayaran, kelayakan str, jadual pembayaran, bantuan tunai rakyat btr, permohonan baru, syarat kelayakan, pembayaran str fasa 2, bantuan kewangan, laman web, kategori penerima, penerima bantuan, pembayaran sumbangan tunai rahmah, 2 tarikh jumlah bayaran, kategori isi rumah, tarikh bayaran str fasa 2, fasa 2 tarikh jumlah, kemaskini maklumat,