Semakan BKM 2022: Semak Status Kelulusan Bantuan Keluarga Malaysia Online

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Keluarga Malaysia atau (BKM) merupakan bantuan tunai yang diteruskan oleh kerajaan yang telah menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun sebelum ini. Bantuan tunai ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah khususnya golongan B40 dan miskin. Golongan M40 yang layak juga turut mendapat bantuan ini tidak kira isi rumah dan bujang

Seperti bantuan terdahulu, orang ramai yang layak menerima bantuan bolehlah membuat application baharu sekiranya nama masih tidak lagi terdapat dalam data penerima bantuan sebelum ini. Bagi mereka yang telah mendapat bantuan sebelum ini, hanya perlu membuat semakan status sahaja sama ada layak atau tidak layak untuk bantuan kali ini

Bagi mereka yang tidak lulus, kebiasaaanya application rayuan akan dibuka pada tarikh yang akan diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) atau Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Untuk mereka yang dah berubah status juga seperti baru berkahwin, bercerai atau bertambah bilangan anak boleh mengemaskini application juga

Untuk membuat semakan status bagi application BKM, pengguna boleh lah menggunakan empat cara iaitu terus ke laman web portal rasmi BKM yang disediakan pautannya di bawah. Satu lagi cara adalah dengan menggunakan aplikasi MyBKM LHDNM yang boleh dimuat turun terus ke telefon pintar masing-masing. Boleh juga hubungi talian LHDNM atau MOF serta kunjungi LHDN berhampiran. 

Semakan BKM Online 2022: Semak Status Kelulusan Bantuan Keluarga Malaysia

Berikut akan disediakan maklumat lanjut bagi cara membuat semakan status kelulusan bantuan keluarga malaysia bkm 2022 serta maklumat lain yang berkaitan:

Cara Semakan Status Permohonan Diterima

Untuk memastikan permohonan atau kemaskini BKM telah diterima, sila ikuti langkah berikut:

i. Online

  1. Layari Laman Web : Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia atau Aplikasi BKM :
  2. Klik pada pilihan log masuk dan memasukkan no. Kad Pengenalan lalu klik Semak
  3. Klik Ya jika kata kunci keselamatan adalah betul dan masukkan kata laluan lalu klik Log Masuk
  4. Klik Semakan Status dan paparan status akan ditunjukkan
  5. Sekiranya status permohonan menunjukkan ‘Permohonan Diterima’ bermaksud permohonan anda telah pun diterima oleh LHDNM

Bantuan Sara Hidup

i. Manual

Sekiranya membuat permohonan secara manual, setelah mengikut semua arahan yang diterangkan pegawai LHDNM di kaunter, pemohon akan menerima keratan kertas seperti gambar di bawah menunjukkan permohonan diterima (bergantung kepada kaunter masing-masing)

Bantuan Sara Hidup

 

Cara Semakan Status Kelulusan

Untuk membuat semakan status kelulusan BKM, bolehlah mengikut langkah berikut:

i. Online

  1. Layari Laman Web : Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia atau Aplikasi BKM :
  2. Klik pada pilihan log masuk dan memasukkan no. Kad Pengenalan lalu klik Semak
  3. Klik Ya jika kata kunci keselamatan adalah betul dan masukkan kata laluan lalu klik Log Masuk
  4. Klik Semakan Status dan paparan status akan ditunjukkan

ii. Hubungi LHDNM

  • 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

iii. Hubungi MOF

  • 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

iv. Kaunter LHDNM

  • Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Tarikh Semakan Status

Semakan status bkm 2022 bagi application baharu atau kemaskini rayuan akan dibuka pada tarikh yang akan diumumkan oleh LHDNM atau MOF.

  • Mulai 28 Mac 2022 (Isnin)

Semakan status bayaran Fasa 2 , tambahan &  rayuan akan dibuka pada tarikh yang akan diumumkan oleh LHDNM atau MOF:

  • Mulai 27 Jun 2022 (Isnin)

Semakan status bayaran Fasa 3 dan keputusan rayuan akan dibuka pada tarikh yang akan diumumkan oleh LHDNM atau MOF iaitu:

  • Mulai 20 September 2022 (Selasa)

Semakan status BKM bayaran Fasa 3 dan keputusan rayuan akan dibuka pada tarikh yang akan diumumkan oleh LHDNM atau MOF iaitu:

  • Akan dikemaskini

Maklumat lanjut

Untuk makluman jumlah bayaran atau sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh lah rujuk soalan lazim yang disediakan oleh LHDNM seperti pautan di bawah atau hubungi butiran berikut:

Related : 31 januari 2022, , 2022 cara, cara daftar, mempunyai anak menepati syarat, tambahan rm500, tiada pasangan, warga emas rm300, pendapatan isi rumah, penerima bkm, 60 tahun dan ke atas, ibu bapa tunggal, tunai bkm, semakan status bkm fasa 3, perdana menteri, berumur 59 tahun, tahun 2022 secara berperingkat bermula 15 november 2022 selasa,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan