Contoh Resume Terbaik Untuk Mohon Kerja

Informasi

wInformasi

Ramai mencari contoh resume terbaik kerana resume adalah dokumen yang lazimnya disediakan oleh seseorang untuk memohon pekerjaan di sesebuah syarikat. Kebiasaannya para pelajar lepasan universiti dan kolej akan berlumba-lumba menyediakan resume sebagai langkah awal untuk mencari peluang pekerjaan setelah menamatkan pengajian mereka. Dokumen ini amat penting kerana ia merupakan suatu peluang bagi pencari kerja untuk memberikan first impression kepada majikan sebelum dinilai dengan lebih lanjut menerusi sesi temuduga

Kandungan resume merangkumi maklumat ringkas peribadi, pencapaian akademik, kemahiran dan beberapa maklumat yang perlu berdasarkan bidang pekerjaan yang dimohon. Ringkasan pengalaman bekerja juga mustahak kerana ia dapat memberikan gambaran kepada majikan untuk menilai kebolehan setiap individu

Resume merupakan salah satu dokumen yang selalu diminta oleh majikan untuk mencari pekerja baru. Namun begitu, terdapat juga majikan yang memerlukan dokumen lain seperti biodata dan curriculum vitae (CV). Maka pencari kerja terutamanya graduan universiti dan kolej perlu peka dengan maklumat yang diperlukan oleh majikan sebelum memohon pekerjaan

Persaingan yang semakin tinggi hari ini memberikan cabaran kepada pencari kerja untuk memikat majikan yang menawarkan pekerjaan. Justeru, dengan menyediakan resume yang terbaik, majikan akan mendapat tanggapan pertama yang baik terhadap calon-calon yang mereka inginkan. Keyakinan diri pasti akan bertambah apabila resume yang digunakan mampu menarik minat majikan berbanding calon pencari kerja yang lain

Baca Juga : Cara Mudah Buat Resume Online Percuma

Contoh Resume Terbaik Lengkap Bahasa Melayu (Format Terkini)

Berikut dikongsikan ciri-ciri resume terbaik dan tips resume yang mampu menarik minat majikan terhadap pencari kerja

Ciri-ciri Resume Terbaik

  1.  Hanya satu (1) mukasurat
  2. Meletakkan gambar yang profesional
  3. Meletakkan maklumat untuk berhubung yang lengkap seperti nombor telefon dan email (masukkan maklumat)
  4. Pamerkan perkara yang berkaitan dengan pekerjaan yang dimohon sahaja
  5. Senaraikan tahap pendidikan dan pengalaman bekerja mengikut turutan. Bermula daripada yang terkini dahulu
  6. Gunakan font yang profesional seperti Sans Serif, Tahoma, Arial, Helvetica, Arial, Trebuchet MS ataupun Geneva. Saiz font yang sesuai adalah di antara 10 hingga 12

Berikut dikongsikan contoh resume terbaik untuk panduan:

Informasi

Informasi

Tips Resume Terbaik

  1. Hadkan penggunaan warna dalam resume. Hanya menggunakan dua atau tiga warna yang mempunyai tona yang sama
  2. Letakkan objektif yang ringkas serta berkaitan dengan jawatan yang dipohon
  3. Pastikan tiada kesilapan tatabahasa dan ejaan
  4. Tiada format yang tetap pada resume, bergantung kepada daya kreatif maing-masing untuk mereka bentuk resume

Contoh Kesalahan Resume

  • Menggunakan tulisan atau font yang sukar dibaca seperti yang terlalu cantik sehigga terdapat ruang yang sepatutnya boleh digunakan untuk memuatkan info lain.
  • Menulis perkara yang tidak penting dan tidak bersesuaian dengan kerja yang ingin dimohon
  • Terlupa untuk meletakkan maklumat penting seperti nombor telefon, alamat emel dan sebagainya.
  • Tidak meletakkan sebarang pengalaman kerja, sekiranya tiada, boleh sahaja meletakkan kerja yang pernah dibuat secara separuh masa ketika zaman sekolah dan lain-lain.
  • Meleret dengan info dan juga hiasan yang terlalu banyak sehingga menyukarkan majikan untuk membaca. Resume sepatutnya ditulis dengan ringkas dan padat, cukup sekadar info yang penting untuk majikan tahu.
  • Membina resume dengan menggunakan resume templates tetapi terlupa untuk memadam sebahagian daripada isi asal template resume tersebuh.
  • Meggunakan resume yang tidak dikemaskini untuk permohonan kerja baharu. Contohnya seperti umur tidak ditulis umur bagi tahun terkini dan juga perkara lain.
  • Tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai tugasan kerja yang pernah dilakukan yang berkaitan dengan kerja yang ingin dimohon.

Perbezaan Resume Dan CV

 Perbezaan antara resume dan CV adalah seperti berikut:

ResumeCV(Curiculum vitae)
Satu muka suratDua atau tiga muka surat
Tiada format tetapTerdapat format yang perlu diikuti
Gambar digalakkanTidak perlu untuk sertakan gambar 
Maklumat yang berkaitan jawatan sahajaMaklumat diri, pendidikan, pengalaman bekerja, pencapaian, kemahiran dan rujukan hendaklah disertakan
Tidak perlu Cover LetterPerlu sertakan Cover Letter

Related : download dan edit, menulis resume, download contoh, permohonan kerja, templates untuk download, microsoft word, untuk edit, download resume,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan