GKP 4.0 : Semakan dan Permohonan Geran Khas Prihatin 2021

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Tahun 2020-2021 merupakan tahun yang mencabar bukan sahaja bagi rakyat dan negara Malaysia, malah seluruh dunia berikutan penularan wabak COVID-19. Urusan perniagaan seperti biasa harus ditutup seketika bagi mengelakkan penyakit ini merebak. Ekonomi masyarakat dan juga negara pastilah terjejas. Namun kerajaan amat bertimbang rasa terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro di Malaysia dengan menyediakan Geran Khas Prihatin (GKP) yang boleh dibuat secara atas talian (permohonan online)

Inisiatif Geran Khas Prihatin ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan). Ianya diharap dapat membantu meringankan beban kewangan perniagaan para pengusaha dalam industri PKS mikro yang terjejas akibat wabak COVID-19. Objektifnya adalah tiada siapa yang akan tercicir dalam menerima bantuan kerajaan

Apa itu Bantuan GKP?

Pemberian GKP iaitu pembayaran berjumlah RM3,000 akan dikreditkan secara one-off atau sekali bayaran ini dijangka memberikan manfaat kepada hampir 700 ribu PKS mikro di seluruh negara. Yang menariknya lagi, geran ini adalah berbeza dengan pinjaman iaitu anda tidak perlu membayar kembali geran/dana tersebut kerana ini bukanlah pembiayaan.

Syarat-syarat wajib permohonan bagi mendapatkan bantuan kerajaan ini adalah PKS mikro mestilah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum atau pada 31 Disember 2019. Kerajaan juga akan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai pengesahan

Permohonan GKP 4.0 & Semakan GKP Tambahan Serta Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin 2021

Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Geran Khas PRIHATIN dan cara membuat semakan status permohonan Geran Khas PRIHATIN secara online beserta maklumat lain berkaitan

KEMASKINI: Bayarann Kedua GKP 4.0

Menurut Perdana Menteri, Bayaran GKP 4.0 bagi bulan November akan dibuat pada:

  • Bayaran : Mulai 23 November 2021

KEMASKINI: Bayaran GKP 4.0

Menurut Perdana Menteri, Bayaran GKP 4.0 bagi bulan September akan dibuat pada:

  • Bayaran : Mulai 21 September 2021
  • Semakan Status: 20 September 2021

KEMASKINI: Geran Khas Prihatin GKP 4.0

Menurut Menteri Kewangan, bagi GKP 4.0 akan diberikan kepada:

  • Penerima sedia ada
  • Penerima baharu

Akan dibayar pada bulan:

  • RM500 : September 2021
  • RM500 : November 2021

Permohonan Baharu GKP 4.0 akan dibuka pada:

  • Mula: 15 Julai 2021
  • Tutup: 31 Julai 2021

Untuk memohon, ikuti langkah berikut:

1. Layari : Portal GKP LHDNM 
2. Masukkan IC dan kod captcha klik semak
3. Klik Permohonan Baharu
4. Isikan butiran diperlukan
5. Klik teruskan dan hantar

Panduan lanjut boleh rujuk:

Kerajaan bersetuju menyediakan bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada penerima layak sebanyak RM500, yang akan dibayar pada September dan RM500 lagi pada November 2021.

Geran Khas Prihatin GKP 3.0

Kadar GKP akan ditambah menjelang PKP 3.0

Di bawah PEMERKASA Tambahan, kerajaan telah bersetuju untuk menambah kadar GKP menjadi RM1500 bagi membantu PKS yang terjejas.

  • Dibayar Jun 2021: RM1,000
  • Dibayar Julai 2021: RM500
    • Maklumat berkaitan akan dikemaskini

Sebelum ini, semua Penerima GKP 1.0 & GKP 2.0 tidak perlu memohon semula & akan menerima bayaran tambahan RM1,000

  • Bagi yang belum membuat permohonan, GKP 3.0 akan dibuka 1 April hingga 15 April
  • PKS mikro yang layak untuk GKP 3.0 adalah perniagaan yang menepati kriteria PKS mikro dan juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pihak Berkuasa Tempatan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) setakat 28 Februari 2021
  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi Portal GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my/


Kemaskini: Geran Khas Prihatin 3.0 Diumumkan dibawah PEMERKASA

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) akan diteruskan di bawah PEMERKASA.

  • Pemohon yang layak akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM1,000.
  • Permohonan akan dibuka pada 1 April 2021

Bantuan Kerajaan

GKP Tambahan / GKP PERMAI

TERKINI: Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang masih belum menerima bayaran GKP Tambahan di bawah Pakej PERMAI adalah disarankan membuat semakan status bayaran (rujuk di bawah).

Untuk penerima yang berstatus Gagal Kredit, hendaklah mengemaskini maklumat akaun bank dengan segera bagi membolehkan urusan pembayaran semula dibuat. Mereka boleh membuat kemas kini mulai 5 Mei 2021 hingga 19 Mei 2021

Tarikh bayaran semula GKP Tambahan PERMAI ke akaun bank yang dikemaskini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

Bantuan Kerajaan

Kemaskini: Kerajaan telah mengumumkan bayaran GKP Tambahan seperti berikut:

Bantuan Kerajaan

Kemas Kini Maklumat Akaun Bank Sehingga 15 Mac 2021

Bantuan Kerajaan

Kemaskini: Kerajaan akan meluaskan GKP Tambahan ini kepada:

  • 500,000 PKS di tujuh negeri PKP dengan bayaran RM1,000
  • Manakala 300,000 PKS di negeri yang lain akan menerima RM500

Namun demikian, sekiranya terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP, Kerajaan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri tersebut dengan serta merta.

Siapa Layak Menerima GKP Tambahan? 

GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang telah lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan.

Bila Tarikh Bayaran? 

Tarikh pembayaran adalah mulai 25 Mac 2021

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk FAQ di pautan berikut:

GKP 2.0

Geran Khas PRIHATIN (GKP) 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan

Kemaskini : Berdasarkan pengumuman oleh Menteri Kewangan, Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 akan dibuka mulai 7 Disember 2020 sehingga 21 Disember 2020.

Kemaskini : Semakan status kelulusan Geran Khas Prihatin 2.0 boleh dibuat mulai 27 Oktober 2020. Manakala pembayaran akan dibuat bermula 30 Oktober 2020

Pembukaan Semula Permohonan GKP : Semasa Perutusan Khas Kita Prihatin, kerajaan akan membuka semula Permohonan GKP bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020 dengan cara permohonan yang sama seperti sebelum ini. GKP akan dibuka kepada peniaga mikro yang berdaftar atau pemegang lesen berniaga dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan sehingga 31 Ogos 2020. Bayaran GKP pula disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020

Semakan GKP Keputusan Geran Khas Prihatin 2.0

Menurut LHDNM, pemohon yang telah membuat permohonan boleh membuat semakan keputusan permohonan mulai 27 November 2020. Semakan status boleh dibuat melalui kaedah di bawah:

  • Aplikasi Semakan: https://gkp.hasil.gov.my/
    • gkp https gkp.hasil.gov.my
  • NOTA: Tarikh pembayaran Geran Khas Prihatin 2.0 akan dibuat dijangka mulai 30 November 2020. Kaedah pembayaran adalah secara kredit ke akaun bank pemohon yang layak (akaun bank mestilah aktif)

Semakan Status Rayuan GKP 2.0

Menurut Menteri Kewangan dalam Laporan Laksana pada 6 Januari 2021, proses semakan permohonan baru dan rayuan sedang dalam proses semak silang setakat ini. Justeru itu keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kadar Bantuan 

Seperti sebelum ini iaitu GKP, GKP 2.0 juga memberikan bantuan secara one off atau sekali bayaran kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro berjumlah:

  • Jumlah Bantuan : RM3,000

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0:

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini
  2. Pemohon perlulah berstatus warganegara Malaysia
  3. Pemohon adalah mereka yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
    • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang iaitu tidak termasuk pemilik
  4. Mestilah berdaftar dengan agensi berikut:
    • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 atau
    • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
  5. Masih lagi aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat

Nota: Bagi yang berdaftar dengan agensi kerajaan contohnya SSM dan PBT tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, masih layak memohon Geran Khas PRIHATIN 2.0 dengan mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon

Bagi mereka yang termasuk dalam kategori di atas,  permohonan GKP boleh dilakukan mengikut kaedah permohonan di bawah:

Tarikh Permohonan GKP Geran Khas Prihatin 2.0 

  • Buka: 1 Oktober 2020 
  • Tutup: 31 Oktober 2020

Cara Mohon GKP 2.0 (Borang Online)

Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) sahaja (secara manual tidak diterima) menerusi pautan yang disediakan LHDNM seperti di bawah:

Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0

Sekiranya permohonan GKP gagal, pemohon boleh membuat permohonan rayuan di portal yang sama bermula 7 Disember 2020 hingga 21 Disember 2020. Keputusan rayuan akan dimaklumkan pada tarikh yang akan dikemaskini dan pembayaran pula pada tarikh yang akan dimaklumkan. Keterangan kod tidak lulus GKP 2.0 adalah seperti berikut:

Bantuan Kerajaan

Kemaskini: Keputusan Rayuan GKP 2.0 sedang melalui proses semak silang. Tarikh pembayaran disasarkan akan dibuat pada bulan Mac 2021

Geran Khas PRIHATIN 1.0

Geran Khas Prihatin yang diumumkan sebelum ini adalah sama dengan GKP 2.0 kecuali sesiapa yang telah menerima GKP 1.0 tidak lagi akan menerima GKP 2.o. Butiran permohonan GKP adalah seperti berikut:

  • Mula: 1 Mei 2020
  • Tutup: 15 Mei 2020
  • Aplikasi Permohonan: Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP)
  • Nota: Borang https gkp.hasil.gov.my diaktifkan pada 1 Mei 2020, jam 900 pagi dan permohonan secara manual tidak akan diterima

Semakan Keputusan GKP Lulus Atau Tidak

Menurut LHDNM, pemohon yang telah membuat permohonan boleh membuat semakan keputusan permohonan mulai 3 Jun 2020. Bagi permohonan yang masih dalam proses semakan, keputusan akan dimaklumkan bermula 8 Jun 2020. Semakan status boleh dibuat melalui kaedah di bawah:

NOTA: Tarikh pembayaran Geran Khas Prihatin akan dibuat pada mulai 15 Jun 2020. Kaedah pembayaran adalah secara kredit ke akaun bank pemohon yang layak (akaun bank mestilah aktif)

Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin

Sekiranya permohonan GKP gagal, pemohon boleh membuat permohonan rayuan di portal yang sama bermula 3 Jun 2020 hingga 15 Jun 2020. Keputusan rayuan akan dimaklumkan bermula 22 Jun 2020 dan pembayaran pula dijangka akan dibuat bermula 29 Jun 2020

Maklumat dan Pertanyaan

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Geran Khas Prihatin (GKP), sila rujuk soalan lazim seperti di bawah atau layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut:

Related : cara permohonan syarat permohonan memohon gkp permohonan baru pembayaran akan dikreditkan, dibuat secara berperingkat, permohonan baharu,pembayaran gkp 3.0, pemulih 2021, log masuk, permohonan gkp 4.0

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan