Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 14 November 2019 jam 02:59 PM
Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng telah mengumumkan pada pembentangan Belanjawan 2019 bahawa Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) akan diteruskan bagi tahun 2019. Justeru itu, para penerima sedia ada disarankan untuk mengemaskini maklumat peribadi bagi memastikan agar permohonan anda tidak ditolak dan terus menerima BSH pada tahun 2019
Bantuan Sara Hidup Rakyat dulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Setelah Pilihan Raya Umum ke-14, bantuan kewangan ingin dijenamakan semula dan akan diperkemaskan bagi memastikan agar hanya golongan yang betul-betul layak sahaja mendapat bantuan ini
Pada tahun 2018, seramai 7.2 juta rakyat Malaysia yang layak menerima BSH dan telah menelan kos sebanyak RM6.3 bilion. Menurut laporan oleh Khazanah Research Institute (KRI), isi rumah berpendapatan bawah RM2,000 hanya ada lebihan RM76 untuk dibelanjakan setiap bulan. Dengan adanya bantuan ini, sekurang-kurangnya golongan yang kurang berkemampuan dapat meningkatkan kuasa pembelian dan permintaan terhadap barang-barang justeru merangsang perkembangan ekonomi.
CARA KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT (BSH) 2020
![]() |
Berikut MYsumber berikan cara untuk membuat pengemaskinian permohonan BSH 2020 bagi penerima sedia ada pada tahun-tahun sebelum ini serta beberapa info penting berkaitan:
KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP 2019 | ||
Pengemaskinian maklumat BSH merangkumi perkara berikut: | ||
![]() | ||
![]() | ||
![]() |
Maklumat Yang Perlu Dikemaskini | |
![]() | |
Sekiranya pemohon tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, anda disyorkan memberikan maklumat akaun bank untuk BSH 2019 melalui sistem kemaskini online atau secara manual (pengisian borang) bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan | |
![]() ![]() | |
![]() | |
Kemas kini / Daftar telefon bimbit dengan tujuan login ke Menu MyBSH untuk menyemak status bagi penerima bayaran fasa pertama BSH 2020 boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan hadir ke LHDNM dan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) bermula pada tarikh yang akan dikemaskini | |
![]() | |
![]() | |
![]() | |
![]() | |
![]() |
CARA MEMBUAT KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP 2020 MENGGUNAKAN BORANG ONLINE DAN MANUAL
Berikut adalah info tarikh dan panduan membuat pengemaskinian secara atas talian dan manual bagi pemohon sedia ada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2020
![]() | |
![]() | ![]() |
. | . |
![]() |
KAEDAH KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP 2020
![]() |
Maklumat penting peribadi boleh dikemaskini secara online di portal khusus rasmi MYBSH yang dikelolakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) |
Salinan pengemaskinian maklumat BSH adalah disarankan untuk dicetak sebagai rujukan |
![]() |
![]() |
![]() ![]() |
Setelah mengisi No. MyKad dan klik butang semak, pemohon perlu mendapatkan No. TAC yang akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan (No. TAC hanya sah digunakan selama 24 jam, sekiranya melebihi had masa tersebut, pemohon perlu memohon semula No. TAC yang baru) |
![]() |
Kemaskini hanya boleh dibuat oleh pemohon yang telah mendaftar permohonan baharu serta menyimpan permohonan secara online. Pemohon tidak boleh mengemaskini sekiranya tindakan telah diambil oleh cawangan. Sekiranya ingin membuat kemaskini pada permohonan yang telah diambil tindakan oleh cawangan, pemohon perlu hadir di mana-mana cawangan LHDNM bagi membuat kemaskini secara manual |
![]() |
![]() |
Sila pastikan nombor telefon pemohon diisi dengan betul bagi kegunaan log masuk dalam MyBSH |
![]() |
Terhad kepada 4 orang anak sahaja untuk diisi dan layak menerima bantuan |
![]() |
Sekiranya tiada akaun bank, akaun tidak sah atau pindahan tidak berjaya dijalankan, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun baru pemohon tertakluk pada terma dan syarat |
![]() |
Waris yang layak didaftarkan untuk permohonan BSH 2019 adalah ibu, bapa, pasangan, anak, adik-beradik, dan cucu |
![]() |
Terhad kepada saiz 3MB sahaja setiap fail dan maksimum 6 fail |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() ![]() |
![]() ![]() |
![]() |
![]() |
Pemohon boleh berkujung ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau muat turun di Portal Rasmi BSH bagi mendapatkan borang manual kemaskini BSH |
Borang kemaskini masklumat yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh akhir kemaskini |
Muat Turun Borang Kemaskini BSH 2019 |
![]() ![]() |
![]() ![]() |
Waktu Operas Kaunter BSH LHDNM |
![]() ![]() |
LAIN-LAIN INFO KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT 2020
Perbezaan Permohonan Baru VS Kemaskini Permohonan | |
Permohonan baru tidak perlu dilakukan bagi penerima sedia ada BSH 2019 yang telah layak dan menerima bantuan sebelum ini. Tetapi kemaskini permohonan perlu dilakukan dengan memberikan maklumat terkini untuk mengelakkan kegagalan permohonan | |
Kepentingan Mengemaskini BSH 2019 | |
Kemaskini perlu dilakukan pada tahun ini berikutan perubahan kategori dan jenis bantuan seperti jumlah tambahan bantuan buat anak-anak yang mana maklumat perlu diberikan dengan lengkap bagi melayakkan penerimaan bantuan | |
Kebanyakan permohonan gagal atau lambat diproses berikutan maklumat yang diberikan adalah tidak lengkap atau terkini | |
Bagi penerima yang memberikan nombor akaun bank, sila pastikan nombor yang diberikan adalah tepat agar bantuan dapat disalurkan dengan sempurna | |
Sesetengah pemohon beranggapan apabila status semakan permohonan menunjukkan didaftarkan mereka tidak perlu lagi membuat kemaskini permohonan. Perlu diingatkan bahawa status permohonan didaftarkan itu adalah berdasarkan permohonan pada tahun-tahun sebelumnya. Justeru itu, permohonan tidak semestinya diterima terutama sekali bagi yang telah lama memohon seperti penerima BR1M 2016 yang tidak mengemaskini pada tahun 2017 dan seterusnya. | |
Meskipun tiada sebarang pindaan yang perlu dibuat bagi kemaskini maklumat yang telah di hantar / dilengkapkan pada BSH terdahulu, penerima sedia ada disarankan melakukan juga kemaskini dengan membuat / menghantar pengemaskinian untuk BSH 2019 bagi mengesahkan bahawa maklumat tersebut dapat dipastikan adalah yang terkini di samping mengesahkan bahawa penerima masih hidup | |
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN | |
Sekiranya pemohon mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila rujuk FAQ yang disediakan atau hubungi butiran yang berikut: | |
![]() ![]() | |
![]() ![]() | |
Talian bebas tol 1800-88-2747 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke bsh@treasury.gov.my | |
Berhubung terus ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan | |
Kunjungi Facebook rasmi (LHDNM) di pautan berikut untuk pertanyaan secara langsung | |
![]() ![]() |