Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa bantuan buat semua rakyat Malaysia pada perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Antaranya adalah Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Terkini, BPN telah diteruskan dan diberi nama BPN 2.o
Kerajaan akan memberikan Bantuan PRIHATIN Nasional iaitu pemberian tunai secara ‘one off’ dengan peruntukan hampir RM10 bilion bagi meringankan pendapatan rakyat yang terjejas. Ia susulan penularan wabak COVID19 dan juga pelaksanaan perintah kawalan pergerakan
Buat kali pertama, bantuan ini juga akan disalurkan kepada kumpulan M40 selain golongan B40. Ianya termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah. Permohonan dan semakan BPN boleh dibuat di portal rasmi LHDN seperti dikongsikan di pautan di bawah
Semakan BPN 2.0 Status Bantuan Prihatin Nasional (Bayaran Fasa 2)
Kemaskini 27 Januari 2021: Bagi Bayaran Fasa 2 BPN 2.0 3.8 juta akaun akan dikreditkan 25 hingga 29 Januari 2021
Berikut adalah cara untuk membuat semakan serta maklumat lain yang berkaitan:
Tarikh Rasmi Semakan
Semakan status boleh dibuat seperti ketetapan dan perincian berikut:
- Tarikh Semakan:
15 Oktober 202015 Januari 2021
Kaedah Semakan Status
Semakan status BPN boleh dilakukan di pautan di bawah:
- Aplikasi Semakan: https://bpn.hasil.gov.my/
Cara Semak Status BPN / Permohonan Diterima / No. Baucar
Untul membuat semakan, ikuti langkah berikut:
- Masukkan nombor Kad Pengenalan (IC)
- Masukkan kod capctha yang diberikan dan klik butang Semak
- Keputusan semakan status akan dipaparkan
- Klik pada paparan maklumat bayaran
- Masukkan kata laluan / password anda, klik log masuk
- Klik pada maklumat bayaran
- Nombor Siri akan dipaparkan.
Setelah membuat semakan, beberapa jenis status akan dipaparkan berdasarkan maklumat pemohon. Bagi mereka yang menepati syarat kelayakan tetapi tidak lulus atau tersenarai sebagai penerima, sila lakukan permohonan baharu atau permohonan rayuan di aplikasi yang sama bermula 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020
Permohonan Rayuan & Permohonan Baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional BPN 2.0 serta maklumat lain yang berkaitan bantuan tambahan golongan B40 dan M40 termasuklah kategori, jumlah dan tarikh bayaran:
Jumlah BPN 2.0 Dan Tarikh Pembayaran
Berikut adalah ringkasan pemberian bantuan mengikut jumlah bantuan, kategori penerima dan tarikh pembayaran:-
Kategori Jumlah Bantuan Dan Syarat Kelayakan Pendapatan
1. Isi Rumah B40 : RM1,000
- Berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,000 dan ke bawah
- Melibatkan hampir 3.7 juta isi rumah
- Bayaran RM700 akan dibayar pada hujung bulan Oktober 2020 dan RM300 bermula 21 Januari 2021
2. Isi Rumah M40 : RM600
- Berpendapatan bulanan lebih daripada RM4,001 hingga RM8,000
- Melibatkan hampir 1.4 juta isi rumah
- Bayaran RM400 akan dibayar pada hujung bulan Oktober 2020 dan RM200 bermula 2 Januari 2021
3. Bujang B40 : RM500
- Berpendapatan bulanan kurang daripada RM2,000 dan ke bawah
- Melibatkan 3.8 juta individu bujang
- Bayaran RM350 akan dibayar pada hujung bulan Oktober 2020 dan RM150 bermula 21 Januari 2021
4. Bujang B40 : RM300
- Berpendapatan bulanan lebih daripada RM2,000 hingga RM4,000
- Melibatkan 1.7 juta individu bujang
- Bayaran RM200 akan dibayar pada hujung bulan Oktober 2020 dan RM100 bermula 25 Januari 2021
Penerima tanpa akaun bank : Mulai 25 Januari 2021
Penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank : Mulai awal bulan Februari sehingga 1 April 2021
TARIKH PEMBAYARAN BPN 2.0 | ||||
Kategori & Pendapatan Bulanan | B40 Isi Rumah RM4,000 ke bawah | B40 Bujang RM2,000 ke bawah | M40 Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000 | M40 Bujang RM2,001 hingga RM4,000 |
Jumlah Bantuan BPN | RM1,000 | RM500 | RM600 | RM300 |
Fasa Pertama & Kedua | Oktober 2020: RM700 Januari 2021 : RM300 | Oktober 2020: RM400 Januari 2021 : RM200 | Oktober 2020: RM350 Januari 2021 : RM150 | Oktober 2020: RM200 Januari 2021 : RM100 |
Tempoh Pembayaran | Secara Berperingkat Mulai 26 Oktober 2020 | |||
Pembayaran Pemohonan Baharu dan Rayuan BPN 2.0 | Dibayar sekaligus bermula 21 Januari 2021 |
Untuk membuat Permohonan atau mengetahui sama ada lulus atau tidak layak menerima Bantuan, pemohon hendaklah membuat semakan BPN 2.0 terlebih dahulu mulai 15 Oktober 2020
Untuk penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, bayaran akan dibuat secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 26 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020
Permohonan Baru / Rayuan Bantuan Prihatin Nasional
Berikut adalah cara untuk membuat Permohonan baharu atau rayuan BPN serta maklumat lain yang berkaitan:
Tarikh Permohonan Baru Dan Rayuan 2.0
Permohonan baru atau rayuan boleh dibuat seperti ketetapan dan perincian berikut:
- Tarikh: 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020
- Borang Permohonan: Borang Permohonan Baharu BPN 2.0
- Borang Pembatalan: Borang Pembatalan Permohonan BPN
Maklumat Berkaitan
Berikut adalah maklumat lanjut bagi permohonan BPN:
Bantuan Prihatin Nasional 1.0
Berikut adalah ringkasan pemberian bantuan BPN mengikut jumlah bantuan, kategori penerima dan tarikh pembayaran:-
Kategori Jumlah Bantuan Dan Syarat Kelayakan Pendapatan
1. Isi Rumah : RM1,600
- Berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,000 dan ke bawah
- Melibatkan hampir 4 juta isi rumah
- Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020
2. Isi Rumah : RM1,000
- Berpendapatan bulanan lebih daripada RM4,001 hingga RM8,000
- Melibatkan hampir 1.1 juta isi rumah
- Bayaran pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei
3. Bujang : RM800
- Berpendapatan bulanan kurang daripada RM2,000 dan ke bawah
- Melibatkan 3 juta individu bujang
- Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020
4. Bujang : RM500
- Berpendapatan bulanan lebih daripada RM2,000 hingga RM4,000
- Melibatkan 400,000 individu bujang
- Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei
TARIKH PEMBAYARAN BPN 1.0 FASA 2 | ||||
Kategori & Pendapatan Bulanan | B40 Isi Rumah RM4,000 ke bawah | B40 Bujang RM2,000 ke bawah | M40 Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000 | M40 Bujang RM2,001 hingga RM4,000 |
Jumlah Bantuan BPN | RM1,600 | RM800 | RM1,000 | RM500 |
Fasa 1 & 2 Pembayaran | April: RM1,000 Mei: RM600 | April : RM500 Mei: RM300 | April: RM500 Mei: RM500 | April: RM250 Mei: RM250 |
Tempoh Pembayaran | 4 hingga | 13 hingga | ||
Pembayaran Pemohonan Baharu dan Rayuan BPN | 15 hingga 20 Mei 2020 | |||
Menurut Laporan Laksana Ke-6 pada 19 Mei 2020, bagi bayaran BPN Fasa 2, sasaran sebelum ini adalah untuk menyempurnakan bayaran pada hujung minggu lalu, namun disebabkan oleh beberapa kekangan teknikal, usaha penyaluran bayaran akan berterusan sehingga 22 Mei 2020 | ||||
![]() | ||||
TARIKH PEMBAYARAN BPN 1.0 FASA 1 | ||||
Kategori & Pendapatan Bulanan | B40 Isi Rumah RM4,000 ke bawah | B40 Bujang RM2,000 ke bawah | M40 Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000 | M40 Bujang RM2,001 hingga RM4,000 |
Jumlah Bantuan BPN | RM1,600 | RM800 | RM1,000 | RM500 |
Fasa 1 & 2 Pembayaran | April: RM1,000 Mei: RM600 | April : RM500 Mei: RM300 | April: RM500 Mei: RM500 | April: RM250 Mei: RM250 |
Tempoh Pembayaran | 6 hingga 12 April 2020 | 13 hingga 15 April 2020 | ||
Kaedah Pembayaran | Bayaran akan dibuat secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) | |||
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank. pembayaran akan dibuat secara tunai selepas tamat Perintak Kawalan Pergerakan (PKP). Bagi penerima BPN kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank, BPN akan dibayar sekaligus dengan bayaran BSH 2020 fasa ketiga | ||||
![]() |
Jenis Status Semakan BPN
Setelah membuat semakan, beberapa jenis status akan dipaparkan berdasarkan maklumat pemohon. Berikut adalah status dan keterangan untuk makluman umum:
- Lulus : Permohonan telah lulus dan bayaran akan dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan
- Tidak Lulus : Permohonan tidak lulus dan perlu memohon/boleh membuat rayuan di Butang Permohonan Rayuan
- Tiada Rekod : Permohonan tiada rekod dan boleh membuat Permohonan di Butang Permohonan Baru
- Tiada Layak : Permohonan tidak layak
- Dalam Proses : Permohonan telah diterima dan sedang dalam proses semakan kelayakan oleh LHDN sama ada lulus atau tidak (gagal kredit)
Bagi penerima yang berstatus lulus dan layak bayaran fasa pertama, semakan semula di Portal BPN mungkin mendapati status BPN telah bertukar kepada tidak layak. Berdasarkan Soalan Lazim LHDNM, semakan semula status BPN bertukar kepada Tidak Layak kerana alasan berikut:
- Duplikasi Permohonan : Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan
- Pemohon / Pasangan Mempunyai Syarikat : Semakan mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM) Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) jika berkelayakan
- Pendapatan Melebihi Kelayakan : Semakan data agensi mendapati pendapatan bujang / isi rumah melebihi kelayakan
- Menetap Luar Negara : Pemohon berada di luar negara
Bagi mereka yang menepati syarat kelayakan tetapi tidak tersenarai sebagai penerima, sila lakukan permohonan baru atau permohonan rayuan di aplikasi yang sama bermula 3 April 2020
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), pemberian BPN 1.0 akan menggunakan data yang telah ada di LHDNM sama ada bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini ataupun pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM.
Langkah Permohonan Baru BPN 1.0
![]() |
![]() |
Baki Duit BSH
Selain pemberian bantuan di atas, Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion. Maklumat lanjut, sila rujuk Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup
Related : duda yang tidak mempunyai ibu atau bapa tunggal balu janda duda yang mempunyai anak bujang atau bapa tunggal balu janda duda yang mempunyai anak