Semakan BSH 2020 status keputusan permohonan dan rayuan

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2018 diteruskan dengan nama yang baru iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Bukan sekadar penjenamaan semula, terdapat perbezaan dari segi jumlah bantuan yang diberikan begitu juga dengan kategori penerima yang layak mendapat BSH. Ini bagi memastikan bantuan diberikan kepada mereka yang betul-betul layak iaitu menepati syarat kelayakan BSH 2020

Oleh itu, bagi mereka yang layak dan belum pernah memohon, perlulah membuat permohonan baharu pada masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Permohonan baru dan penerima Bantuan Sara Hidup sedia ada dari kategori isi rumah atau bujang boleh melakukan semakan BSH status kelulusan Bantuan Sara Hidup secara atas talian bagi mengetahui sama ada permohonan mereka berjaya atau gagal

Status kelulusan semakan bantuan sara hidup akan mengambil masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dan verifikasi kelayakan seperti maklumat pendapatan isi rumah dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia

Kerajaan juga telah mengumumkan pemberian Bantuan Prihatin Nasional BPN berjumlah RM500 hingga RM1,600 untuk mereka yang layak menerima daripada kategori B40 dan M40 yang dibayar pada Fasa 1 – April dan Fasa 2 – Mei 2020

Semakan BSH 2020 Status Kelulusan Permohonan Atau Status Rayuan

Info Terkini: Semakan Rayuan BSH boleh dibuat mulai 16 November 2020 dan bayaran akan dibuat mulai 23 November 2020

Kemaskini: Bayaran Fasa 3 akan dibuat mulai 24 Julai 2020 (Jumaat), Bagi permohonan baharu BSH yang layak, bayaran fasa 1 dan 2 akan dibuat secara sekaligus dalam fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020. Permohonan Rayuan akan dibuka mulai 7 Ogos 2020 hingga 6 September 2020 secara online atau manual di LHDNM/PKH/UTC

Kemaskini: Baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada Julai 2020 (BSH Fasa 3) melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion

Kemaskini Februari 2020: Kerajaan telah mengumumkan untuk awalkan bayaran ansuran Fasa 2 (Fasa Kedua) Bantuan Sara Hidup bulan Mei sebanyak RM200 ke bulan Mac 2020. Tarikh bayaran pertama telah dibuat pada 20 Januari 2020 yang lalu. Kerajaan juga akan membayar kepada setiap penerima BSH tambahan RM100 dikreditkan ke dalam akaun bank pada bulan Mei serta tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai

Tarikh semakan keputusan mereka yang berjaya dalam permohonan BSH adalah mulai 24 Julai 2020 iaitu selaras dengan hari mula pembayaran BSH 2020 fasa ketiga.

Pemohon boleh membuat semakan BSH secara atas talian (online) dengan hanya log masuk laman aplikasi MyBSH (Dahulunya MyBR1M). Cara semakan status kelulusan adalah seperti langkah mudah berikut

Cara Semak BSH Bantuan Sara Hidup 

Panduan membuat semakan status permohonan BSH adalah seperti di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi BSH : https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspxBantuan Sara Hidup
  2. Klik pada menu “Semakan Status Permohonan (Maklumat Pembayaran BSH 2020)”
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad)
  4. Isikan kod captcha dan tekan butang “Semak”
  5. Maklumat yang akan dipaparkan adalah seperti berikut:
    i. Status Permohonan
    ii. Maklumat Pembayaran (Sekiranya ada)

Penerangan Status Semakan Kelulusan Permohonan BSH 2020

StatusPenerangan
Permohonan DiterimaPermohonan telah dikemaskini bagi BSH 2020 tetapi belum menjalani proses semakan dan verifikasi kelayakan
Belum Kemas KiniPermohonan sebelum ini yang telah di bawah ke BSH 2020. Jika tiada sebarang perubahan maklumat, tindakan kemas kini tidak perlu dibuat. Permohonan tersebut akan melalui proses semakan dan verifikasi kelayakan berdasarkan maklumat BSH sebelum ini
Tidak LayakSila Hubungi cawangan LHDNM berdekatan bagi mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak berkenaan
Tiada RekodTidak mempunyai rekod Permohonan BSH sebelum ini. Permohonan hanya boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020 sahaja.
Dalam Proses PengkreditanMerujuk kepada data pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 dalam Proses Pengkreditan ke akaun mulai 20 Januari 2020.
Gagal KreditSurat maklum lulus Gagal Kredit akan diposkan kepada pemohon dan perlu membawa surat tersebut/ Maklumat No Baucar bersama Kad Pengenalan Asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja
Pembayaran Secara TunaiMerujuk kepada pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara tunai di Kaunter BSN. Boleh hadir untuk penunaian Fasa Pertama BSH 2020 di Kaunter BSN mulai 1 Februari 2020

Maklumat Penting

Agensi Yang Terlibat Dalam Proses Verifikasi Kelayakan

Setiap permohonan akan melalui proses verifikasi atau semakan kelayakan untuk mendapatkan BSH 2020 melalui data di beberapa agensi seperti di bawah:

  1. Pengenalan Diri
    • Jabatan Pendaftaran Negara
  2. Pendapatan
    • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    • Bendahari Negeri-negeri di Malaysia
    • Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
    • Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
    • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
    • Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM))
  3. Status Perkahwinan
    • Jabatan Pendaftaran Negara
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  4. Orang Kurang Upaya
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  5. Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Perkongsian Liabiliti Terhad
    • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  6. Pemilikan Kenderaan
    • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  7. Menetap Di Luar Negara / Bekerja
    • Kementerian Luar Negeri (KLN)
    • Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
    • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  8. Anak Yang Masih Belajar
    • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
    • Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Nota: Pemohon yang memberikan maklumat palsu boleh didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh disabitkan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan denda serta disenarai hitam daripada menerima BSH

Langkah Cara Membuat Permohonan Rayuan

Sekiranya gagal dalam permohonan, pemohon boleh membuat rayuan secara atas talian dengan mengikuti pautan yang disediakan di bawah atau hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berhampiran

Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan BSH atau rayuan secara online, sila rujuk kepada panduan pengguna atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan dengan bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan sebagai dokumen sokongan

Atau, pemohon boleh juga memaklumkan perkara ini menerusi: Facebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan atau ingin mendapat maklumat boleh menghubungi Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat di talian bebas tol 1800-88-2747 (LHDNM) atau Hotline MOF di talian 03-8882 4565 /4566 (Kementerian Kewangan)

Bagi setiap permohonan / kemaskini yang berjaya, bayaran BSH akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mengikut tarikh yang akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Untuk membuat semakan status pembayaran sama ada penerima menerima bayaran BSH 2020 boleh dibuat melalui online di https bsh.hasil.gov.my. Permohonan rayuan Fasa 3 bermula 7 Ogos 2020

Info Berkaitan

Related : permohonan rayuan bsh 2020, lulus bsh 2020 of the, 2020 secara dalam talian tambahan bagi setiap anak rayuan bsh 2020 secara rayuan bsh fasa, mula dibuka bpn 2.0, warganegara malaysia

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan