Daftar JobsMalaysia Online Untuk Pencari Kerja

Informasi

Informasi

Pasti ramai yang sedang mencari kerja baru akibat dibuang kerja susulan ekonomi yang kurang baik. Para lepasan kolej dan universiti juga mesti sedang mencari kerja kosong untuk memulakan/ untuk mendapat kerjaya dalam alam pekerjaan. Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai saluran untuk rakyat awam mencari kerja termasuklah MyFutureJobs dan juga JobsMalaysia

Portal JobsMalaysia merupakan sistem penjodohan pekerjaan secara automatik atas talian atau online. Ianya disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia yang memberi kemudahan bagi pencari kerja mencari pekerjaan yang bersesuaian. Sistem di dalam portal ini membenarkan pencari kerja membuat permohonan pekerjaan. Kesemua kemudahan ini tidak dikenakan sebarang bayaran atau caj

Majikan juga boleh mengiklankan jawatan kosong serta mendapatkan tenaga kerja atau pasaran buruh bagi syarikat menerusi portal ini. Portal JobsMalaysia telah ditubuhkan sejak 2002 dan dipercayai oleh pencari kerja dan majikan yang berpuas hati. Antara ciri-ciri Portal JobsMalaysia adalah Padanan Kerja iaitu proses padanan kerja yang lebih sistematik dan mudah

Menurut statistik yang disediakan di Portal MyJobsMalaysia, sehingga Jun 2020 terdapat 37,388 kekosongan jawatan yang aktif, 15,616 majikan yang aktif, 224,600 pencari kerja aktif serta 65,094 penjodohan kekosongan aktif. Pencari kerja yang belum mendaftar boleh berbuat demikian dengan mengikuti langkah seperti yang dikongsikan di bawah

Cara Daftar JobsMalaysia Secara Online di Jobsmalaysia.gov.my Untuk Pencari Kerja

Berikut adalah cara untuk mendaftar sebagai pencari kerja di Portal JobsMalaysia Online. Dikongsikan juga beberapa maklumat lain yang berkaitan

Portal Rasmi JobsMalaysia

Nota: Berikut adalah versi terkini Portal JobsMalaysia 2.0

Pendaftaran Pencari Kerja di JobsMalaysia

Ikuti langkah berikut untuk mendaftar sebagai pencari kerja di JobsMalaysia

  1. Layari Portal JobsMalaysia seperti pautan di atas
  2. Klik ‘DAFTAR’ di atas skrin dan klik ‘PENCARI KERJA’
  3. Isikan maklumat dengan lengkap. Pastikan nama dan No. Kad Pengenalan dimasukkan seperti tertera dalam MyKad serta Nombor Telefon Bimbit dan E-mail yang masih aktif untuk makluman notifikasi dihantarkan dengan berjaya
  4. Setelah selesai mengisi maklumat, masukkan kod verifikasi dan klik ‘Daftar’
  5. Paparan mesej pendaftaran berjaya akan ditunjukkan setelah berjaya membuat pendaftaran
  6. Semak emel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran dan klik pada Pautan Pengaktifan
  7. Pengguna diminta mencipta kata laluan bagi menyelesaikan proses pengaktifan akaun
  8. Pengaktifan berjaya dan klik ‘Seterusnya’ untuk dibawa ke paparan Log Masuk

Log Masuk JobsMalaysia Versi 2.0

Seperti sedia maklum, JobsMalaysia kini telah dinaiktaraf kepada versi terkini iaitu JobsMalaysia 2.0 berbanding versi lama sebelum ini. Sekiranya pengguna pernah mendaftar akaun di JobsMalaysia versi terdahulu, ikuti langkah cara mendaftar maklumat berikut:

  1. Layari Log Masuk JobsMalaysia
  2. Aktifkan semula akaun dengan memasukkan ID pengguna, Kata Laluan, dan Kod Verifikasi lalu klik ‘Semak’
  3. Pautan pengaktifan akaun akan dihantar ke alamat email sila klik ‘Hantar’ atau ‘Tukar email’ sekiranya emel tersebut salah

Bagi pengguna JobsMalaysia versi baharu pula, ikuti langkah berikut untuk log masuk ke Portal JobsMalaysia

  1. Layari Log Masuk JobsMalaysia
  2. Klik butang ‘Log Masuk’
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik ‘Seterusnya’
  4. Masukkan kata laluan yang telah dicipta dan klik ‘Log Masuk’

Lengkapkan Profil Pencari Kerja

Setelah berjaya log masuk ke Portal JobsMalaysia 2.0, pecari kerja perlu mengisi Profil Pencari Kerja dengan lengkap bagi memudahkan proses padanan kerja. Antara bahagian profil yang perlu diisi adalah seperti berikut:

  • Bahagian Pertama : Pengesahan
  • Bahagian Kedua : Butiran Peribadi
  • Bahagian Ketiga : Permohonan Jawatan
  • Bahagian Keempat : Maklumat Terperinci

Apabila selesai melengkapkan profil, pencari kerja boleh mengemaskini profil pada bila-bila masa dan memohon jawatan kosong yang ada. Proses aliran pencari kerja adalah seperti infografik berikut:

Informasi

Carian Jawatan Kosong di JobsMalaysia

Bagi proses carian jawatan kosong, sebaik sahaja log masuk pengguna boleh mengisi Carian Jawatan di ‘Dasboard’ Portal JobsMalaysia dengan memasukkan nama jawatan/majikan. Langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Setelah menjumpai nama jawatan/majikan yang ingin dimohon klik jawatan tersebut
  2. Klik butang ‘Mohon Jawatan’ dan paparan Sahkan Permohonan akan ditunjukkan
  3. Klik butang ‘Ya, saya pasti’ untuk meneruskan permohonan jawatan tersebut

Selesai permohonan, sila tunggu respon daripada pihak majikan untuk proses seterusnya bagi permohonan jawatan tersebut.

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai soalan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Portal JobsMalaysia, sila rujuk pautan berikut atau hubungi talian bantuan seperti di bawah:

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan