Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) akan dilaksanakan secara bayaran berperingkat mengikut kelompok atau kumpulan kepada pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan / kemaskini maklumat mereka itu telah diluluskan atau berjaya.
Setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan melalui peringkat semakan dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki
Bayaran BPR akan dikreditkan terus ke akaun penerima bantuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun atau akaun tidak aktif, boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran
CARA BAYARAN BPR 2021
Cara pembayaran BPR akan dibuat secara dua fasa. Fasa Pertama akan dibuat mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat. Fasa Kedua akan dikemaskini setelah diumumkan
Senarai Sub-Topik
Tarikh dan Jadual Pembayaran BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat
Berikut adalah maklumat penting jadual tarikh pembayaran BPR 2021 Bantuan Prihatin Rakyat yang akan dikemaskini sebaik pengumuman rasmi diumumkan
TERKINI:
KEMASKINI: Bayaran Fasa 1: Penghujung Februari 2021, Fasa 2 Awal Bulan Mei
Kemaskini: Berdasarkan Portal Rasmi BPR 2021, Pembayaran Fasa Pertama akan dibuat mulai Penghujung Februari 2021. Keterangan lanjut seperti gambar di bawah:
Jadual Tarikh Bayaran BPR 2021
Tarikh bayaran bagi penerima Bantuan Prihatin Rakyat mengikut kategori adalah seperti di bawah:
1. Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500
Jumlah Bantuan Keseluruhan:
- Sehingga 1 orang anak : RM1,200
- Dua orang anak dan ke atas : RM1,800
Tarikh dan Jumlah Bayaran:
- Fasa 1 : (ada akaun) 24 – 26 Februari 2021 secara berperingkat – RM300
(tiada akaun) 25 Februari 2021 – RM300 - Fasa 2 : Awal Bulan Mei 2021
2. Isi Rumah Berpendapatan Bawah Antara RM2,501 Hingga RM4,000
Jumlah Bantuan Keseluruhan:
- Sehingga 1 orang anak : RM800
- Dua orang anak dan ke atas : RM1,200
Tarikh dan Jumlah Bayaran:
- Fasa 1 : 24 – 26 Februari 2021 secara berperingkat – RM300
(tiada akaun) 25 Februari 2021 – RM300 - Fasa 2 : Awal Bulan Mei 2021
3. Isi Rumah Berpendapatan Bawah Antara RM4,001 Hingga RM5,000
Jumlah Bantuan Keseluruhan:
- Sehingga 1 orang anak : RM500
- Dua orang anak dan ke atas : RM750
Tarikh dan Jumlah Bayaran:
- Fasa 1 : 24 – 26 Februari 2021 secara berperingkat – RM300
(tiada akaun) 25 Februari 2021 – RM300 - Fasa 2 : Awal Bulan Mei 2021
4. Individu Bujang (21 tahun ke atas) Berpendapatan RM2,500 ke bawah
Jumlah Bantuan Keseluruhan: RM350
Tarikh dan Jumlah Bayaran:
- Fasa 1 : 24 – 26 Februari 2021 secara berperingkat – RM150
(tiada akaun) 25 Februari 2021 – RM150 - Fasa 2 : Awal Bulan Mei 2021
Penerima disarankan melayari Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut:
Pengkreditan Duit BPR 2021
Untuk mengetahui Permohonan atau Kemaskini diluluskan atau tidak, pemohon dan penerima boleh membuat semakan melalui kaedah berikut:
Maklumat Lanjut
Sekiranya mempunyai sebarang soalan mengenai BPR, sila hubungi atau rujuk pautan berikut:
- Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747
- Hotline BPR MoF : 03-8882 4565/03-8882 4566
- Emel : bpr@treasury.gov.my
- Soalan Lazim :FAQ Bayaran Fasa Pertama
Related : kategori bujang baharu bpr kategori pendapatan kadar bantuan peruntukan rm6.5 bilion borang permohonan permohonan baharu menerima bantuan, pengarah belanjawan negara johan mahmood merican permohonan baru menteri kewangan, bpr fasa 1 akaun bank kategori isi rumah berusia 21 tahun