Permohonan BSH 2021 Bantuan Sara Hidup pendaftaran online pemohon baru

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah penjenamaan semula BR1M. Kerajaan Pakatan Harapan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian BSH dengan menggantikan namanya daripada BR1M. Namun, beberapa struktur dan aspek BSH telah dikaji semula supaya hanya pemohon yang berkelayakan sahaja dapat menerima bantuan ini. Terkini bagi tahun 2021, BSH telah diganti dengan Bantuan Prihatin Rakyat yang diumumkan dalam Belanjawan 2021

Pemberian bantuan secara bersasar ini dikhususkan buat golongan yang memerlukan iaitu mereka berpendapatan rendah, B40 di mana pendapatan seisi rumah tidak lebih daripada RM3,860 serta golongan miskin yang berpendapatan kurang daripada RM900 seisi rumah. Kebanyakan berharap agar bantuan ini diteruskan untuk membantu menampung kos sara kehidupan mereka yang menepati kriteria yang ditetapkan kerajaan

Apa itu Bantuan Sara Hidup BSH? 

BSH adalah bantuan secara bersasar yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40 dan golongan miskin. Bantuan diberikan secara tunai ini diberikan kepada mereka yang melepasi kriteria kelayakan sahaja

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL  

Borang Permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 Dan Pendaftaran Online Pemohon Baru Melalui MyBSH

Berikut merupakan panduan yang disediakan buat pemohon baru yang ingin membuat permohonan BSH. Disertakan juga syarat-syarat kelayakan dan kategori penerima BSH

Siapakah Yang Layak Membuat Permohonan BSH 2020?

  1. Individu yang belum pernah memohon untuk BSH / BR1M sebelum ini (Kategori Baharu)
  2. Individu yang sudah memohon BSH / BR1M sebelum ini tetapi gagal atau tidak layak
  3. OKU yang tidak tersenarai dalam e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020

Kelayakan Umum Permohonan BSH 2020

  1. Berkerwarganegaraan Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Ketua (lelaki atau perempuan) kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang hidup sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup

Kategori Jumlah Bantuan Dan Syarat Kelayakan BSH 2020

Berikut merupakan maklumat ketegori BSH 2020 berdasarkan pembentangan Bajet 2020 oleh Menteri Kewangan Malaysia sebagai rujukan

1. Isi Rumah (1) : Bantuan berjumlah RM1,000

  • Berpendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM2,000 dan ke bawah

2. Isi Rumah (2) : Bantuan berjumlah RM750

  • Berpendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM2,001 hingga RM3,000 (termasuk warga emas)

3. Isi Rumah (2) : Bantuan berjumlah RM500

  • Berpendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas)

Tambahan : Bantuan berjumlah RM120 / Anak

  • Bagi setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah
  • Tiada had umur untuk anak OKU
  • Terhad kepada 4 orang sahaja

4. Bujang / Single: Bantuan berjumlah RM300

  • Berpendapatan bulanan kurang daripada RM2,000
  • Berusia melebihi 40 tahun

5. OKU: Bantuan berjumlah RM300

  • Berpendapatan bulanan kurang daripada RM2,000
  • Berusia 18 tahun dan ke atas

Cara Mohon BSH Menggunakan Borang Online dan Manual

Berikut merupakan maklumat berkaitan tarikh beserta cara membuat pendaftaran permohonan baru Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi tahun 2020 secara atas talian dan manual

Tarikh Rasmi Pendaftaran Permohonan BSH 2020

  • Dibuka : 1 Februari 2020
  • Ditutup: 15 Mac 2020

Nota: Tempoh Pendaftaran BSH 2020 adalah RASMI seperti yang diumumkan di dalam Portal BSH

Kaedah Permohonan Baru

1. Online

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menyediakan sebuah portal khusus untuk permohonan BSH secara online atau atas talian. Pemohon boleh melayari portal tersebut seperti pautan yang disediakan di bawah dalam tempoh permohonan. Pemohon disarankan untuk mencetak salinan permohonan dan disimpan sebagai rujukan

Langkah memohon:

  1. Lengkapkan kesemua maklumat yang diperlukan seperti di bawah:
    a. Maklumat Pemohon
    Sila pastikan nombor telefon pemohon diisi dengan betul untuk digunakan ketika log masuk dalam MyBSH
    b. Maklumat Anak
    Terhad kepada 4 orang anak sahaja untuk diisi dan layak menerima bantuan
    c. Maklumat Bank
    Sekiranya tidak mempunyai akaun bank, akaun tidak sah atau pindahan tidak berjaya dijalankan, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun baharu bagi pemohon tertakluk pada terma dan syarat
    d. Maklumat Waris
    Hanya waris tertentu yang layak untuk didaftarkan bagi BSH 2020 iaitu sama ada ibu, bapa, pasangan, anak, adik-beradik atau cucu
  2. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti sijil kahwin/sijil cerai/sijil lahir anak terhad 3MB setiap fail
    – Muat naik dokumen adalah bukan lagi syarat wajib seperti salinan pengenalan diri kerana permohonan akan diproses mengikut maklumat yang dikemukakan oleh pemohon dan diselaraskan dengan data agensi seperti JPN
  3.  Setelah seleasai mengisi kesemua maklumat dengan lengkap, pemohon perlu membuat pengesahan dengan mengisi ‘Kod Captcha’ seperti yang tertera
  4. Seterusnya pemohon hendaklah membuat pengakuan tentang kesahihan maklumat yang diberikan dengan menandakan (tick) kotak yang disediakan
  5. Akhir sekali, sekiranya pemohon telah lengkap mengisi semua maklumat, sila tekan butang Hantar untuk menyelesaikan proses pendaftaran permohonan baru. Sekiranya masih ada maklumat yang belum lengkap, sila klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat yang telah siap dan mengisi semula /kemaskini pada masa akan datang

Panduan Lengkap:

Pemohon disarankan untuk melakukan permohonan menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan bagi mengelakkan pertindihan kandungan maklumat dan identiti pemohon

2. Borang Manual 

Pemohon boleh mendapatkan Borang Permohonan BSH 2020 secara manual di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau muat turun di Portal Rasmi BSH

Setelah borang permohonan diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh tutup

Muat Turun Borang:

Waktu Operasi Kaunter BSH LHDNM : Jadual Pembukaan Kaunter BSH 2019 Di Semua Cawangan LHDNM

Salinan Dokumen (Yang Mana Berkenaan) Yang Perlu Dikemukakan

1. Pemohon

a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau Jabatan Pendaftaran Negara

b. Salinan Sijil Penceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara

c. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara

d. Salinan Sijil Dekri Nisi atau Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh mahkamah

2. Pasangan

a. Salinan Pengenalan Pasangan (Mykad / MyPR / MyKAS)

b. Salinan Passport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan Lama

3. Anak

a. Anak Kandung

b. Salinan MyKad / MyKid

c. Salinan Sijil Kelahiran

d. Anak Angkat

e. Salinan Mykad / Mykid

f. Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara

Borang permohonan BSH 2019 masih boleh diterima walaupun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa menghantar borang. Hal ini kerana permohonan akan diproses mengikut maklumat dalam borang yang dikemukakan pemohon serta akan diselaraskan dengan data agensi seperti JPN

Bagi yang ingin mengemukakan dokumen sokongan, ianya hendaklah dikemukakan bersama Borang Serahan Dokumen Sokongan BSH 2019 yang boleh didapati di bawah:

Lain-lain Info 

Kategori bujang 

  • Permohonan bagi kategori single berusia melebihi 40 tahun dibuka pada tarikh yang sama seperti di atas
  • Bayaran bagi kategori single dan OKU akan dibuat secara one-off iaitu sebanyak RM300 pada fasa kedua

Pemohon Tidak Perlu Membuat Kemaskini

Permohon tidak perlu untuk membuat kemaskini ataupun permohonan baharu jika:
i. Permohonan BSH 2019 telah lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat ingin dipinda
ii. Pemohon tahun 2019 kategori Orang Kurang Upaya (OKU) telah tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajukan Masyarakat (JKM)

Akaun Bank 

  • Pemohon baru yang tidak mempunyai akaun bank digalakkan membuka akaun individu di cawangan bank yang ditetapkan
  • Wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan bagi penerima BSH yang mempunyai akaun bank tanpa perlu beratur panjang

Penerima Sedia Ada BSH 2019 

  • Bagi penerima sedia ada BSH 2019 bermaksud telah layak dan menerima bantuan sebelum ini, anda tidak perlu mengemukakan permohonan baru
  • Namun anda perlu mengemaskini permohonan dengan memberikan maklumat terkini seperti maklumat peribadi dan lain-lain dengan tepat
  • Rujuk: Kemaskini Permohonan BSH 2020

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus talian bebas tol 1800-88-2747 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke bsh@treasury.gov.my

Hubungi Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan

Untuk pertanyaan langsung, boleh juga melayari Facebook rasmi (LHDNM) di pautan berikut

Boleh juga rujuk kepada FAQ Permohonan Baru yang akan disediakan di pautan di bawah

 

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan