Bila tarikh duit Bantuan Sara Hidup BSH 2020 dapat

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup

Berita baik buat penerima Bantuan Sara Hidup sedia ada apabila kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) akan meneruskan pemberian bantuan kepada golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan. Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) yang  menggantikan BR1M telah diperkemaskan dengan syarat kelayakan yang lebih bersasar pada tahun 2019 dengan jumlah melibatkan hampir 4.1 juta isi rumah. Ianya masih diteruskan bagi tahun 2020

Faktor isi rumah kini dijadikan kayu ukur dalam menentukan kelayakan dalam penerimaan BSH. Agihan berperingkat berjumlah RM 1,000 akan diberikan dengan pendapatan bulanan RM2,000 ke bawah, RM 750 bagi mereka yang berpendapatan RM 2,001 hingga RM3,000 dan RM 500 bagi isi rumah yang berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000. Kategori tambahan buat anak juga telah diperkenalkan pada tahun lepas. Pada tahun ini, kategori tambahan adalah single berumur 40 tahun ke atas dan OKU berumur 18 tahun ke atas

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa bayaran fasa pertama BSH 2020 iaitu pada 20 Januari 2020. Penerima BSH bagi tahun lepas dijangka akan terus menerima agihan ini kerana pembayaran fasa pertama ini akan menggunakan data pemohon dan kaedah bagi tahun terdahulu. Pembayaran bagi fasa kedua dan ketiga pula akan mengguna pakai syarat kelayakan terkini yang telah diumumkan setelah proses penapisan tamat

Kaedah Bayaran BSH

Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima bantuan masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran. Berdasarkan kepada jadual pembayaran BSH, pembayaran akan mengikut 3 fasa dan lazimnya dijadualkan pada bulan Februari, Jun dan Ogos. Agihan ini akan diberikan kepada mereka yang yang melepasi syarat kelayakan bagi kategori yang telah diumumkan

Tarikh Dan Jadual Pembayaran BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat

PERHATIAN: Bagi tahun 2021, Bantuan Sara Hidup telah digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Panduan lanjut rujuk pautan berikut:

Jadual Tarikh Bayaran BSH 2020

Berikut adalah maklumat penting jadual tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020 yang akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan

A. PENERIMA BAYARAN BSH 2019

1. Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,000

Jumlah Bantuan Keseluruhan: RM1000 + RM120/Anak

Tarikh dan Jumlah Bayaran:

  • Fasa 1 : 20 Januari 2020 – RM300
  • Fasa 2 : 16 Mac 2020 – RM200
  • Fasa 3 : 24 Julai 2020 – Baki + Tambahan RM100 + RM120/ anak

2. Isi Rumah Berpendapatan Antara RM2,001 hingga RM3,000

Jumlah Bantuan Keseluruhan: RM750 + RM120/Anak

Tarikh dan Jumlah Bayaran:

  • Fasa 1 : 20 Januari 2020 – RM300
  • Fasa 2 : 16 Mac 2020 – RM200
  • Fasa 3 : 24 Julai 2020 – Baki + Tambahan RM100 + RM120/ anak

3. Isi Rumah Berpendapatan Antara RM3,001 Hingga RM4,000

Jumlah Bantuan Keseluruhan: RM500 + RM120/Anak

Tarikh dan Jumlah Bayaran:

  • Fasa 1 : 20 Januari 2020 – RM300
  • Fasa 2 : 16 Mac 2020 – RM200
  • Fasa 3 : 24 Julai 2020 – Baki + Tambahan RM100 + RM120/ anak

B. PENERIMA PERMOHONAN BAHARU BSH 2020

1. Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,000

Jumlah Bantuan Keseluruhan: RM1000 + RM120/Anak

Tarikh dan Jumlah Bayaran:

  • Fasa 1 : – –
  • Fasa 2 : – –
  • Fasa 3 : 24 Julai 2020 – RM1000 + Tambahan RM100 + RM120/ anak

2. Isi Rumah Berpendapatan Antara RM2,001 hingga RM3,000

Jumlah Bantuan Keseluruhan: RM750 + RM120/Anak

Tarikh dan Jumlah Bayaran:

  • Fasa 1 : – –
  • Fasa 2 : – –
  • Fasa 3 : 24 Julai 2020 – RM750 + Tambahan RM100 + RM120/ anak

3. Isi Rumah Berpendapatan Antara RM3,001 Hingga RM4,000

Jumlah Bantuan Keseluruhan: RM500 + RM120/Anak

Tarikh dan Jumlah Bayaran:

  • Fasa 1 : – –
  • Fasa 2 : – –
  • Fasa 3 : 24 Julai 2020 – RM500 + Tambahan RM100 + RM120/ anak

4. Penerima Bujang (Single dan OKU)

Jumlah Bantuan Keseluruhan: RM300

Tarikh dan Jumlah Bayaran:

  • Fasa 1 : – –
  • Fasa 2 : – –
  • Fasa 3 : 24 Julai 2020 – RM300 + Tambahan RM100

Nota: Tarikh yang dinyatakan adalah RASMI seperti makluman di Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat. Penerima disarankan melayari Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut:

Pembayaran Fasa 1

Pembayaran fasa pertama BSH 2020 akan dibuat bermula 20 Januari 2020 iaitu pada hari Isnin kepada penerima BSH yang telah berdaftar (kategori isi rumah) di dalam pengkalan data BSH 2019

Peruntukan sebanyak RM1.0 bilion telah dikeluarkan dan dijangka memberi manfaat kepada hampir 3.8 juta penerima BSH (kategori isi rumah)

Pembayaran fasa pertama BSH 2020 adalah sebanyak RM300 dan akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan semasa BSH 2019

Sebaik sahaja pengkalan data BSH 2020 siap dikemaskini, baki pembayaran BSH 2020 untuk kategori isi rumah akan dibayar pada fasa kedua dan ketiga manakala untuk kategori single dan OKU akan dibayar secara one-off pada fasa kedua.

Kategori Jumlah Bantuan dan Syarat Kelayakan

1. RM1,000 : Isi rumah (1) – Berpendapatan Kasar Bulanan : RM2,000 dan ke bawah

2. RM750 : Isi rumah (2) – Berpendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM2,001 hingga RM3,000 (termasuk warga emas)

3. RM500 : Isi rumah (3) – Berpendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk warga emas)

+ 120 / Anak :

  • Bagi setiap anak yang berumur 18 tahun ke bawah
  • Tiada had umur untuk anak OKU
  • Terhad kepada 4 orang sahaja

4. RM300 : Single (i)

  • Berpendapatan Kasar Bulanan kurang daripada RM2,000
  • Warganegara yang menetap di Malaysia sahaja)
  • Berusia melebihi 40 tahun

    RM300 : OKU

  • Berpendapatan Kasar Bulanan kurang daripada RM2,000
  • Warganegara yang menetap di Malaysia sahaja)
  • Berusia 18 tahun dan ke atas

Cara Buat Semakan Status Permohonan Dan Kemaskini

Untuk mengetahui Permohonan atau Kemaskini diluluskan atau tidak, pemohon dan penerima boleh membuat semakan melalui kaedah berikut:

Talian Bantuan

Bagi mendapatkan bantuan, sila hubungi:

Keputusan permohonan pemohon juga akan dimaklumkan melalui surat jawapan yang akan dihantar ke alamat kediaman seperti terdapat dalam rekod

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan