Borang rayuan BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat

Rayuan BSH Borang rayuan BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat

Rayuan BSH Borang rayuan BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat

Kerajaan akan membuka permohonan rayuan BSH 2020 (Bantuan Sara Hidup Rakyat) kepada pemohon yang gagal atau tidak lulus dalam mendapat bantuan berkenaan. Permohonan rayuan boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu secara online atau manual di kaunter

Permohonan rayuan boleh dikemukakan secara atas talian (online) hanya untuk pemohon tidak lulus tertentu sahaja. Selain dari status tidak lulus berkenaan ianya perlu dibuat secara manual iaitu dengan menggunakan serta melengkapkan butiran yang diperlukan dalam borang rayuan di cawangan LHDNM. Isi rumah dan individu bujang yang layak hendaklah mengemukan rayuan seperti ketetapan di bawah

Borang Permohonan Rayuan BSH 2020 Bantuan Sara Hidup Rakyat

Berdasarkan sebelum ini, permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh dibuat secara online hanya untuk pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja (Kod dan Alasan Tidak Lulus). Berikut adalah tarikh dan kaedah cara membuat permohonan rayuan BSH bagi tahun 2020

Tarikh Permohonan Rayuan

  • Dibuka : 7 Ogos 2020
  • Ditutup : 6 September 2020

Cara Mohon Rayuan BSH 2020

Terdapat dua kaedah untuk membuat permohonan rayuan berdasarkan BSH 2020 iaitu menerusi  atas talian dan hadir ke cawangan LHDN/PKH/UTC. Berikut adalah cara untuk membuat rayuan bagi BSH 2019 mengikut alasan atau sebab tidak lulus (kod) tertentu yang diterima pemohon semasa membuat semakan keputusan. Bagi tahun 2020 akan dikemaskini dari semasa ke semasa

A. Kaedah Pertama : Permohonan Rayuan BSH Atas Talian (Online)

  1. Sila layari portal rasmi Bantuan Sara Hidup: https://bsh.hasil.gov.my/
  2. Sila klik pada butang Semakan Status Permohonan (Maklumat Pembayaran BSH 2020)
  3. Sebaik tiba di laman seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan atau MyKad tanpa tanda sengkang (-) dan tekan butang carian
  4. Setelah berjaya memasukkan No. Mykad, klik Rayuan dan ikuti langkah seterusnya untuk membuat permohonan rayuan BSH 2020

Kod dan Alasan Tidak Lulus BSH 2020 Yang Dibenarkan Membuat Rayuan Secara Online

Maklumat berkaitan permohonan rayuan BSH 2020 yang dibenarkan secara dalam talian bagi status tidak lulus atau lulus adalah seperti berikut:

Rayuan (Permohonan Tidak Lulus BSH 2020)
Kod Tidak LulusAlasan Tidak Lulus
05Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan menerima Bantuan Sara Hidup bagi kategori Bujang
07Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM4,000
09Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,000
12Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
13Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
34Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi


Rayuan Tambahan (Permohonan Lulus BSH 2020) 

Permohonan rayuan bagi tambahan anak dan pendapatan sahaja dibenarkan. Permohonan rayuan BSH 2020 secara dalam talian dibolehkan bagi pemohon berstatus tidak lulus dengan satu (1) Kod Alasan Tidak Lulus atau Rayuan Tambahan bagi Permohonan Lulus BSH 2020 sahaja. Selain daripada itu, sila buat rayuan menggunakan kaedah kedua seperti di bawah

B. Kaedah Kedua : Permohonan Rayuan BSH Di Cawangan LHDNM

Bagi pemohon yang tidak boleh membuat rayuan secara atas talian (online), permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM/Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) bermula tarikh seperti dinyatakan di atas.

Dokumen Sokongan Rayuan

Seperti tahun sebelum ini, antara dokumen sokongan yang diperlukan semasa mengisi borang permohonan rayuan BSH termasuklah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan
  3. Slip Penyata Gaji Terkini
  4. Surat Status Perkahwinan / Penceraian
  5. Sijil Kematian (sekiranya perlu)

Untuk senarai penuh dan lengkap rujuk pautan di bawah:

Permohonan Baru BSH 2020

Berdasarkan soalan lazim di Portal Rasmi BSH LHDNM, bagi penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tetapi semakan permohonan BSH 2020 menunjukkan Tiada Rekod, penerima boleh membuat Permohonan Baru BSH 2020 dalam tempoh permohonan rayuan, rayuan BSH Fasa 3

Permohonan baru BSH 2020 boleh dibuat secara manual ke Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran. Permohonan boleh dibuat semasa tempoh rayuan sekiranya telah diluluskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi kategori B40 iaitu dengan jumlah kelulusan RM1600 / RM800 akan dimasukkan ke akaun bank.

Sebagai rujukan, boleh semak Soalan Lazim Rayuan BSH 2020 seperti pautan di bawah (Soalan 10)

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi :

  • Talian bebas tol 1800-88-2747 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) (Waktu Operasi pejabat) serta emel ke bsh@treasury.gov.my
  • Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan
  • Untuk pertanyaan langsung, boleh juga melayari Facebook rasmi (LHDNM) di pautan berikut: Facebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan